Jom Shopping Di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (Pasar Filipina)

Aku pasti bila dengar pasal shopping a.k.a membeli dan belah ni pastinya ramai pembaca wanita yang berminatkan.. haha memang betul pun cakap je pasal beli belah mak, kakak dan Alice beria-ia nak pergi sini iaitu di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina, kenapa yek nama pasar ni dipanggil Pasar Filipina?..Β  mungkin kerana penjual dan pekedai disini kebanyakkannya berasal dari Filipina dan datang ke Sabah bagi mencari sesuap nasi, tapi kalau korang nak tahu sebenarnya Pasar Filipina ni dibina oleh The United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) bagi pelarian-pelarian Filipina suatu ketika dulu semasa pemberontakkan yang berlaku di Filipina. Pasar ini dibina untuk membantu mereka menampung kehidupan dan dibenarkan berniaga disini untuk mencari makan. Kalau ke Kota Kinabalu memang tak sah kalau tidak ke Pasar Filipina untuk membeli barangan kraftanngan, ikan masin dan mutiara kerana disini terdapat pelbagai jenis barangan untuk dibeli dan dijadikan cendera hati .

Pasar Filipina ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen. Beraneka barangan dijual disini dan tips aku kalau nak membeli rajin-rajinlah jalan keseluruh kedai dan rajin-rajinlah untuk tawar menawar, lain kedai lain harganya. Harga disini boleh tahan jugak mahalnya, mungkin tempat ini dah popular dengan pelawat dalam negeri dan pelancong disebabkan itulah pekedai sesuka hati menjual dengan harga yang tinggi. Kalau pandai tawar harga yang tinggi tu pun boleh jadi murah tau.

aneka barangan kraftangan dan peralatan muzik pelbagai etnik dijual disini.

Mak dan kakak aku borong sakan cendera hati untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Apa yang penting mesti beli fridge magnet ye untuk dilekatkan kat peti ais kat rumah nanti ..

Selain barangan kraftangan terdapat juga Pasar Ikan Masin disini. Macam-macam ikan ada dan boleh buat tawar menawar. Beli jangan tak beli ye kak..

Setelah penat shopping, singgah sebentar di kedai yang menjual air Kelapa Pandan kat Pasar Filipina ni.. memang layanlah minum air kelapa ni boleh sejukkan badan.. best.. nyam..nyam..

Air Kepala Pandan dijual dengan harga RM4.00 sebiji.. berbaloi atau tak?..

Pelbagai sayuran dan barangan dapur turut dijual di Pasar Filipina ni.. macam-macam ada..

Mak.. apa benda ni yek..?.. lupa lah..

Alice cakap kat sini ada satu kedai Murtabak sayur yang sedap.. ya ini lah dia kedai yang dimaksudkan.. memang sedap murtabak dan apam balik disini dan harganya sangat murah.

Murtabak Sayur yang dijual di Pasar Filipina .. Yammieee..

Best sini bah… mau shopping ka mau makan ka.. sini best bah.. (kata Alice) haha…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Jom Shopping Di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (Pasar Filipina)

  1. Salam.
    Buli bha kalau kau…..
    Hahahahahaha…. Seronok baca bro menceritakan keseronokan semasa percutian di Sabah.
    Kalau ada masa, ajak alice pergi makan gado-gado dekat Sembulan. Murtabak, sayap ayam, antara makanan kemestian kalau pergi kat Sabah.
    Kat Pasar Filiphina tu ramai kawan-kawan saya berniaga dulu, kalau nak pergi beli sana, jangan cakap semenanjung. Kalau setakat pandai cakap bha-bha tu, confirm kena ketuk kaw-kaw punya. Hahahahaha…. πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€
    Ni masih kat Sabah tak?

  2. I have not been here before but my last trip to KK, bought plenty of handicraft, nice and great wood crafts I found.

  3. Mohd Zaid says:

    Nava, Pasar Filipina memang banyak barang boleh beli.. rugi kalau tidak ke sini..

  4. Mohd Zaid says:

    yey Sabahan Bloggers Club, kalau ada apa-apa aktiviti di Sabah jangan lupa inform saya ye.. i love Sabah.. πŸ™‚

  5. betul, I agree with you.

  6. Suzana says:

    Zaid, sy akan ke KK bercuti bln Oct ’11..tolong bg cadgn..hotel yg berpatutan..pasar filipina ni sblh petang ada ker..& mcm mana harga ikan bakarnya.

  7. Mohd Zaid says:

    Tune Hotel memang berpatutan dan murah, lagipun dekat nak pergi bandar..

  8. maz07 says:

    Hi, pasar Filipina tu memang ada petang smpi malam. Harga ikan bakar murah, cuma RM 1.50 ke atas utk ikan merah dekat pasar2 tu. Datanglah ke Sabah!

  9. Mohd Zaid says:

    @maz07 teringin plak ke Sabah lagi hehe

  10. mokhairul says:

    salam…
    bleh sy mintak no en. yaakob kete sewa tu?sy nk g jln2 kt sabah 13hb ni jd nk cari kete sewa..thnx..

  11. hi.. saya menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu di kota kinabalu.. harga budget .. penghantaran ke airport dan hotel2 area kota kinabalu adalah percuma… siapa yang berminat boleh hubungi saya terus di talian 0138999242 ataupun di website kami http://www.kkrentacar.com … terima kasih.. selamat datang ke sabah di bawah bayu

  12. Haifa says:

    Sekarang sy berada di Sabah. Dgn pengalaman awk nih, sy jadikan rujukan utk cari tempat2 yang menarik di sini. :))

  13. Mohd Zaid says:

    Haifa > terima kasih Haifa sebab jadikan blog ni sumber awak.. insyaallah lepas ni zaid akan beri yang terbaik untuk semua πŸ™‚

  14. kings says:

    we provide car rental services at kota kinabalu murah2
    sila hubungi 014-3539331 untuk pertayaan

    akan penuhi permintaan custermer

    sila layani our website:http://www.kk-carrental-tour.com/

  15. noorli says:

    saya nak ke sabah hujung tahun ni..jadi blog ni banyak membantu saya..terima kasih banyak2 atas info…

  16. Mohd Zaid says:

    noorli > terima kasih sebab sudi jadikan blog ni panduan awak ke sabah.. nanti bila dah ke sana buatlah review juga ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *