Maher Zain Live in Concert [Malaysia]

Siapa tak kenal dengan Maher Zain yang popular dengan lagunya “Insha Allah”, “Baraka Allahu Lakuma” dan banyak lagi. Menembusi pasaran antarabangsa dengan lagu-lagu dakwah yang bercirikan nasihat dan memuji-muji nama Allah S.W.T, Alhamdulillah syukur tahun ni Maher Zain bakal menemui peminatnya di Malaysia sekali lagi dengan mengadakan “Maher Zain Live in Concert” [Malaysia]. Pastinya ini adalah peluang keemasan kepada semua peminat Maher Zain dan juga pencinta lagu-lagu dakwah di Malaysia dan tidak ketinggalan kepada peminat di negara jiran kita iaitu dari Indonesia, Singapura, Brunei boleh sama-sama datang ke konsert ni nanti.

Kepada semua peminat Maher Zain dapatkan tiket konsert ini dan tetapkan tarikh berikut sebagai hari anda bersama Maher Zain. Info tiket sila ke http://www.tickethotline.com.my/events/maher-zain-live-in-concert/ dan maklumat lanjut sila lihat dibawah :-

Artis Undangan :
MESUT KURTIS (Macedonia), IRFAN MAKKI (Canada) & INTEAM (Malaysia)

Harga Tiket :
RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

Beli Tiket Disini:
www.tickethotline.com.my
Tel: +603-7725 1177 / +603-7725 1166

Tiket@Rock Corner

Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade

Tempat  : Stadium Melawati Shah Alam Shah Alam, Malaysia

Masa : Jumaat , February 25 at 8:30pm – February 26 at 8:30pm

Penyanyi dan komposer antarabangsa; Maher Zain berketurunan Lubnan warganegara Sweden mula menjadi sebutan peminat industri hiburan dunia pertengahan tahun 2009. Kemunculan beliau dengan album pertamanya “Thank You Allah” mula meledakkan satu fenomena baru di dalam dunia hiburan khususnya di Malaysia sendiri.

Fenomena ini jelas ketara apabila kepulangan Maher Zain dari Malaysia ke Sweden turut diraikan dengan kejayaan beliau beroleh jumlah peminat di facebook seramai SEJUTA orang dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlah tersebut diraih sepanjang kedatangan beliau di Malaysia.

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang julung-julung kalinya akan diadakan di Malaysia bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.

Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.

Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.

Layout Tempat Duduk (Hari Pertama) – Klik Gambar Untuk Besarkan

Layout Tempat Duduk (Hari Kedua) – Klik Gambar Untuk Besarkan

Sumber : Facebook Maher Zain

Ada berita baru untuk semua peminat Maher Zain, kini beliau telah habis buat rakaman lagu “Insha Allah” versi Bahasa Melayu dan bakal keudara di radio dan di pasaran tidak lama lagi. Cayalah Maher Zain anda memang bagus dan selamat maju jaya dari Mohdzaid.com, semoga konsert ini dapat mewujudkan talian persaudaraan antara semua rakyat islam di dunia dan semua masyarakat yang menggemari lagu-lagu dari Maher Zain, Insha Allah.

PS : Adakah lagu “Insha Allah” versi Bahasa Melayu akan dinyanyikan oleh Maher Zain masa konsert tu nanti?.. tunggu dan dapatkan tiket ditempat berhampiran anda okey.. 🙂

-0-

Peta ke : Stadium Melawati Shah Alam Shah Alam, Malaysia

[mappress mapid=”3″]

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Maher Zain Live in Concert [Malaysia]

  1. Newskaki says:

    Anda peminat Maher Zain juga? Ohh… kembali hangat bersama Newskaki.com dimana semua bloggers berkumpul dan berkongsi berita sambil add kawan-kawan semacam Facebook tapi kini berada di Malaysia, rapat bersama anda semua dengan memberi 10 TIKET PERCUMA masuk VIP ke konsert Maher Zain “Forgive Me” Live Di Malaysia. JANGAN LEPASKAN PELUANG MENARIK INI. 11 hari lagi, 10 tiket senang jer nak menang…. hanya join kami, dan blog pepe jer yg korang rasa menarik, tertarik, ataupun lepak kat mamak teh tarik bual bual pasal konsert ni… dapatkan segera juga 5% tiket diskaun sehingga hari konsert di stadium merdeka kepada semua pembaca dan peminat newskaki.com … jangan ketinggalan sebab anda bukan ketinggalan zaman, masih ada masa lagi nak menang …jom join kat
    http://www.newskaki.com/?maher-zain-concert
    ….. PELUANG MENANG KINI SUDAH BERADA DI TANGAN ANDA…klik je ok..
    Tak perlu nak beli pe pe product…. join kami, klik, paliang kreatif menang… kalau tak berpeluang menang pun….saguhati beli tiket* dapat 5% kurang… APA LAGI?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *