Best Dapat Belajar Cara Pengurusan Wang Di Workshop POWER Dan AKPK

Saya Bakal POWER Dengan AKPK! Yeeeyyyy… Kini aku sudah POWER pun.. baru aku sedar yang selama ni aku hanya pentingkan kehendah dari keperluan. Sebab itulah punca kegawatan ekonomi dan sara hidup diri aku asik tak cukup je. Memang bestlah program workshop #POWER yang dianjurkan oleh Bank Negara via AKPK ni, masa ni lah nak belajar bagaimana mengawal dan menguruskan perbelanjaan wang dengan betul dan berhemah.

Program ni dijalankan pagi tadi di Hotel Seri Pacific PWTC Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 200 orang dan disertai selebriti tempatan yang bersama-sama belajar cara menguruskan wang dengan betul. Bagi aku workshop seperti ni memang bagus dan perlu disarankan kepada remaja-remaja dan mereka yang baru mengenali wang maksudnya mereka yang baru bekerja dan mempunyai pendapatan. Sebelum korang terjerumus dalam lembah jerat HUTANG lebih baiklah korang pergi join workshop POWER ni. Memang tak rugi join workshop 4 jam ni atleast korang boleh memahami dan beringat sebelum terkena.

Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada penceramah En. Mohd Adnan Anan Abdullah, yang sentiasa buat lawak sengal dan tak bosan. Sambil berlawak sambil kita memahami apa yang diterangkannya. Macam itulah penceramah yang berjaya, dia berjaya memberikan ilmunya masuk kedalam kepala otak aku ni. 🙂

Aku nak sarankan kepada kawan-kawan semua yang baru berjinak-jinak dalam memiliki kad kredit atau yang nak beli kereta dan rumah tu supaya berfikir dulu sebelum membeli. Adakah itu keperluan atau sekadar kehendak?.. jika gaji dibahagikan dengan hutang tengok dulu kalau ada lebih 40% tu kira ok lah sebab korang ada lebihan tunai tapi kalau kurang dari 40% tu dah dikira Defisit Tunai, korang yang mengalami situasi ni perlu kaji semula corak perbelanjaan korang tu.

Macam-macam yang diterangkan dalam workshop ni, semuanya dari lubuk hati korang sendiri nak dengar atau tak. Tepuk dada tanya selera. Jadi ingatlah sebelum nak beli apa-apa tu fikir dulu dan jangan membazir ye. Oklah kepada sesiapa yang berminat nak join workshop POWER ni masih ada lagi.. korang boleh tengok kat sini.. Saya Bakal POWER Dengan AKPK!

PS : Terima kasih kepada En. Nazril Idrus, Sazzy Falak, Yasmin Hani dan Sharifah Sofea .. u all memang bestt.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Best Dapat Belajar Cara Pengurusan Wang Di Workshop POWER Dan AKPK

  1. sharinginfoz says:

    bagus ni dapat mendidik mengenai kewangan

  2. matjoe says:

    sambil belajar smbil tgk bergambar dgn artis nampak.

  3. iterdesly says:

    wah.. workshop macam ni yang paling sy suka tuk join… money management… i had read a lot of book especially on the finance , i didn’t have any finance background but for me this kind of knowledge is very important. i start to realized how important money management especially on our cash flour after reading Robert Kiyosaki book.

    I also recommend you guys to read KCLaw blog and improve our financial status.

    I really hope AKPK will comedown to sabah soon ….

  4. Mohd Zaid says:

    Hi Bro.. memang best workshop macam ni saya pun dapat belajar macam-macam, dan yang paling bestnya ianya percuma. Harap AKPK akan buat di Sabah juga kan.. mesti dapat sambutan hangat.

  5. Mohd Zaid says:

    hehe sambil belajar sambil minum air bro matjoe hehe..

  6. Mohd Zaid says:

    salam bro sharinginfoz, memang best program macam ni.. dan patut mereka yang baru mengenali wang tu pergi belajar cara kendalikan wang mereka supaya tidak tersesat suatu hari nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *