Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di KIA

OMG !! apa sudah jadi pesawat Airasia boleh terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). Kalau dah tahu cuaca buruk kenapa masih teruskan penerbangan tu?.  Apa-apa pun harap pihak Airasia dan pihak terbabit memadang serius perkara ini kerana ianya boleh melibakan banyak nyawa.  Terkejut juga baca berita ni sebab kawan aku baru je balik dari Sarawak, entah apalah khabar mereka sekarang ni yek.. 🙂

sekadar gambar hiasan

Sehubungan itu lapangan terbang berkenaan ditutup sementara dan beberapa penerbangan pesawat Airasia dari dan ke Kuching terpaksa dibatalkan, sila dapakan maklumat lanjut dengan menghubungi Call Centre Airaisa ditalian +603 2614 2999 (password 123110111) . Berikut adalah jadual penerbangan yang dibatalkan

Sumber : http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=10150120514477387&set=a.126637407386.141139.18801397386

2011/01/11

KUCHING: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi.

Difahamkan empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.

“Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, memberitahu pemberita ia berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
“Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.

Difahamkan penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.

Sementara itu, sumber KIA memberitahu Bernama hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. – BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PesawatAirAsiaterbabasketikamendaratdiKIA/Article

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di KIA

  1. takutnya..bahaya betol

  2. jesnita_n9 says:

    ermmm…nk kaut keuntungan..hampir mengorbankan nyawa org
    lain..harap pihak Air Asia menjadikan hal ni sbg
    pengajaran..

  3. pakcik mu says:

    di harap air asia x payah wat penerbangan domestik dalam negeri lagi..org malaysia ni bukan reti bersyukur..bila ada incident trus melalak..pegi la penerbangan lain…watpe nk melalak..tu masing2 punya pilihan…saya cukup bersyukur air asia boleh beri tambang murah atau sbg nya..klu dah takdir nk berlaku kemalangan,di mana2 pun bleh jadi..x payah la nk salah kan mana2 pihak..yg pasti suma airline ni praktik kan langkah2 keselamatan yg ketat….faham tu…klu rasa diri tu x mampu…”sapa suruh ko miskin”….hehehe

  4. Shahiran says:

    Tempoh masa perjalanan dari KLIA ke kuching tu dah cukup untuk cuaca berubah tak kira ramalan camne pun… harap tak berlaku lagi.

  5. Mohd Zaid says:

    at least diorang ada forecast @Shahiran … tapi betul juga kan.. cuaca sukar diramal.. benda nak jadi nak buat cam ne kan..

  6. Mohd Zaid says:

    alahai @pakcik mu .. apasal emo sangat ni.. relex lah.. macam dia tu kaya sangat haha

  7. Mohd Zaid says:

    lepas ni kalau nak naik penerbangan Airasia dapat beli sekali dengan insurance ..

  8. Mohd Zaid says:

    benda nak jadi ieda.. nak wat cam ne..

  9. Aby says:

    Salam…huhuhu xsangka kn time 2 korg otw blk dr kuching ke KL…xsangkat benda ni jd pn… mmg time korg naik flight 2 waktu ujan ngah lebat tp alhamdulillah korg selamat sampai KL tp dlm mase yg sama xsangkat dorg still gerak gak wlupn time 2 ngh ujan…. cuak gak korg time 2 huhuhu ingat kn dorg akan tangguhkan penerbangan korg atas faktor cuaca tp x pulak nasib xde ape2 blaku kat korg time 2 huhuhuhuhu syukur alahamdulillah…

  10. cikery says:

    huuuu…takotnye… dah lame tak naik flight…tp benda cmni biasenye depend on decision pilot jugak.. and team..dan benda nak jadi..tak perlu menunding jari sgt… Ade sekali mase cikery perlu terbang dr KL ke kelantan, flight perlu buat rotation kat atas sbb tak dpt nak landing.. had pemandangan tak cukup untuk landing… pastu cuaca still cmtu jugak.. balik semula LCCT..sejam lepastu baru terbang balik…

  11. Fety Ayu says:

    Semoga semua penumpang yang terlibat selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *