Selamat Tahun Baru Cina 2011

Selamat tahun baru cina, Gong Xi Fat Choi.. kepada semua kawan-kawan aku yang berbangsa cina dan semua rakyat Malaysia yang merayakannya. Seronok tengok diorang berayakan.. nama pun satu Malaysia jadi gunakanlah saat dan masa ni untuk beriadah bersama keluarga dan keluar beraya ke rumah kawan-kawan berbangsa cina. Aku macam biasalah tiap-tiap tahun raya cina adalah hari bekerja untuk aku dapat triple pay haha.. dasar mata duitan..

Tahun ni difahamkan adalah tahun arnab, mesti tahun ni lebih ong danĀ bermakna dari tahun-tahun lepas kan.. haha jangan percaya sangat. sebab semua tu datangnya dari tuhan bukan dari arnab tul tak?.. apa-apa pun semoga tahun ni aku terus lebih succes dan terus ceria, gemilang dan terbilang cewah..

Kepada kengkawan aku yang berbangsa cina, apa lagi korang jangan lupa angpow aku yek. Tahun ni aku nak dua kali ganda dari tahun lepas haha demand tu. Ok lah tak ada nak tulis apa lagi dah.. cuma nak cakap Happy Chinese New Year kat korang semua. dadaaa..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Selamat Tahun Baru Cina 2011

  1. I’m gone to tell my little brother, that he should also pay a visit this webpage on regular basis to take updated from hottest news update.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *