Bloggers Food Gathering – Kinnaree Thai Restaurant

Sekarang ni aku nak blog pasal makan la pulak boleh tak?.. huhu kalau sebut pasal makan mestilah aku orang yang paling suka, mana taknya lagilah bila cakap pasal makan free orang belanja mestilah lagi seronok. Baru-baru ni aku dapat jemputan dari Geng-Geng #Gplusmy dan @NuffnangMY untuk buat food review kat beberapa restaurant kat Jaya One Petaling Jaya. Restaurant pertama yang aku pergi adalah di Kinnaree Thai Restaurant. Restaurant yang sangat santai dan selesa ni terletak ni 12-1 Palm Square, Jaya 1, 72A Jalan University Petaling Jaya, Malaysia. Kalau singgah area Jaya One PJ jangan lupalah singgah kesini ya. Apa yang best kat sini makanannya adalah HALAL dan bersih.

Hidangan ala-Thai memang makanan kegemaran aku, ada pedas, masam, manis semua cukup rasa.. kalau korang nak tahu kedai ni memang ada tukang masak yang profesional. Teringat dulu masa abah aku berniaga kedai tomyam aku hari-hari makan tomyam sampai la badan aku pun macam tomyam haha.. Cakap banyak tak guna korang kena datang sendiri dan cuba semua hidangan dari starters, main dish, side dish dan dessert.. kalau nak tengok menu dan harga boleh download file menu ni (Kinnaree_menu.pdf 6MB). Menu yang paling aku suka adalah Spicy Pamelo Salad (Yam Som O), Green Curry Chicken, Hot Sea (Seafood on hotplate), Thai Style Roasted Duck, Pla Sam Rod, Lime Steam Fish dan banyak lagi..

Banyakkan makanan yang dihidangkan.. gerenti ramai yang terliur tengok lebih-lebih lagi kalau time tengah lapar dan mengidam nak makan masakan thai, kalau macam tu apa lagi jom lah singgah jap kat Kinnaree Thai Restaurant ni.. kalau korang bernasib baik boleh la minta tuan punya kedai ni bagi diskaun makanan hehe.., tuan punya kedai ni memang peramah dan baik hati.. sangat ceria dan suka berbual dengan pelanggan. Macam ni bagus la layanan dan perkhidmatan kat sini memang tiptop.. aku nak bagi 5 BINTANG kat kedai ni. Memang akan aku suggestkan kepada sesiapa yang berminat. Kalau ada yang berminat boleh datang terus ke sini okey.. alamat dan nombor telefon boleh tengok kat bawah ni..

Kinnaree Thai Restaurant
12-1 Palm Square, Jaya One,
72A Jalan University, 46200 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7957 3910
017 247 0399
Fax: 03-7957 3920

We are located near Starbucks and Secret Recipe

Business Hours:

Monday to Saturday
Lunch 12:00 – 15:30 (Last order 15:00)
Dinner 18:30 – 23:00 (Last order 22:30)

Sunday

Dinner 18:30 – 23:00 (Last order 22:30)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com