Saya Bakal POWER Dengan AKPK!

Nak beli kereta baru, nak beli rumah, nak beli iPad.. nak beli itu nak beli ini.. itulah yang berada dalam fikiran aku sekarang. Tapi kalau difikirkan balik perlukah aku semua tu..? ya jawapannya memang YA!! aku perlukan semua itu tapi bila difikir-fikirkan lagi.. mampukah aku?.. dengan gaji aku sekarang dan sara diri yang cukup perit hidup di Kuala Lumpur ni.. ermmmm fikir-fikirkan sejenak..

Jadi aku belum cukup POWER lah untuk dapatkan semua tu. Sekarang ni pun aku terlalu ikutkan nafsu semata-mata untuk perolehi barangan yang aku tidak perlukan. Akhirnya kini aku menanggung hutang yang banyak sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk melunaskannya. Gagi dengan hutang dah sama banyak tiap-tiap bulan, kekadang nak makan pun kena ikat perut.. nasib baik perut aku ni comel boleh la kikis sikit lemak-lemak yang ada tu time tak ada duit tu haha..

Bercakap pasal hutang dan duit, aku pandang sekeliling aku contohnya ditempat kerja.. ada juga kawan-kawan aku yang menanggung beban hutang yang melampau. Keinginan  lebih banyak dari kemampuan, akhirnya sampai satu tahap ada yang kena BLACK LIST dan sebagainya.

Kini aku sedar yang semua itu nafsu semata-mata, tapi aku masih belum sedar 100% sebab keinginan nak iPad masih terngiang-ngiang dalam kepala ni. Jadi apa perlu aku buat?.. perlukah aku tambah lagi hutang kad kredit dan sebagainya?.. Oh My Goshhhh!!.. cam mana ni.. siapa yang boleh HELP aku untuk mengatasi masalah ni?..

Haaaahhhh.. YA inilah masanya aku perlu lebih POWER untuk pengurusan wang ringgit aku.. jangan membazir itulah pesanan mak aku sampai sekarang dan aku rasakan pesanan itu begitu berharga sampai sekarang. POWER!! POWER!! YESS GIVE ME MORE POWER!! Oh ya bercakap pasal POWER aku baru je tahu program ni yang diberi nama POWER (Pengurusan Wang Ringgit Anda). Dengan kerjasama Bank Negara Malaysia via AKPK (Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit) mereka menyediakan program khas untuk kita semua belajar bagaimana menguruskan wang ringgit kita. Aku amat berminat untuk join program macam ni, lebih-lebih lagi sekarang mereka menyediakan 7 lokasi terpilih seluruh Malaysia untuk kita join dan yang paling best ianya FULLY SPONSORED.

Aku akan pergi program POWER ni pada 9-Feb-2011 di Seri Pacific, Kuala Lumpur dengan harapan aku boleh belajar sesuatu yang baru bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan dan berbelanja dengan lebih berhemat lepas ni, dan aku sarankan kepada kawan-kawan aku gak yang berminat untuk join sekali program POWER ni.. kalau ada sesiapa yang berminat boleh join mereka dilokasi-lokasi berikut :-

Negeri Tarikh Tempat Program
Kuala Lumpur 9 February 2011 Seri Pacific,
Kuala Lumpur
Penang 16 February 2011 Cititel Hotel,
Pulau Pinang
Melaka 23 February 2011 Renaissance Hotel,
Melaka
Johor 2 March 2011 Mutiara Hotel,
Johor Bahru
Sabah 9 March 2011 Promenade Hotel,
Kota Kinabalu
Sarawak 16 March 2011 Imperial Hotel,
Kuching
Terengganu 30 March 2011 Primula Beach Resort,
Kuala Terengganu

Cara pendaftaran boleh dibuat melalui 3 cara iaitu call AKPK ditalian 1800-88-25-75, layari website AKPK atau buat tempahan tempat duduk dilaman http://www.lvg.com.my/power/

PS: Buat tempahan awal sebab tempat duduk adalah terhad.. dan yang bestnya workshop ni pun dihadiri oleh beberapa artis terkenal Malaysia antaranya liyana jasmay, Dynas Mokhtar Full, Aizat Amdan, Jaclyn Victor, Aishah Jennifer Sinclair, Yasmin Hani Richardson & Farish Aziz. Sambil kita belajar cara pengurusan wang boleh la kita gila glamour sikit bergambar dengan artis hehehe.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Saya Bakal POWER Dengan AKPK!

  1. matjoe says:

    byk budget akpk ni sebab siap leh panggil artis lagi

  2. JMR says:

    cam best je program nih..

  3. DeQdEq says:

    baru tadi dengar iklan kat hot fm….nak daftar la yg kat penang punya…
    lepas dah daftar nak buat apa plak ye?

  4. Mohd Zaid says:

    Salam bro JMR.. memang best pun program ni.. rugi kalau tak join..

  5. Mohd Zaid says:

    huhu ini disupport oleh BNM juga..

  6. amier says:

    Pg td blik keje jer aku tengok MHI … Nak G la seminar tu … pasti hebatkan.. hebat sangat-sangat

  7. baru tau dari MHI pagi tadi, tapi sayang kat KL dah terlepas.. terpaksa pi kat Melaka. ok tak bro??

    PojiePooh; Hanya Satu…

  8. Mohd Zaid says:

    ok event #POWER ni bro.. mesti join kalau tak rugi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *