Terima Kasih Perdana Menteri

Terima kasih Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak sebab bagi cuti hari ini 31 Disember 2010 sebagai cuti umum semperna kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Memang aku dah agak dah PM kita mesti bagi satu hari sebagai cuti umum khas untuk rakyat Malaysia bercuti dan beriadah bersama keluarga lebih-lebih lagi 1 Januari 2011 pun cuti umum jadi bertambah-tambahlah cuti korang kan..

Aku rasa seronok sebab bukan dapat cuti, tapi aku dapat kerja dan hari ini aku bekerja dibayar 3 kali gaji (Triple Pay). Bukan senang nak dapat triple pay ni tau,.. bestlah PM.. thanks ye PM sebab membantu rakyat Malaysia macam saya yang berpendapatan rendah ni. Insyaallah kalau ada bonus nanti saya belanja PM minum teh tarik ye..

Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum

2010/12/30

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. – BERNAMA

Apa-apa pun kita ucapkan juga terima kasih kepada pasukan kebangsaan Malaysia dan Coach K.Rajagopal sebab menaikkan nama Malaysia dimata dunia, tanpa anda tiadalah cuti dan triple pay hari ini.. hehehe..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Terima Kasih Perdana Menteri

  1. Alice says:

    Bukan double pay ke???

  2. mizzura says:

    ya…kita pun patut terimas kat pm..kalo tak keroja lah kita esok..ye tak..

  3. Mohd Zaid says:

    huhu betul tu @mizzura .. cayokkk…

  4. Mohd Zaid says:

    triple la alice.. termasuk gaji kita.. hehehe

  5. Definitely believe that which you stated.

    Your favorite justification seemed to be at the net the easiest thing to take into account of.
    I say to you, I definitely get irked even as other people think about concerns that they just
    do not recognise about. You controlled to hit the nail upon the highest and defined out the whole thing with no need side-effects
    , other people can take a signal. Will likely be back to get more.

    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *