Siapa Lahir Pada 18 Oktober 1984

Agak mustahilkan nak cari kembar kita yang lahir sama hari, sama bulan, sama tahun. Tapi ianya tidak mustahil kalau mencari melalui blog sebab aku dah jumpa seorang kembar yang lahir pada tarikh lahir aku iaitu pada 18 Oktober 1984. Mungkin dia pun sama masa dan sama hospital masa mak kami melahirkan kami haha..

Kalau sebelum ni aku dah jumpa member yang sama tarikh dan sama bulan tapi tahun tak sama tak lain tak bukan siapa lagi kalau tak si Rabiatuladawiyah. Tapi melalui penulisan aku yang bertajuk Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih?, aku dah ketemui seorang lagi yang memiliki keunikan iaitu birthday kami sama iaitu pada 18 Oktober 1984 dan tak lain tak bukan iaitu pemilik blog ini http://iterdesly.info/mohd-zaid-have-same-birthday-as-mine/.

Wahhh bestnya jumpa member yang sama tarikh birthday dan lepas ni kalau ada sesiapa yang sama tarikh lahir  iaitu pada 18 Oktober 1984 boleh lah komen kat blog ni ye.. cukup 20 orang kita buat reunion party kat mana-mana ke untuk celebrate birthday kita amacam?.. Pada pendapat aku orang yang lahir pada 18 Oktober 1984 ni adalah orang yang sangat bertuah dan terpilih, macam cerita Digimon pulak “Kanak-Kanak Terpilih” haha.. yelah mereka yang lahir 18 Oktober 1984 ni sangat bertuah bagi pandangan aku. Bertuah macam mana?.. hanya mereka yang lahir pada 18 Oktober 1984 je yang tahu.. kalau nak tahu sangat baca “Thank-you-for-my-birthday” ni haha..

Antara lain yang aku tahu yang lahir pada 18 Oktober 1984 adalah :-

Lindsey Vonn, lahir pada 18 Oktober 1984 di St. Paul, Minnesota wanita pertama yang memenangi kejuaraan Alpine ski racer. Beliau telah memenangi tiga pingat WorldCup pada tahun 2008,2009 dan 2010.

Freida Pinto, seorang pelakon di India dan seorang model profesional. Beliau telah memenangi di Acedemy Awards dalam filem Slumdog Millionaire

dan ramai lagi.. korang boleh search kat sini : 18 Oktober 1984, harap kalau ada kawan-kawan yang sama tarikh lahir dengan kitaorang boleh lah komen kat sini ye.. boleh la kita jumpa suatu hari nanti.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Siapa Lahir Pada 18 Oktober 1984

  1. tips-kurus says:

    saye pon TIDAK lahir pada tarikh tersebut. walau
    bagaimanapun, mesti ramai ‘kembar’ awak, boleh semak di
    Jab.P’daftaran Negara. Itupon kalau pegawai JPN tu nak layan.
    hihihi…:)

  2. Fazira says:

    Ohhhh saya pun lahir pada tarikh Dan tahun yg sama. Saya
    Ada juga sorang kawan baik yg lahir pada tahun and tarikh yg sama
    🙂

  3. wuuu, sama birthday ngan model tue.. hehe cmne search nie? mane tau aku lahir sama hari ngan artis2 lain gak.. hehe

  4. khotib says:

    aq komen ya. aq itu seorang yg kurang percaya diri, namun kadg2 q jd PD di saat q menguasai sswtu dan ku merasa dicintai oleh org2 di sekitarku

  5. Mohd Zaid says:

    @khotib percayalah pada diri sendiri.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *