Muzium Negeri Sabah – Mesti Singgah!

Kalau dah nama pun aktiviti melancong bersama keluarga, memang tak sah kalau aku tidak ke Muzium.. tak kiralah negara atau negeri mana pun kalau berjalan bersama keluarga mesti harus singgah ke Muzium. Sebab apa bagi aku muzium adalah satu-satunya tempat yang kita boleh dapatkan pelbagai maklumat sejarah dan info tentang bandar atau negeri tersebut. Kali ini persinggahan kami ke Muzium Negeri Sabah yang beralamat di :-

[mappress mapid=”10″]

Kompleks Muzium Sabah,

Peti Surat 2015 88566

Kota Kinabalu Sabah.

http://museum.sabah.gov.my

Waktu Lawatan Muzium Sabah:

Setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kaunter tiket ditutup pada jam 4.45 petang.

Muzium Negeri Sabah memang banyak menyimpan pelbagai khazanah negara dan barangan peninggalan sejarah khususnya negeri Sabah. Selain itu pelbagai info mengenai adat resam pribumi dipertontonkan disini. Maaf kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium oleh pihak pengawal, hanya gambar diluar bangunan sahaja dibenarkan. Tak apalah janji kami sudah pun melawat Muzium Sabah ni dan nak sarankan kepada semua pembaca juga pergi melawat.

Tiket berharga RM2 RM1 bagi warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Bagi warganegara yang berumur 55 tahun kearas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelawat kurang upaya dan pelajar berpakaian seragam atau kad pelajar adalah PERCUMA. Jadi tiada alasan untuk anda dan anak-anak anda pergi melawat muzium ini. Memang tak rugilah pergi..

Apa yang menarik perhatian aku semasa didalam bangunan Muzium Sabah ni terdapat rangka tulang ikan paus Bryde sepanjang 18.6 meter. Dianggarkan berat ikan paus ni seberat 20 tan semasa hidupnya dan terdampar di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah akibat cedera parah kerana hendak melapaskan diri dari laut cetek disitu. Pihak muzium telah menyediakan buku scrap dan video mengenai kronologi ikan paus ini di perkarangan muzium. Memang besar tau ikan ni dan tak sangka ianya terdampar dan mati di perairan negara kita iaitu Sabah tercinta.

Selain itu di dalam muzium ni terdapat Galeri Pesta Kaamatan dimana ianya merupakan sambutan tradisi bagi masyarakat Kadazan Dusun di negeri Sabah ini merayakan pesta menuai setiap tahun. Dalam galeri ini juga terdapat banyak infomasi tentang sejarah Pesta Kaamatan, peralatan ritual, seramik, instrumen muzik, kraftangan, pakaian dan juga hidangan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun.

Banyak bahan-bahan menarik yang lain disini antaranya di Galeri Cosmos merupakan galeri yang menyimpan pelbagai pakaian pelbagai etnik dari suku kaum seperti kaum Bajau, Murut, Lotud, Panampang, Kadazan Papar, Dusun Tindalm Iranum, Ida’an, Bisaya dan banyak lagi. Koleksi-koleksi pakaian dan adat perkahwinan seperti ini memang susah nak tengok.. jadi inilah peluang untuk kita mempelajari bagaimana upacara dan majlis bagi suku kaum tersebut. Sebenarnya banyak lagi galeri yang ada kat dalam bangunan muzium ni seperti Galeri Terowong Masa, Galeri Tamadun Islam dan Galeri Zeologi kalau nak tahu lebih lanjut sila-silalah ke sini ye.. :)

Diluar bangunan pula terdapat banyak lagi galeri-galeri lain disediakan oleh pihak muzium, antaranya Galeri Teknologi Keretapi, Balai Senilukis, koleksi-koleksi kereta peribadi zaman dulu-dulu dan macam-macam lagi. Jom kita layan gambar kat bawah ni..

Replika bakul rotan yang digunakan oleh orang Sabah ketika mengambil hasil sayuran dari kebun.

Kereta ke lori ni.. ntah la yang penting ianya adalah kereta antik yang dipamerkan di luar bangunan Muzium Sabah ni..

Perahu peninggalan sejarah..

Kereta yang menarik perhatian aku.. Cantikkan kereta antik ni..

Gerabak kepala keretapi bernombor 7 yang dipamerkan disini.

Kenangan di Muzium Sabah memang tak dapat dilupakan.. rugi kalau datang ke Sabah tapi tak singgah kat sini..

Pon..pon..pon kereta kecil ku berbunyi, marilah naik mari adik.. boleh ku bawa ke Muzium Sabah.. haha…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.