MY 2010 In Numbers – THANK YOU NUFFNANG

Tahun 2010 bakal menutup tirainya sebentar lagi dan hari ini bila aku masuk website NuffnangMY aku terbaca satu post terbarunya tentang 2010 In Numbers, Tahniah @NuffnangMY kerana anda telah berjaya mewujudkan satu komuniti khas untuk para blogger tanahair dan dunia bersatu bersama-sama tak kira bangsa dan agama. Banyak pengalaman indah dan best sejak aku bersama Nuffnang dan tahun 2010 ini adalah tahun yang paling gempak bagi aku sebab terpilih salah seorang dari list blogger pilihan (Featured Blogger) bagi bulan Ogos 2010.

Pengalaman banyak mengajar aku erti suka duka dalam menulis blog, awalnya hanya sekadar menulis secara suka-suka pada awalnya dan mula bergiat aktif sebagai event blogger pada tahun 2009 dan 2010. Harapan aku pada tahun 2011 ni banyak lagi event yang aku akan pergi sebab itu adalah minat dan hobi aku selain dari menulis blog. Blog aku ni biasa-biasa je tak sehebat blog yang lain. Tapi ada keunikan yang tersendiri kalau tengok betul-betul hehehe puji blog sendiri 😛 ye lah selain dari bekerja makan gaji, blog ini adalah sumber pendapatan aku juga, at least boleh topup kat hutang-hutang aku yang tertunggak tu hehe..

Bercakap pasal Nuffnang, aku amat bangga kerana dalam tahun 2010 ni banyak aktiviti dan event yang mereka anjurkan dan antara yang aku join adalah seperti berikut… :-

Aku diharapkan tahun 2011 ini banyak lagi event dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Nuffnang dan aku nak ajak kawan-kawan yang baru bergiat dalam menulis blog ni supaya kita join http://www.nuffnang.com.my/ sebab korang tak akan rugi apa pun, selain keseronokkan menulis blog korang juga boleh mengeratkan Silaturrahim antara kawan-kawan blogger lain macam komuniti #GplusMY dan dalam masa yang sama korang boleh menang banyak hadiah menarik dari event Nuffnang.

PS: Terima kasih kepada Timothy TiahMichelle, XinXian(Fresh), Robb, Yuen Yee, Jacqueline, Nicholas Chay, Jestina, dan semua Nuffies yang banyak memberikan sokongan kepada blog mohdzaid.com ini..
 

Gambar dari Shaolinphoto.com

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in GPlusMY, Iklan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to MY 2010 In Numbers – THANK YOU NUFFNANG

  1. Azree says:

    Kau blogger paling aktif Zaid, syabas.

  2. Mohd Zaid says:

    thanks @Azree .. ko pun aktif gak.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *