Sekitar Majlis Ulangtahun Sensasi Selebriti Budiey.com!

Selamat hari jadi Budiey.com!. Semalam aku berkesempatan untuk join pembaca-pembaca Budiey.com gath beramai-ramai di Cathay Cineleisure Damansara e@Curve semperna majlis ulang tahun Sensasi Selebriti Budiey.com yang keempat. Agak segan juga aku berada disini ye lah mereka semua dah kenal antara satu sama lain, tapi aku dapat jumpa ramai kawan baru especially kakak dan abang yang menang tiket dari SuriaFM tu, memang baik lah kakak dan abang tu sebab aku sampai-sampai je dia yang tegur aku dan sempatlah kami berborak-borak dan bercerita pasal blog Budiey.com ni haha..

Best gak sebab event ni aku dapat kenal ramai kawan baru dan dapat jumpa ramai artis kegemaran seMalaysia antaranya Dato Yusof Haslam, Hafiz Hamidun, Farawahida, Ning Baizura, Tom, Aura, Isma AF7, Altimate, Liyana Jasmay, penyampai SuriaFM iaitu kak Lin, Tuah, Halim Othman dan ramai lagi lah. Bukan kerana #PartyBudiey ni tak jumpalah aku dengan diorang haha..

Apa apa pun aku sangat seronok walaupun tidak memenangi apa-apa cabutan bertuah, huhu ingatkan aku boleh menang Blackberry lagi tajaan tapi nasib tak menyebelahi aku hoho tunggu tahun depan pulak, mana tahu boleh menang iphone ke hehe tul tak Budiey..?.. Okeylah jom kita tengok gambar-gambar dan video yang sempat aku rakam masa #PartyBudiey ni

Majlis Ulang Tahun Budiey.com Yang Ke 4 (Klik sini untuk ke Gallery Gambar)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Sekitar Majlis Ulangtahun Sensasi Selebriti Budiey.com!

  1. mknace says:

    :):):) terbaeekkk!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *