Pasar Tani & War Memorial Park, Kundasang Sabah.

“Kinabalu dekat di kundasang, banyak sayur boleh pilih-pilih, apa guna pergi luar negeri, naik kinabalu hati saya rindu”.. sekali lagi inilah lirik lagu Kimin Mudin yang popular tu… sepanjang perjalanan ke Ranau aku tak habis-habis nyanyi lagu Sayang Kinabalu ni haha maklumlah rasa dah macam orang Sabah dah sekarang ni. Dalam perjalanan ke Ranau kami sekeluarga singgah ke Pasar Tani yang terletak di Kundasang. Pasar tani ni terletak di tepi jalan dan banyak kedai-kedai sayuran, buah-buahan dan bunga-bunga segar boleh didapati disini. Sepanjang perjalanan korang akan menikmati pemandangan indah kebun-kebun sayuran seperti berada di New Zealand dan udara disini sangat sejuk ketika waktu petang.

Sepanjang jalan ini banyak menjual pelbagai sayuran segar untuk dibawa pulang.. harga pun ada yang murah ada yang mahal tengok kepada kebijaksanaan kita lah untuk tawar menawar. Apa yang menarik perhatian aku bila berada disini adalah kita akan jadi rambang mata nak memilih sebab macam-macam ada.. berwarna-warni…

Kerepek yang mak aku pegang ni memang sedap sangat. Rugi kalau tak membeli kat sini.. ada yang harga 3 RM10.00 ada yang 5 RM10.00

Aku rasa lebih dari 20 kedai yang berniaga kat sini, macam-macam ada.. pilih je yang mana suka.

Nak jugak bergambar kat sini.. aku nak sangat beli strawberry kat sini tapi harganya mahal la pulak.. 5 biji RM10.00 .. berbaloi tak?.. tak apalah tak ada rezeki nak beli sekarang haha..

Bunga-bunga segar dan berwarna warni turut dijual disini.

Mak aku pun nak beli bunga-bunga ni tapi aku tak kasi, ye lah kita orang lagi 3-4 hari kat Sabah kang bawa balik KL terus layu bunga-bunga ni..

Cantik kan..

Bunga Ros yang harum dan cantik ni dijual dengan harga yang amat murah.

Tuhau antara makanan kegemaran masyarakat Kadazandusun, bak kata Alice diorang makan dengan nasi Tuhau ni.. dan ada yang pedas dan ada yang tak pedas..

Madu Lebah asli pun ada jual.. murah gak..

Buah-buahan fresh .. nak buah apa cakap je semua ada..

Sayuran segar yang dijual di Pasar Tani Kundasang yang dibuka seawal 9 pagi hingga  8 malam cam tu..


Cendawan dan sayuran segar yang dijual..

Kalau korang nak tahu bersebelahan dengan pasar tani Kundasang ni terletaknya War Memorial Park dimana tempat bersemadinya askar-askar British dan Australia yang terkorban sewaktu Perang Dunia dulu. Masa aku sampai ke Kundasang Memorial Park ni dah pukul 4.50 petang dan tempat ni pun dah nak tutup. Alahai melepaslah kami nak pergi melawat tempat ni.. tak apalah next time kalau aku kesini lagi aku pasti akan ke War Memorial Park ni.

Pintu masuk ke Kundasang Memorial Park ni..

Tiket ke Kundasang War Memorial Park ni bernilai RM 2.00 untuk warganegara Malaysia dan RM 10.00 untuk warganegara asing. Untuk pelajar sekolah beruniform dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tiket masuk bernilai RM 1.00 je..

Pintu gerbang Kundasang War Memorial Park.

Bendera-bendera tiga negara di kibarkan di hadapan pintu masuk.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com