KHURAFAT (Perjanjian Syaitan) – Filem Seram Yang Betul-Betul Seram!

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Budiey.com, SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE SDN. BHD atas jemputan untuk menyaksikan filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan ini semasa Majlis Ulang Tahun Budiey.com kali keempat hari tu. Aku sememangnya amat menggemari filem-filem melayu khasnya filem yang bercorak seram dan lawak jenaka. Kali ini aku diberi peluang untuk menonton filem seram arahan Syamsul Yusof dan aku sangat kagum dengan arahan beliau sebab bagi aku, ini bukanlah filem seram tipikal tetapi kali ini ada banyak kelainan yang ada dalam babak filem terbarunya ini.

Boleh aku katakan semasa tengok filem ni di Cathay Cineleisure Damansara e@Curve hari tu rata-rata semua penonton cuak, terkejut-terkejut dan ada juga yang menjerit tak ingat dunia semasa menonton filem Khurafat – Perjanjian Syaitan ni. Sound effect dan jalan ceritanya sangat seram sehinggakan aku yang berani ni pun nak menjerit ketakutan, tapi aku tetap cool sebab ramai awek kat sebelah tempat duduk haha.. kang tak pasal-pasal diorang label kan aku sebagai pengecut huhu.. (cakap besar aku ni) padalah aku seorang yang penakut gak haha..

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri iaitu Johan dan Aishah lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay pada mulanya mereka hidup dengan aman namun tanpa disangka mereka sering di ganggu oleh makhluk halus selepas mereka berkahwin. Johan yang kekerja sebagai pembantu rumah mayat di hospital sering mengalami gangguan ketika bekerja. Aishah isteri kepada Johan seorang yang baik dan mentaati kepada suaminya dan sering menjaga ibu Johan iaitu lakonan Fauziah Nawi.

Kejadian aneh yang berlaku disekeliling Johan dan Aishah menjadi tanda tanya kenapa mereka diganggu sedangkan mereka tidak pernah melakukan atau menyakiti sesiapa sehinggalah watak Anna  lakonan Sabrina Ali muncul. Anna merupakan bekas teman wanita Johan, walaupun Anna seorang yang liar dan suka bersosial Johan amat menyukai Anna tertapi Anna menolak cinta Johan dengan alasan Johan seorang yang miskin dan hidup sederhana. Johan akhirnya menemui jalan songsang dengan mengamalkan amalan khurafat dengan berjumpa bomoh lakonan Latif Borgiba.

Anna yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa Johan sudah berkahwin dengan Aishah mengalami tekanan perasaan dan sering murung. Apakah yang telah terjadi kepada Anna, Johan dan Aishah selepas Johan mengamalkan ilmu khurafat itu?.. haha tengok sendiri lah kat panggung kang aku cerita semua korang dah tak nak support filem melayu.

Apa-apa pun korang perlu dan HARUS tengok cerita Khurafat – Perjanjian Syaitan di pawagam 13-Januari-2011 ini sebab aku gerenti 100% korang akan menjerit dan ketakutan bila nak balik rumah selepas tengok filem ni. Kalau korang nak tengok filem ni pastikan korang tumpu sepenuh perhatian pada 10 minit pertama cerita dan 10 minit akhir cerita.

Para Pelakon :-

Syamsul Yusof  sebagai Johan

Liyana Jasmay  sebagai Aishah

Sabrina Ali  sebagai Anna

Md Eyzendy  sebagai Rosma

Latif Borgiba  sebagai Bomoh

Nur Huda Ismail sebagai Jea

Mariani sebagai Nenek

Fauziah Nawi sebagai Mak Johan

Ya Robbi – OST KHURAFAT (Perjanjian Syaitan)
Syamsul Yusof & Dr Anwar Dr Anwar Fazal a.k.a Burn &Soul

Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..

Verse 1

Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh’ dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh’ penuh nista
Yah’ yah’ ku terlupa..

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh’ dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh’ dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2

Jika kau tanya aku jujur uh’ mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh’ tampaknya
Walau hakikat oh’ sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh’ dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh’ dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Bridge

Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Outtro (V.O)

Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..

Bersama Dato’ Yusof Haslam semasa pra tonton KHURAFAT (Perjanjian Syaitan) di party ulang tahun Budiey.com

-0-

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *