One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

 

 

SAIZ BAJU AKU : XXXL

KAMI SUDAH BERSEDIA!! haha memang bersemangat betul kita orang ni, kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal dan semuanya dalam keadaan tip top!! kenapa?.. haaa ni nak kasi tahu ni sekarang di website http://www.Nuffnang.com.my/ tengah mencari mereka yang nak masuk Amazing Race Asia (Versi Makan) yang dinamakan The Maxis Om Nom Nom Race, mereka sedang mencari 60 orang blogger yang berjiwa kental dan sanggup untuk menjalani aktiviti mencabar sambil makan..makan..makan… (NOM NOM NOM), sebab itulah aku cakap yang kumpulan kami ni sudah bersedia 110% kerana tempolok perut kami memang sentiasa lapar dan gemarkan makanan masakan Malaysia dan Antarabangsa!. Pantang nampak makanan mesti nak nom..nom..nom.. haha

Okeylah aku sebenarnya teringin benar nak masuk explore race makan-makan ni bukan sebab nak makan semata-mata terapi nak biasakan diri bermanja-manja dengan kengkawan blogger yang lain. Yelah aku ni jarang sangat nak bertemu orang, kekadang bila orang jumpa aku mesti diorang ingat aku ni sombong tapi sebenarnya aku tak gitu, aku ni seorang yang pemalu sebenarnya haha boleh caye ke?.. haha..

Sebab lain aku nak join The Maxis Om Nom Nom Race, adalah aku ni pencinta makanan, kalau kat rumah tu mak aku selalu cakap “angah abiskan lah ayam penyet perisa Maxis 012 mak tuhh..” kang kalau tak makan membazir pulak, jadi nak taknak disebabkan perisa ayam goreng yang mak aku masak ni bernama “Ayam Penyet Maxis 012” aku pun bedal’lah lagipun Ayam Penyet Maxis 012 ni kurang lemak dan berkhasiat tinggi tau, kalau bagi aku 012 ketul ayam penyet pun aku boleh makan dalam masa satu minit.. haha nape tak percaya?.. :P

Dan sebab yang paling musabab aku nak join adalah kerana hadiah yang ditawarkan oleh Maxis memang cukup..cukup…cukup lumayan.. siapa tak nak oii.. hadianya kemain gempak lagi. Kalau tak menang pun dapat menang makan pun jadilah. “Gengang Gendut Tali Kecapi.. Kenyang Perot Senang Hati” haha aku cuma risaukan team aku nanti kalau dah kenyang takut diorang tak larat nak berjalan pulak.. haha tapi itu semuanya bukan halangan sebab kami sudah bersedia 110%. Oh ye nak bagi tahu hadiah yang ditawarkan berupa :-

PRIZES:
There are 2 main prizes to be won. The 2 teams who earn the most points will win the following:
1st Prize: A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)
2nd Prize: 4 x free smartphone – 1 per winning member.
All 60 participants will be rewarded with Maxis goodie bags.

Menarik bukan?.. dapat pergi jalan-jalan Hong Kong lagi uu.. jadi untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini aku merayu agar team kami dipilih oleh pihak Maxis dan Nuffnang. :)

Profile Ahli Team :

Mohdzaid.com : Seorang yang kuat makan, kalau tengok bentuk badan pun dah tahu aku ni seorang yang kuat makan atau tak haha.. tapi aku tak la makan pelahap macam singa okey, dah memang badan aku nak membesar nak buat macam mana kan.. Pernah makan seekor beruang kutub tanpa share dengan ahli lain dan pernah mencatat rekod dalam buku Malaysia Book Of Records dengan memakan sebanyak 012 ketul “Ayam Penyet Maxis 012” masakan mak dia dalam masa 1 minit. Wow satu pencapaian yang begitu membanggakan negara.

Cikhelena.com : Seorang gadis comel yang amat gemarkan makanan eksotik dan pernah menelan 102 ekor tebuan yang penuh dengan sengat sambil cicah dengan madu asli yang diimport dari negara Afrika. Pernah ditemubual oleh wartawan CNN berkaitan kes kematian 78 ekor beruk di hutan lipur Afrika dan sumber mendapari Cikhelena memakan kesemua 78 ekor beruk itu.

Andyhowtt.com : Walaupun saya kurus tapi saya kuat makan. Saya pernah makan 200 ekor ayam serama jiran sebelah rumah saya dengan tanpa rasa bersalah. Disebabkan kekuatan saya memakan ayam serama itu, jiran saya mencabar saya makan 20 ekor arnab peliharaannya dengan menggunakan sebelah tangan. Hah.. anda boleh buat?.. saya boleh..!

Anakperak.com : Saya tak macam ahli yang lain, saya tak makan semua makanan pelik tu.. sebab saya hanya sukakan Sate!, jangan terkejut saya pernah makan 2000 cucuk sate hati lembu dalam masa 10 minit.. Ya memang betul.. jangan tak percaya ye.. haha

AMARAN : PROFILE AHLI DIATAS HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA, MEREKA TAK PERNAH PUN MAKAN BENDA-BENDA PELIK MACAM TU :)

Apa-apa pun kami nak sangat join The Maxis Om Nom Nom Race ni sebab kami rasakan kami boleh buat dengan adanya iPhone 4, Finder301 application dan Wireless Broadband dari Maxis segalanya akan berjalan lancar. Jom lihat apa itu Finder301 application dan Wireless Broadband yang ditawarkan oleh pihak Maxis

http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp

Maxis Finder 301 (SCREEN SHOT)

Maxis Finder301 Application boleh dimuatturun melalui apps iPhone anda dan ianya adalah percuma. Apps ini menawarkan perkhidmatan carian dan infomasi tentang makanan, restoran, ATM, Bank, Klinik, Balai Polis dan banyak lagi disekeliling anda.

DOWNLOAD LINK : http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

APPS MAXIS FINDER301 boleh dimuatturun secara percuma. Lihat gambar rajah diatas.

Muka hadapan apps Finder301 Maxis yang sangat gempak. Menu pilihan seperti Makanan, ATM, Bank, Hospital, Klinik, Balai Polis dan cawangan Maxis yang terdekat.

Apps yang sangat mudah dan carian yang pantas dengan menggunakan Wireless Broadband dari Maxis. Aplikasi ini akan memaparkan segala maklumat dan peta dari hasil carian.

Tidak perlu risau! Cari dan terus hubungi dan melalui rangkaian Maxis semuanya BOLEH!

Carian pantas dan carian kawasan terdekat dengan tempat anda.

Ni yang paling best.. apps ni boleh memaparkan tempat-tempat seperti kedai makan, balai polis dan sebagainya melalui kamera iPhone. Jarak radius 0.16 kilometer amatlah berguna untuk menunjuk arah kalau kita sesat..

PS : haha aku rasa team lain pasti gentar dengan team kami ni.. sebab team kami sudah 110% BERSEDIA!! jadi tunggu kami disana..disana..disanaa….

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com