Aplikasi Telefon Bimbit Raja Lawak 5

Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, Raja Lawak juga kini maju setapak lagi. Selepas memperkenalkan laman social Facebook dan Twitter, kini Raja Lawak memperkenalkan sesuatu yang akan sentiasa bersama anda di mana jua.

Dalam musim ini, satu aplikasi telefon bimbit telah disediakan. Segala berita, koleksi lawak, pelbagai muat turun dan maklumat-maklumat mengenai Raja Lawak 5 disediakan dalam aplikasi ini. Video-video daripada Raja Lawak 4 juga turut disediakan dalam aplikasi telefon bimbit ini.

Ciri-ciri Aplikasi:

1. Tonton SIARAN LANGSUNG Raja Lawak 5 menerusi telefon bimbit.
2. Koleksi Video Raja Lawak 5 dan 4. (lebih 100 video!).
3. Dapatkan berita terkini Raja Lawak 5.
4. Profil peserta dan galeri gambar eksklusif.
5. Undi peserta Raja Lawak kegemaran anda dengan mudah.
6. Koleksi Lawak harian oleh peserta Raja Lawak.

Sambungan internet (Wi-Fi, 3G atau EDGE) diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini

Aplikasi ini disediakan khas kepada pengguna iPhone dan Android. Untuk muat turun taip RL5 dan hantar ke 32999.

Aplikasi ini disediakan secara PERCUMA sehingga 21 Januari 2011.

Undi Raja Lawak kegemaran anda! Taip LAWAK<jarak><nama peserta> atau LAWAK<3/5/10/20><jarak><nama peserta> untuk (3/5/10/20 undian) ke 32999.

Contoh : LAWAK5 <nama peserta> ke 32999.

Jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak 5, malam ini, jam 9 malam siaran secara langsung di Astro Prima (105). Untuk maklumat terkini Raja Lawak 5, layari laman sosial Facebook dan Twitter di http://www.facebook.com/RajaLawak5 dan http://twitter.com/RajaLawakAstro.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Aplikasi Telefon Bimbit Raja Lawak 5

  1. rashid says:

    wah2, senang la nak undi2…kena bayar ke undi guna iphone ni??

  2. deCrewz says:

    Erk.. Undian moden.. Lgi senang beb..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *