Sekitar Majlis Perasmian, Pelancaran Dan Sidang Media Album Mila Jirin

Bertempat di Mini Auditorium, Matic Kuala Lumpur, aku di undang untuk menghadiri majlis perasmian, pelancaran dan sidang media album terbaru Mila Jirin. Siapa tak kenal dengan Mila Jirin kan.. wazzap..wazzapp tu.. Bakat Mila yang di congkel melalui program realiti tv Akademi Fantasia 5 dan merupakan juara bagi rancangan tersebut. Empat tahun berada didalam industri muzik ini membuatkan Mila lebih matang dan tampil lebih berani dalam album terbarunya ini. Mempunyai personaliti yang menawan membuatkan Mila sentiasa menjadi pujaan peminat setianya dan kini bergelar sebagai pelakon dan model bagi produk-produk komersial.

Pada majlis pelancaran album Mila Jirin 2011 kali ini, aku dapat mendengar secara live persembahan beliau dan aku rasakan album kali ini lebih segar dan lebih mantap. Album ini berkonsep Pop Moderate melalui gabungan genre muzik masa kini, telah diterbitkan oleh MJ Panacea Records Sdn Bhd dengan kerjasama Erama Records Sdn Bhd. Lagu-lagu dalam album ni memang best semuanya dan lagu paling aku suka ialah Luahan Hati, Kasih Yang Terdampar, Bebas dan Kata Hati tapi kalau nak diikutkan aku suka kesemua lagu dalam album ni. Apa yang bestnya dalam album terbaru ini juga memuatkan 3 lagu-lagu popular yang telah disusun aturkan muziknya dan diberi nafas baru seperti lagu Aku Lebih Tahu Remix, La Ober, dan Siapa Tak Perlu Cinta.

Rugi rasanya kalau korang semua tak dapatkan album Mila Jirin 2011 ni, bukan sahaja ianya berkualiti malah dapat menghiburkan diri sendiri. Kepada peminat-peminat Mila diluar sana, korang semua boleh dapatkan album ini dipasaran bermula bulan Febuari ini atau bagi anda yang minat download secara digital boleh menggunakan Kad Prabayar Digital pertama di Malaysia dibawah Erama Records. Kad prabayar digital ini berfungsi untuk mendapatkan muat turun lagu  Mila Jirin terus dari web portal www.erama.tv ke dalam komputer peribadi dan harganya cukup murah.

Senarai lagu yang terdapat dalam album Mila Jirin 2011:

1. Bebas ( Mila Jirin/Amir)

Lagu:     Amir ( Warner Chappel Publishing)

Lirik:      Mila Jirin ( A Plus Music Production )

2. Malu Malu ( Mila Jirin/Aidid Alfian)

Lagu : Aidit Alfian ( Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)

Lirik : Ad Samad ( Fighting Poet Sdn Bhd)

3. Luahan Hati ( Mila Jirin/Aidid Alfian)

Lagu : Aidid Alfian (Indah Karya Publishing (M) Sdn Bhd)

Lirik : Ad Samat (Fighting Poet Sdn Bhd)

4. Kata Hati ( Mila Jirin/Ajai)

Lagu : Ajai ( Wake The Baby Records Sdn Bhd)

Lirik : Sheikh Qalam (A Plus Music Production)

5. Kasih Yang Terdampar (Mila Jirin/Amir)

Lagu : Amir ( Warner Chappel Publishing)

Lirik : Nafisah ( Warner Chappel Publishing)

6. Aku Lebih Tahu Remix (Mila Jirin/Ajai)

Lagu : Ajai ( BMG Music Publishing (M) Sdn Bhd )

Lirik : Loloq (Luncai Emas Sdn Bhd )

7. La Ober  ( Mila Jirin)

Lagu: Copyright Control

Lirik : Afendi (Erama Records Sdn Bhd )

8. Siapa Tak Perlu Cinta ( Mila Jirin/ Richard Kyoto)

Lagu : Richard Kyoto

Lirik : Richard Kyoto/Denda Sr

PS : Pesanan Zaid kepada Mila Jirin.. semoga Mila terus maju jaya dalam bidang industri muzik ini dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk peminat-peminat Mila ye. Apa-apa pun jom kita layan gambar-gambar Sekitar Majlis Perasmian, Pelancaran Dan Sidang Media Album Mila Jirin 2011 ni…

Matic Kuala Lumpur, terletak berdekatan dengan KLCC, dan sekiranya anda sesat di Kuala Lumpur boleh berkunjung ke sini kerana segala info dan panduan tentang Malaysia ada didalam bangunan ini.

Banner dan poster Mila Jirin di sepanjang perkarangan Matic Kuala Lumpur.

Persembahan permulaan dimulakan dengan tarian hebat dari penari-penari ini.

Aku macam pernah jumpa pemain drum ni.. tapi dimana ye.. haha.. kalau tengok pemain drum ni aku mesti teringat kat penyanyi Yuna.

Memang mantap persembahan Mila Jirin pada malam ni. Suara Mila juga memang power beb!.

Abang Azelee Senario, pengerusi majlis pada malam tersebut. Memang lawak lah abang Azelee ni. Cakkk sikit kat kamera zaid ni bang.. 🙂

Noni AF5 turut hadir bagi memberikan sokongan kepada Mila.

Heliza AF5, memang cantik dari dulu.. juga datang untuk menyaksikan persembahan dan memberikan sokongan kepada sahabatnya Mila.

Dafi AF5, juga hadir pada malam tersebut. Aku pertama kali jumpa dafi ni.. memang peramah dan baik hati..

Man Kidal mengiringi persembahan Mila pada malam itu. Memang bestlah abang Man Kidal ni.. petikan gitarnya membuat aku tak tidur lena.

Bergambar dengan Mila Jirin.. kat sebelah kiri tu mak aku.. Zaraaluwi.com

Andyhowtt juga hadir, siap beli lagi CD Mila yang original. Bagus tu Andy support lagu-lagu tempatan dengan membeli album yang original.

Fans Mila yang hadir pada malam tu dapat beli Album Mila dengan harga diskaun, kalau kat pasaran berharga RM29, tapi siapa yang beli malam tu dapat harga RM20.00 je..

Apa-apa pun terima kasih kepada MJ Panacea Records Sdn Bhd & Erama Records Sdn Bhd kerana sudi menjemput aku untuk majlis perasmian ini, dan terima kasih kerana melayan kami dengan baik sekali. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Sekitar Majlis Perasmian, Pelancaran Dan Sidang Media Album Mila Jirin

  1. deCrewz says:

    Wah.. Jeles pulak Jai tengok…hu3

  2. sitokei says:

    Bagus2 kita support made in malaysia
    hihihi….

  3. beautybimbo says:

    wow..lama tak dgr cite die..i like her song..

  4. Mohd Zaid says:

    beautybimbo nanti belilah CD dia yang baru.. memang best dan tak rugi beli tau..

  5. Mohd Zaid says:

    sitokei jangan lupa dapatkan Cd ori dipasaran bulan FEB ni ye..

  6. Mohd Zaid says:

    haha nanti Jai ikut zaid ye kalau ada apa-apa event nak..?

  7. deCrewz says:

    Sapa cakap xnak tu namanya menolak tuah beb..he3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *