Akademi Fantasia 9 Adalah AF Terakhir?

Akademi Fantasia sebuah program realiti TV di Astro yang sudah gah namanya, sebut saja AF pasti ramai diantara anda yang begitu teruja, dari kalangan kanak-kanak, dewasa hinggalah ke atuk nenek pastinya nama Akademi Fantasia telah membuat seribu satu kenangan dari musim pertama hinggalah musim kelapan yang melahirkan ramai artis tempatan yang berbakat besar. Pada musim pertama AF telah melahirkan bintang yang bernama Vincent Chong Ying-Cern (AF1) diikuti dengan Ahmad Zahid Baharuddin (AF2), Asmawi Ani (AF3), Mohammad Faizal Ramly (AF4), Norsyarmilla Jirin (AF5), Stracie Angie Anam (AF6), Mohd Hafiz Mohd Suip (AF7), Ahmad Shahir Zawawi (AF8)  setelah lapan musim keudara banyak suka duka dan tak kurang juga dengan kontroversi dari pelajar-pelajar AF itu sendiri tetapi itulah sebenarnya ramuan dan santapan yang dihidangkan untuk menghiburkan anda semua.

Tahun ini kita bakal menemui kembali rancangan hiburan  dan kini siapa agaknya juara untuk Akademi Fantasia musim ke 9. Untuk pengetahuan semua AF9 adalah program AF terakhir yang bakal diterbitkan di saluran Astro tidak lama lagi. Pastinya AF9 kali ini lebih banyak dan penuh dengan kejutan untuk peminat-peminatnya. Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan AF9 kali ini dan kepada anda yang berminat untuk menguji sama ada anda boleh menyanyi atau tak bolehlah datang sendiri ke ujibakat Akademi Fantasia 9 di lokasi-lokasi berikut. Oh ye.. untuk musim kali ini, satu perubahan dibuat bagi merealisasikan impian peserta yang ini menjadi bintang, kini Ujibakat Akademi Fantasia 9 juga boleh dibuat secara online. Lihat cara-cara dan lokasi ujibakat dibawah.

Langkah Penyertaan Online (13 – 26 January 2011)

Kini, kami menyediakan cara baru untuk menguji bakat. Terdapat 40 lagu untuk dipilih. Anda tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan borang kerana anda boleh melengkapkan borang online dan juga menghantar video uji bakat anda secara ONLINE! Langkah-langkahnya mudah sahaja:

Ujibakat Secara Online :-
Langkah 1 : Pilih lagu yang disenaraikan

Lelaki

No Lagu Penyanyi
1 Selamat Malam Faizal Tahir
2 Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir
3 Drama King Muh
4 Extravaganza Bunkface
5 Billionaire Travis McCoy
6 Bukan Cinta Biasa Afgan
7 Ketulusan Hati Anuar Zain
8 Bila Cinta Gio & Felly
9 Noktah Cinta Hafiz
10 Yang Pernah Estranged
11 Dan Bila Esok Sofaz
12 Akulah Kekasih Mu Axl’s
13 Tinggal Kenangan Salem
14 Tak Mungkin Berpaling Zamani
15 Pelita Api
16 Susun Silang Kata Aizat
17 Inilah Cinta Akim
18 Sorry Sorry Super Junior
19 Baby Justin Bieber
20 Yank Wali Band

Perempuan

No Lagu Penyanyi
1 Ku Ada Kamu Adira
2 Nobody Wondergirls
3 Realiti Dewi Alyah
4 Tolong Ingatkan Aku Ana Rafali
5 Jahat Stacy
6 Hati yang Kau Sakiti Rossa
7 Matahari Agnes Monica
8 Pelamin Anganku Musnah Azie
9 Bila Cinta Gio & Felly
10 Bertamu Di Kalbu Jaclyn Victor
11 Helo Beyonce
12 Sejak Ku Bertemu Padamu Sanisah Huri
13 Gila Mila
14 Puisi Cinta Ella
15 Rela Tila
16 Aku Tak Percaya Cinta Liyana Jasmay
17 Cinta Sempurna Yuna
18 Tari Tualang Tiga Saloma
19 Cinta Ini Dato’ Siti Nurhaliza
20 Ku Bukan Aku Tilu
Langkah 2 : Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.

Langkah 3 : Muat Naik video anda di www.youtube.com

Langkah 4 : Muat turun borang ujibakat yang terdapat di laman web ini.

Langkah 5 : Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke di sini

Langkah 6 : Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.

Langkah 7  : Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.

Langkah 8 : Tempoh ujibakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011.

Sila baca terma dan syarat di sini

Atau datang sendiri ke lokasi berikut untuk ujibakat :-

Lokasi Uji Bakat

Berikut adalah lokasi-lokasi uji bakat:

Tarikh dan masa Lokasi
11, 12 & 13 Februari 2011
(Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang)
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
28, 29 & 30 Januari 2011
(Pendaftaran 9 pagi hingga 1 petang)
Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah

Uji bakat ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 – 45 tahun (warganegara Malaysia & Singapura)

Untuk maklumat lanjut sila ke :-

http://www.akademifantasia.com.my/

http://www.facebook.com/AkademiFantasia9

http://twitter.com/AkademiFantasia

Terma & Syarat  : http://www.astro.com.my/akademifantasia/docs/340.pdf

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Akademi Fantasia 9 Adalah AF Terakhir?

  1. deCrewz says:

    Ho3.. Xde bakat pulak nak join…

  2. Nadri says:

    AF9 tahun ini juga terbuka kpd warga Singapura..nampak semakin sengit persaingannya…

  3. farise says:

    jom gegarkan af 9…

  4. Mohd Zaid says:

    jangan lupa sertai ujibakat AF9 ye.. mana tahu awaklah yang mereka cari … kannn..

  5. Mohd Zaid says:

    bagus gak tu kalau buka kepada orang lain… atleast nama Malaysia gak bangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *