Selamat Datang Ke SABAH

Yahoo !! diam tak diam hari ni adalah hari penantiannya.. Akhirnya setelah 27 tahun menanti aku dapat juga terbang ke Sabah bah menaiki belon oren.. haha bukan naik belon lah tapi naik FireFly okey.. Aku ni bukan senang nak berjalan jauh tau.. paling jauh pun pergi Hong Kong tahun lepas.. tahun ni aktiviti pelancongan aku dimulakan dengan melancong ke  Sabah Negeri Di Bawah Bayu.  Sebenarnya dah banyak dalam TO DO list aku untuk tahun ni, banyak tempat dalam dan luar negara yang aku nak terokai. Tapi nanti la cerita ye kang kalau aku cerita awal-awal korang tak nak baca blog aku pulak.

Apa-apa pun ini adalah blogpost yang telah di schedule kan.. sebab sekarang ni aku masih dalam kapal terbang lagi.. lagi sejam aku akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI). Apa-apa pun terima kasih kepada FireFly sebab sponsor aku 4 tiket percuma ke Sabah. Lain kali sponsor la lagi ye.. :) ni nak promosi sikit tentang FireFly, sekarang FireFly dah buat tambang murah untuk ke Sabah harga dari RM59* penerbangan Kuala Lumpur-Kuching sebanyak 4 kali penerbangan sehari dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu sebanyak 3 kali penerbangan sehari. Yang bestnya korang akan naik dari KLIA ke BKI .. so tak perlu lah ke LCCT atau Subang Airport lagi.. Memang murahkan. jadi apa tunggu lagi mulakan tahun baru 2011 ni sebagai tahun pelancongan dalam negeri bersama FireFly.

Okeylah sekarang ni mungkin aku tengah menikmati sarapan pagi diatas langit, so sambil korang bersarapan pagi gak tu.. korang rajin-rajin la baca blog aku ni ye.. nanti lepas balik dari Sabah aku akan buat review tentang negeri Sabah ni. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik kat Sabah ni yang penting kita ada Google Maps yang sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan perjalanan.

Ok la bah.. aku tengah on Airplane Mode kat iPhone aku ni sambil layan lagu Stacy …Kenapa bahh kau berubahh… haha.. layannn..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.