Tune Talk Rock The World 10 (Gambar)

Ahad lepas 26-Disember-2010 bertempat di tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil, ada konsert Rock The World yang dibawakan khas oleh Tune Talk. Fuhhhh memang jam giler jalan nak kesini, tambahan pula dalam waktu yang sama ada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia lagilah bertambah jam,… tapi disebabkan aku peminat Rock The World jadi semua tu aku tolak ketepilah.. janji Rockkkk!!!

Rock The World kali ini lebih teratur dan lebih menarik berbanding Rock The World 9 tahun lepas yang sarat dengan pentas dan jadual dah over run.. tapi tahun ni pihak penganjur iaitu Fat Boys telah mengambil langkah yang bijak dengan hanya menyediakan 2 pentas iaitu pentas utama dan pentas indie.  Antara penyanyi dan band yang terlibat di TUNE TALK INDIE STAGE semasa RTW10 kali ini adalah Grey Sky Morning, Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob, Kyoto Protocol, Hello Is This The Band, Free Deserters, Prema Yin, An Honest Mistake, Car Crash Hearts, Restraint, Lab The Rat, Rosevelt, Cassandra, Deja Voodoo Spells, Stonebay dan di pentas utama adalah Dichi Michi, Skudap Skudip, Couple, Massacre Conspiracy, Azlan & the Typewriter, Bleeding Mascara, Republic of Brickfields, Pop Shuvit, Dragon Red, They Will Kill Us All, Bunkface, Gerhana Skacinta, Love Me Butch, SevenCollar Tshirt, The Pilgrims, Disagree, Bittersweet, One Buck Short, OAG dan Lo

Menurut Jason Lo tahun depan lebih ramai artis dan konsert seperti ini akan diadakan, dan salah satu yang paling baru adalah Rock Underground World yang akan membariskan pemuzik-pemuzik rock bawah tanah (Underground) dan beliau juga berkata tahun depan akan ada satu konsert artis Grammy yang akan membuat persembahan di Malaysia, tapi siapa artisnya.. RAHSIA!!.. tunggu nanti diorang akan bagi tau hehe..

Okey ini ada beberapa gambar yang sempat aku snap semasa Tune Talk Rock The World 10 diharap semua suka la ye.. dan kepada pihak penganjur, Tune Talk dan Fatboys aku nak ucapkan jutaan terima kasih sebab tak jemu menjemput aku untuk ke Rock The World setiap tahun… thanks ya..!

Kalau nak semua gambar yang cantik dan yang tak cantik dari aku.. boleh download sendiri kat link ni ye.. :

http://www.mohdzaid.com/gallery/



http://www.mohdzaid.com/2009/12/28/galeri-1-rock-the-world-9-carpark-a-stadium-putra-bukit-jalil.html

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Tune Talk Rock The World 10 (Gambar)

  1. lAl says:

    terbayek!

  2. SADDAM says:

    fuh… lama betul tak pegy rtw… dulu penah pegy sekali ngn kakak… time tu buat kat stadium merdeka

  3. Mohd Zaid says:

    nape tak join lagi SADDAM… memang syok gak kekadang tengok konsert RTW ni..

  4. Mohd Zaid says:

    hehe kalau ada tix free lagi aku jemput ye insyaallah

  5. lAl says:

    I like… thanks so much..ahahaha

  6. SADDAM says:

    sebab tada geng.. plus dulu po pegy ngn kaklong sebab dpt tiket free.. hihihih 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *