Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan

Esok 1 Januari 2011 bermulalah operasi perkhidmatan bas Terminal Bersepadu Selatan РBandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Memang canggih dan baru lagi terminal bus ni, lepas ni jalan-jalan kat sekitarnya mungkin mengalami sedikit kesesakan agaknya. Terminal  ni ada enam tingkat dan dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna, dan yang paling menarik ianya dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT), semuanya dalam satu. Jadi lepas ni pengguna boleh pergi kemana-mana dengan mudah dan pantas.

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti; Sumber : http://www.anastasyea.com

  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing‘ melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go’.
Lobi terminal ..
  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
Kemudahan tempat duduk yang selesa ..
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
  • Perkhidmatan ‘Usher’ di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat ‘Central Vacuum System’ untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin.

Jadi korang boleh lah singgah dan gunakan Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) ini esok iaitu 1 Januari 2011. Jom tengok pemandangan dalam terminal ni..

Sumber Gambar : http://www.skyscrapercity.com/

MAP : http://maps.google.com.my/

[mappress mapid=”1″]

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan

  1. SharkFiq SSM says:

    wow!! terminal bas dahmcm airport~ terbaek!!

  2. Cik Mus says:

    oh, ini ganti terminal yg di bukit jalil ke ?

  3. Cik Chook says:

    Hi, terminal bas ini hanya untuk selatan ke? jadi, yang balik utara macam ipoh, teluk intan masih perlu pergi bukit jalil? Terima kasih…

  4. Hyrax says:

    Mmg hebat..dah taraf airport ni..ruang pun besar..kemudahan mcm ni yg rakyat mahukan..untuk semua lapisan masyarakat..bkn utk org kaye jer..lepas ni dgr kate terminal mcm ni nk buat dekat gombak untuk ke timur..kat sg buloh utk ke utara..harap2 berjalan lancar..

  5. Mohd Zaid says:

    betul tu.. tapi harap tambang bus tak lah dinaikkan ye..

  6. Mohd Zaid says:

    SharkFiq SSM memang terbaik lah terminal ni kan..

  7. Mohd Zaid says:

    tak pastilah cik mus.. nanti kita tengok berita sama-sama ye..

  8. Mohd Zaid says:

    mungkin di pudu raya kot.. zaid pun tak pasti..

  9. arapevolym says:

    Satu je xda…”””hotel”” mesti ada org terlepas bas atau perlu menunggu lama.. wat mcm kat pudu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *