Tune Hotels 1Borneo, Kota Kinabalu Sabah-Part 2

Percutian di Sabah memang sangat menyeronokkan, mesti korang dah baca entry pertama aku cerita pasal Sabah ni kan.. kalau belum bolehlah klik Percutian Ke Kota Kinabalu Sabah – Part1. Selama 4hari 3malam aku berada di Kota Kinabalu, aku sekeluarga tinggal di Tune Hotels 1 Borneo, agak murah Tune Hotels ni lebih-lebih lagi sekarang ni mereka dah mansuhkan bayaran tambahan iaitu “Admin Fee” jadi lagi murah lah kalau buat tempahan awal.

Untuk pengetahuan korang, aku memang sukakan Tune Hotels, bukan setakat murah tapi ianya berdekatan dengan bandar Kota Kinabalu. Nak pergi mana-mana memang senanglah, kira Tune Hotels ni macam kat tengah-tengah nak pergi bandar senang nak pergi desa macam kat Ranau pun senang. Kalau korang yang suka membeli belah tu memang dah sesuai sangatlah menginap kat Tune Hotels 1B ni sebab ianya bersebelahan dengan shopping complex 1 Borneo. Kalau 1B ni macam-macam ada jadi korang tak perlu risaulah nak beli barangan keperluan sebab semuanya dekat.

Tune Hotels seperti yang kita maklum hotel selesa yang murah. Jadi kalau nak harga murah aku nasihatkan korang booking awal dan beli terus “Comfort Package” yang include sekali dengan Air Conditioning (12 hours), Towel, Conditioning Shampoo, Shower Gel dan sabun baru RM15.90. Tapi kena booking awal lah kalau booking masa tu gak harga dia mungkin jadi mahal sikit.

Masa kat Tune Hotels aku tak ambik Aircond, jadi agak kepanasan sikitlah sebab bilik yang aku dapat kat tengah jadi tiada tingkap dan tiada pengaliran udara segar masuk, dah macam cacing kepanasan kami kat dalam bilik. Aku nasihatkan korang yang nak tinggal di Tune Hotels 1 Borneo ni kalau boleh request nak duduk bilik yang ada tingkap, kalau ada kekosongan boleh je dapat. Kalau tak dapat bilik yang ada tingkap alamatnya korang kenalah beli Aircond haha.

Pada pengalaman aku menginap di Tune Hotel 1 Borneo Sabah, aku amat berpuas hati dengan service dan layanan mesra staff Tune Hotels. Kebersihan bilik boleh dikatakan “tiptop” dan susun atur bilik amat menarik sekali. Cuma aku nak cadangkan kepada pihak Tune Hotels supaya kalau boleh sediakan 2 kunci bilik (Kad). Bukan apa sekarang ni Tune Hotels hanya menyediakan 1 kunci sahaja untuk bilik jenis “Double Room”. Nama pun bilik “Double Room” tinggal untuk dua orang, jadi kalau seorang nak tidur dan seorang lagi nak keluar kan dah susah. Ini sekadar cadangan kepada pihak Tune Hotels je sebab bagi aku Tune Hotels dah best dah :)

Ok kepada sesiapa yang nak menginap di Tune Hotels 1 Borneo, ini ada sedikit info untuk korang

Tune Hotels – 1Borneo, Kota Kinabalu
Unit No. G-803,1Borneo Hypermall,
Jalan Sulaman, 88450
Kota Kinabalu, Sabah

3 Floors
165 rooms
165 Double Rooms.

Located within 1Borneo, East Malaysia’s largest shopping, dining & lifestyle mall
Free 1Borneo shuttle service from hotel to city centre
En-route to Mt Kinabalu, South East Asia’s highest peak and Sabah’s finest golf courses

Pemandangan Tune Hotel 1 Borneo, Kota Kinabalu Sabah disiang hari..

snap..snap.. ambik gambar dalam bilik Tune Hotels ni nak buat sikit review.. :)

Katil yang bersih dan selesa. Boleh tidur dua orang.. tilamnya sangat empok sehinggakan aku tidur lena setiap malam di Tune Hotel ni haha..

Inilah model-model aku untuk review Tune Hotels 1B ni.. haha tak lain tak bukan keluarga aku gak.. :)

TV LCD Monitor yang tergantung kat dinding ni amat cantik sekali. Tapi kan cantik kalau ianya berfungsi.. haha aku tak beli pun TV ni sebab aku kat Sabah bukan nak tengok TV tapi nak berjalan..

Kipas automatik diberikan secara percuma, tapi aircond kena bayarlah kalau sesiapa yang nak.. aku cadangkan korang beli terus aircond sebab aircondnya sangat sejuk.. betul tak tipu..

Flush Toilet pun ada logo Tune Hotels tau..

Sink didalam bilik air Tune Hotels ni sangat bersih.

Kaunter mesra pelanggan Tune Hotels 1Borneo Sabah, memang mesra staff kat sini.. kalau korang kehausan atau nak rehat boleh lah shopping kat 7-Eleven yang ada berhadapan dengan kaunter ni dan korang boleh rehat diruang lobby.

Pintu masuk Tune Hotels 1 Borneo.

Ini pulak pemandangan bangunan Tune Hotel 1 Borneo ketika waktu malam..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com