Bergambar Di Madame Tussaud’s Hong Kong

Madame Tussaud’s Hong Kong adalah salah satu tempat pelancongan yang terletak di Peak Tower, Pulau Hong Kong dan ianya adalah muzium wax pertama diantara dua Madame Tussauds di asia selain Shanghai. Kalau datang ke Hong Kong memang rugilah kalau tidak ke Madame Tussaud’s. Sebab kat sini memang best giler sebab korang boleh jumpa lebih 100 patung lilin artis-artis kesayangan korang kat sini tau. Harga tiket untuk masuk adalah HK$160 untuk dewasa, HK$90 untuk kanak-kanak berumur 3-11 tahun dan HK$90 untuk 65 tahun keatas.

Agak murah juga HK$160 bersamaan dalam RM80 ringgit Malaysia, apalah sangatkan RM80 dengan pengalaman korang bertemu dengan figure artis-artis dan bangsawan lilin kegemaran korang seperti Donnie Yen, Jet Li, Jackie Chan, Dato Michelle Yeoh, Bruce Lee, Aaron Kwok, Barbie Hsu, Chiling Lin, Leslie Cheung, Andy Lau, Leon Lai, Connie Chan, Cecilia Cheung, Angelina Jolie, Nicole Kidman, Johnny Depp, Brad Pitt, Marilyn Manroe, Sir Anthony Hopkir, Madame Tussaud, Pablo Picasso, Lang Lang, Mozart, Luciano Pavarotti, David Beckham, Ronaldinho, Muhammad Ali, Yao Ming, Anita Mui, Elvis Presley, Madonna, Bestles, Miriam Yeung, Micheal Jackson, Joey Yung, Queen Elizabeth II, HRH The Duke, Princes Diana, Donald Tsang, Barack Obama, Hu Jintao, Lee Kwan Yew, Mahatma Gandhi dan ramai lagi.. kalau korang pergi sekarang ni korang dah boleh jumpa Lady Gaga sebab figure nya telah siap dan telah dipamerkan disana.

MAP KE : Madame Tussaud’s Hong Kong

[mappress mapid=”8″]

Gambar-Gambar menarik yang aku rakam ni Madame Tussaud’s Hong Kong.. merasa gak lah melaram dengan patung lilin walaupun bukan artis sebenar haha..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.