Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih?

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih? Saya sudah! anda bagaimana?.. ramai gak kawan-kawan aku yang tak daftar sebagai pemilih dan ada juga yang dah tua bangka tapi tak pernah mendaftar. Bukannya susah pun nak pergi daftar, sebagai rakyat Malaysia kita kenalah rasa bertanggungjawab sikit terhadap negara kita. Kalau bukan kita yang memilih pemimpin kita siapa lagi yang nak pilih?.

Aku ingat lagi pilihanraya umum tahun 2008 adalah pertama kali aku pergi mengundi, walaupun aku duduk kat Cheras tapi aku layak mengundi kat DUN Kajang dan Parlimen Hulu Langat, ingat lagi masa nak pergi mengundi ramai orang bagi kipas tangan lah, t-shirt lah, topi, payung bagi menarik minat dan merayu supaya kita mengundi parti mereka. Bagi aku itu semua tak penting, walau banyak mana sekali pun t-shirt yang diorang bagi aku akan tetap memangkah pemimpin yang betul-betul boleh buat kerja dan bukan sekadar menanam tebu dipinggir bibir.

Selalunya time pilihanraya aku akan buat complain baik punye kat kawasan perumahan aku ni, time tu lah aku nak minta turap jalan, nak minta baiki jambatan, baiki longkang.. semua diluluskan.. haha dan masa inilah pemimpin banyak turun padang bertemu rakyat dan ambil tahu masalah rakyat. Masa ini kita boleh tahu pemimpin tu benar-benar mahu memimpin atau sekadar mahu meraih undi semata-mata.

Oklah aku harap kawan-kawan aku semua ni pergilah cepat-cepat mendaftar sebagai pemilih ye..

*”Mengapa anda perlu mendaftar? – Anda perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak anda mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Pendaftaran sebagai pemilih adalah hak warganegara di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.” Sumber http://www.spr.gov.my/

*”Siapakah yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih? – Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang.” Sumber http://www.spr.gov.my/

*Kelayakan Untuk Anda Mendaftar adalah seperti berikut Warganegara Malaysia, Berumur 21 tahun ke atas, Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang, Bawa Kad Pengenalan (Mykad) anda, Hadir sendiri semasa mendaftar. Sumber http://www.spr.gov.my/

Korang semua kalau yang dah daftar dan nak semak korang boleh mengundi kat kawasan mana boleh cek sendiri kat website ni http://daftarj.spr.gov.my/daftarj (Versi Bahasa Melayu) atau http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftarbi.aspx (Versi Bahasa Inggeris)

Bagi mereka yang masih belum mendaftar, jangan nak tunggu last minit baru nak mendaftar ye.. korang boleh pergi kat tempat berikut untuk mendaftar sebagai pemilih. Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara, Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara, Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah, Tempat-tempat awam seperti pasar malam, taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR, Kaunter SPR yang dibuka dari masa ke semasa di pusat-pusat membeli belah atau pasaraya.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pemilih?

  1. iterdesly says:

    http://iterdesly.info/mohd-zaid-have-same-birthday-as-mine/ – i was really shocked after see his IC number.. we are born in a same day , some months and same year.. 841018 -X-XXXX

  2. Mohd Zaid says:

    Hi @iterdesly .. wahh tak sangka ye kita birthday sama, sama tahun, sama hari, sama bulan hehehe.. kira kita kembar lah ni hehe.. apa-apa pun zaid nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi baca blog zaid yang biasa-biasa ni. tak sangka awak promot saya kat blog awak.. 🙂 thanks ye.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *