Selamat Hari Jadi Yang Ke-4 Kepada Sensasi Selebriti Budiey.com!

Pertama sekali zaid nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Budiey yang selama ini dalam diam sebenarnya banyak memberikan inspirasi buat zaid untuk menulis blog. Tahniah kerana blog Sensasi Selebriti Budiey.com dah genap umurnya 4 tahun pada 7-Januari-2011 dan dalam masa 4 tahun tu dah banyak info dan cerita panas pasal artis Malaysia yang zaid tak tahu jadi tahu hehe.

Untuk pengetahuan semua, apa yang menarik bagi aku untuk membaca Budiey.com adalah kerana penulisan Budiey yang sempoi dan senang nak baca tak macam baca suratkhabar, kekadang suratkhabar dan majalah ni lepas baca hilang tah kemana. Tapi kalau baca kat Budiey.com ni lepas baca boleh baca lagi sampai pengsan. Lagi satu apa yang aku suka Budiey.com kerana info dan cerita pasal selebriti Malaysia lagi pantas dari majalah dan ianya percuma, tak perlu bayar kalau nak baca.

Budiey.com pun banyak bagi tiket movie percuma tapi aku tak pernah berkesempatan untuk join diorang, jadi kali ni aku dengan bestnya nak sangat ke #partybudiey sebab nak mengenali lebih dekat dengan artis dan nak berkenalan dengan @Budiey sendiri. Untuk pengetahuan semua aku sebenarnya dah banyak kali jumpa Budiey ni masa event-event @NuffnangMY tapi bila jumpa, aku tak pernah tegur dia, sebab aku ni penyegan sikit hehe jadi nak tegur tu kekadang jadi terbantut, tapi sebenarnya nak berborak-borak dengan dia.. mana lah tahu kot-kot dapat tips-tips blogging dari dia kan.

Hari ni 8-Januari-2011 dan Budiey.com akan mengadakan party buih eehhhh bukan party buih ye tapi #partybudiey yang akan diadakan di Cathay Cineleisure Damansara dan ramai artis turun padang, dalam masa yang sama boleh menang banyak hadiah dari penaja dan berpeluang menonton filem KHURAFAT yang akan berada di pawagam pada 13 Januari 2010.  Harap-harap aku boleh la menang cabutan bertuah masa #partybudiey ni nanti ye sebab dengar boleh menang Blackberry tajaan Heliza Helmi Productions. Insyaalah kalau ada rezeki adalah.. kalau tak ada pun tak apa janji dapat berlibur dan menambah mesra bersama pembaca-pembaca blog Budiey.com 🙂

Apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi sekali lagi buat blog Budiey.com dan diharap tahun 2011 ni @Budiey terus success dan lebih banyak lagi menulis cerita-cerita dan info pasal artis Malaysia dan antarabangsa untuk pembaca macam kami ni. Apa kata untuk tahun depan Budiey kumpulkan lebih banyak penaja dan artis dan buat konsert besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil pulak.. huhu ini cadangan je.. 🙂

Kepada semua pembaca blog mohdzaid.com pulak, korang jangan kemana-mana okey nanti aku akan upload gambar-gambar menarik dan artis-artis yang hadir masa #partybudiey ni nanti yek…

Jom layan video ucapan khas Maya Karin semperna ulangtahun Budiey.com .. cantik kan Maya Karin ni.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Selamat Hari Jadi Yang Ke-4 Kepada Sensasi Selebriti Budiey.com!

  1. Wahhh bila la agaknya saya boleh dapatkan artis2 untuk perform on bday saya ye? Haha.. Mimpi je la..

  2. alice says:

    bestnyer…bertuah badan..

  3. MuJE says:

    blog budiey banyak gambar artis best… lagi satu sume gambar tu segar dari ladang.. tapi tak puas hati la takleh join parti buih tu..huhu

  4. Mohd Zaid says:

    hehe ala tak apa bella nanti kita suh team #MSS sambut birthday kita ramai2..

  5. Mohd Zaid says:

    tu lah.. bertuah kan dia..

  6. Mohd Zaid says:

    ahah tak pe kalau tak leh join nanti thn depan gi lagi..

  7. pergh.. pakai maya karin, tak aci rrr.. hehe, tapi tak berapa berseri maya dalam video tue.. hehe.. btw, thanks, sebab nie first time aku dengar pasal budiey.com.. haha! nak pi usya rr jap blog mamat tue..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *