SHARE

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh hati saya rindu.. aramaiti kawan-kawan.. aduhh bestnya lagu Sayang Kinabalu dari Kimin Mudin ni. Jangan tak percaya aku memang hafal lagu ni sejak dari dulu lagi. Percutian ke Sabah tempoh hari membuatkan aku tak sabar-sabar nak pergi melawat Mt.Kinabalu (Gunung Kinabalu). Bukan mendaki gunung tapi sekadar nak melihat pemandangan dari jauh Gunung Kinabalu tu.

Perjalanan dari Tune Hotels Kota Kinabalu ke Ranau membuatkan aku begitu seronok sekali. Maklumlah aku tinggal di Kuala Lumpur iaitu bandar yang penuh kesesakkan. Jadi bila aku buat keputusan hendak melawat sekitar Kundasang dan Ranau perasaan aku jadi happy giler walaupun perjalanan mengambil masa dekat 2 jam 30 minit untuk ke Ranau.

Sepanjang perjalanan korang akan nampak dari jauh Gunung Kinabalu, bila dari jauh nampak kecik dan pendek je gunung kemegahan kita tu.. tapi bila dah sampai kaki bukit boleh nampak besar giler. Memang bestlah ke sini udara yang sejuk dan suasana damai mententeramkan jiwa lara ni.

Info berguna kepada korang semua.. tahukah korang berapa ketinggian Mt. Kinabalu?… ya betul jawapan korang tu.. jawapannya adalah setinggi 4,905.2 meter/13,445kaki dari aras laut. Gunung Kinabalu berkedudukan memanjang di Banjaran Crocker dan bersuhu mencecah sehingga 0’c darjah selsius. Kenapa nama Gunung Kinabalu ni Gunung Kinabalu?.. siapa boleh jawab?.. haha untuk pengetahuan korang nama Gunung Kinabalu ni berasal dari perkataan masyarakat Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan “Aki” dan “Nabalu” yang bermaksud Aki iaitu nenek moyang dan Nabalu bermaksud gunung. Kita patut berbangga kerana Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara tau dan keempat tertinggi di Kepulauan Melayu, dan paling tinggi di Malaysia dan Pulau Borneo. Apa yang menarik bagi aku adalah menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia. Wow sangat menarik untuk di pelajari kan.. ok ingat info-info ni mana tau nanti masuk SPM hehe..

Segak pulak mamat ni kan.. haha perasan tul aku ni.. tapi aku suka sangat gambar ni sebab ianya melatarbelakangkan Mt. Kinabalu yang indah dah permai ni.. untuk pengetahuan korang kat sini sejuk bah.. patutnya kena pakai baju sejuk datang sini.. tapi aku lupa la bah..

Pemandangan gunung-gunung lain sekitar Gunung Kinabalu..

Bunga-Bunga segar dan berlatar belakang Gunung Kinabalu Sabah.

Gunung Kinabalu di sebalik awan nan biru..

Bamboo Cafe kedai makan berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.

Mula-mula satu kereta, lepas satu kereta dah jadi banyak kereta pulak yang berhenti di pinggir jalan ni.. sebab apa.. sebab kat sinilah kami bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu tu.. lagipun kat sini sejuk dan udaranya sangat segar tau.

Selepas seronok sakan ambil gambar latar belakang Gunung Kinabalu.. kami meneruskan perjalanan dan singgah jap kat Kinabalu Park. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park ni mengambil lebih kurang 90km perjalanan. Kinabalu Park merupakan salah satu tarikan pelancong dan disenaraikan didalam World Heritage Site. Di sinilah tempat kepada pendaki-pendaki Gunung Kinabalu berkumpul dan memulakan pendakian. Kalau nak masuk ke sini kena bayar tau.. tapi tak mahal pun.. :-

Bayaran Masuk / harga tiket Kinabalu Park

Malaysia 18 tahun keatas – RM3.00

Bawah 18 tahun – RM1.00

Non Malaysian – RM15.00 dan RM10.00

Tiket Kinabalu Park

Peta Gunung Kinabalu .. tinggi oohh..

Orang kata tak kenal maka tak cinta.. walau di puncak mana sekalipun pasti ada yang mengenali kita.. inilah rakan Alice yang kebetulan bersama 10 orang yang lain hendak mendaki Gunung Kinabalu. Tak sangka kan boleh bertemu disini..

Nama jalan ni adalah “Jalan Kinabalu”

Memang seronok sebab aku boleh sampai ke kaki Gunung Kinabalu.. mungkin suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke puncaknya pula. Kounsikahan Rumikot Kawagu (Bahasa Dusun) bermaksud Terima Kasih, Jumpa Lagi.

17 COMMENTS

  1. wah, bestnyer..aku taknah sampai sabah lg..tingin sgt nak pegi..1day nak gi sana gk. dgr citer seafud pon layan gk kan kat sana?

  2. sabah mmg byk tmpt bes…klu ber mlm d kundasang lh sejuk..jgn heran napa bilik2 hotel nya tiada aircond..

    ramai yg x tau kan..tiket masuk ke national park tu bole d guna kn utk masuk ke poring air panas..naik kanopi (jambatan atas pokok) ..kundasang memorial park..

  3. Pernah sampai Kundasang… menginap kat Pine Resort
    tapi tak sempat mendaki…cuti tak lama, tapi sempat memandu sampai ke Ranau

    kena merancang cuti lebih lama ke sana…seronok, masih hijau

  4. Satu pujian yang membanggakan untuk Negeri Di bawah Bayu…..Thanks Zaid.. moga datang lagi yaa….orang2 di sini pun mesra-mesra ba he he he…

  5. zaid, tq info..next month saya pun nak bcuti ke sana. Nak tanya, okey tak drive kk-kundasang tu? Mana mudah, drive sendiri @ naik public transport? Tq!

  6. salam ujie, jalan dari kk ke kundasang agak merbahaya sikit.. tapi zaid rasa bawa kereta sendiri ok juga. Tak la bahaya mana pun cuma kadang2 banyak lori lalu jalan tu.. jangan bawa laju insyaallah selamat..

  7. Ketinggian G. Kinabalu – 4,095.2 :)
    Mesilau Nature Resort dan Kundasang Dairy Farm juga adalah antara tempat menarik di sekitar Kundasang/Ranau :)

  8. bro zaid, nak tnya. ikutkan dranau byk tempat yg menarik. kalu nak bjalan dsana, maknanya perlu bmalam dkundasang @ dranau. sbabnya sy da book hotel dtown kk. bcuti dr 7hb hingga 11hb bulan. kalu ikutkan nak bjalan dari kk ke ranau. ranau kan ada mcm2…ada hot spring, ada vivian rafflesia garden, ada ikan kelah jinak di sg moroli kg luanti. sblm sampai kranau ada sabah tea garden, sblm sampai kranau kitaa bjumpa dulu kundasang yg ada pasar tani dan war memorial park. uhh, kalu 1hari dr kk nak bjalan ktempat2 mnarik dkundasang, dan ranau x cukup 1hari. pls advise…bro zaid. ini first time kesabah bw mak dan family

  9. norzila > saya dulu hanya stay di tune hotel KK je.. balik dari dari ranau dan pergi semua tempat awak cakap tu.. tips nya.. pergi seawal 5 pagi.. dan balik pada pukul 4 petang.. insyaallah boleh kot.. tak tidur di kundasang pun tak apa.. tapi kalau rasa tak sempat elok juga bermalam disana..

LEAVE A REPLY