Kanser Servik – Siapa Patut Tahu?

Hari ni bila buka radio era.fm sewaktu balik dari kerja aku dengar iklan dari Kementerian Kesihatan berkenaan Kanser Servik. Apa itu Kanser Servik yek?.. aku pun tak tahu sebenarnya, mungkin kanser ni dah lama wujud tapi baru dapat pendedahan kat Malaysia kot?.. mungkin sekarang wabak Kanser Servik mula menular kat orang ramai di Malaysia. Sampai je kat rumah tadi aku terus Google pasal Kanser Servik ni dan info pertama aku dapat adalah file PDF dari Kementerian Kesihatan berkenaan punca-punca dan tanda-tanda gejala Kanser Servik ni.

Dari pembacaan aku, aku sudah selamat.. huhu sebab apa Kanser Servik ni hanya terjadi pada golongan wanita je. Tapi sebagai seorang lelaki aku rasa aku perlu dan harus tahu juga apa masalah Kanser Servik ni. Manalah tahu bila dah kawin nanti anak-anak isteri korang ada kanser ni, at least korang tahu gak macam mana nak atasinya.

Untuk maklumat tentang Kanser Servik ni korang boleh download attachment dibawah :-

Sumber http://www.infosihat.gov.my/ : Muatturun (136kb)

Mirror (Mohdzaid.com) : Muatturun (136kb)

Apakah itu kanser servik? Kanser Servik ni adalah kanser pangkal rahim dimana sel-sel di servik dibawah rahim yang bersambung dengan vagina membiak secara luarbiasa. Ianya boleh terbahagi kepada dua iaitu pada peringkat awal hanya berlaku disekitar servik dan peringkat lewat membiak ke tisu-tisu berhampiran organ tubuh yang lain seperti paru-paru yang merebak melalui sistem aliran darah. Ianya merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara dan di Malaysia senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Sehingga ke hari ini masih tidak diketahui penyebab kanser servik ini tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini, antaranya melakukan persetubuhan seksual pada usia muda, mempunyai pasangan seks berbilang, mengandung lebih dari 5, jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti HPV (Human Papilloma Virus), kurang penjagaan kebersihan pada anggota sulit, merokok dan kurang daya tahan penyakit.

Kementerian Kesihatan melalui kempen Cegah Kanser Servik Melalui Pelalian HPV memberikan suntikan pelalian secara percuma untuk murid perempuan tingkatan 1 dan remaja perempuan berumur 13 tahun. Suntikan boleh didapati di sekolah atau klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan 3 suntikan lengkap adalah perlindungan terbaik.

Jadi kepada sesiapa yang ada anak-anak berumur 13 tahun tu silalah bawa anak-anak anda pergi dapatkan pelalian Kanser Servik secepat mungkin, pencegahan adalah faktor terbaik sebelum terlambat. 🙂 Ingat !! sayangilah diri anda okey..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kanser Servik – Siapa Patut Tahu?

  1. myvitrd says:

    memang kena sentiasa g check ni.. wife aku dah buat beberapa bulan lepas..alhamdulilah semua ok..

  2. It’s not my first time to pay a visit this web page, i am browsing
    this website dailly and take nice data from here daily.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *