ROCK THE WORLD 10 MENGEGARKAN KUALA LUMPUR

Buat kali kesepuluh, warga peminat kumpulan muzik akan diraikan dalam satu konsert paling hebat 2010, ROCK THE WORLD 10, sempena meraikan ulang tahun ke sepuluh acara ini, pada Ahad, 26 Disember 2010 bertempat di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil. Kemeriahan acara ini akan bermula pada pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam.

Dalam meraikan ulang tahun ke 10 konsert terhebat di Kuala Lumpur, buat julung kalinya, ROCK THE WORLD 10, akan membariskan kumpulan muzik terbaik yang dihimpunkan dari versi konsert sebelumnya. Ianya memberikan kepuasan kepada semua peminat muzik terutamanya yang telah mengikuti trilogi konsert ini sejak mula dipersembahkan pada tahun 2000.

ROCK THE WORLD 10 untuk tahun ini dijanakan oleh ELEVATE dengan mempersembahkan 19 kumpulan-kumpulan muzik terbaik seperti MASSACRE CONSPIRACY, SKUDAP SKUDIP, DICHI MICHI, COUPLE, ONE BUCK SHORT, AZLAN & THE TYPE WRITER, SEVENCOLLAR T-SHIRT, BLEEDING MASCARA, BUNKFACE, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, DRAGON RED, THEY WILL KILL US ALL, LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BITTERSWEET, DISAGREE, LO, THE PILGRIMS DAN GERHANA SKA CINTA.

Dengan barisan kumpulan muzik terbaik yang pernah mengegarkan dunia muzik tempatan sejak 10 tahun lepas, ROCK THE WORLD 10, merupakan konsert yang tidak boleh dilepaskan, dalam memuaskan tunas rasa muzik kerana menginginkan sesuatu yang terbaik.

Tiket – tiket untuk ROCK THE WORLD 10 yang berharga RM30 (termasuk yuran tiket) telah boleh didapati di rangkaian TICKETPRO juga dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di 03 – 7880 7999. Selain itu, tiket-tiket boleh didapati di kedai muzik ROCK CORNER, MUSIC VALLEY juga pada hari konsert di Stadium Bukit Jalil.

Sempena sambutan ulang tahun ke 10, ROCK THE WORLD 10, acara ini dimeriahkan lagi dengan MTV MUSIC CHANNEL selaku saluran muzik rasmi, ERA FM, X FM & HITZ FM selaku saluran radio rasmi, majalah rasmi ROTTW dan rakan media β€˜online,’ JUNK serta prabayar rasmi, TUNE TALK, yang menyediakan lagu dan permainan dalam talian secara percuma untuk acara ini. ROCK THE WORLD 10 dianjurkan oleh FAT BOYS.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan konsert, sila layari www.rocktheworld.com.my.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to ROCK THE WORLD 10 MENGEGARKAN KUALA LUMPUR

  1. makcik rocky nak pergi ni πŸ™‚

  2. Fadz says:

    TWKUA adaa . datang !

  3. admin says:

    haha boleh je … tiket baru rm30.. jom pergi kak.. rocckkkk

  4. admin says:

    haha ada… jom la datang Fadz..

  5. JMR says:

    sepanjang RTW ni, sekali je aku pernah pegi..

  6. mancai says:

    salam singgah, peh layan ni…

  7. admin says:

    layan bro.. jom ke RTW10 nanti ye..

  8. admin says:

    jom bro kita jumpa kat sana nanti..

  9. SALAM SKUDAPAN…SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KAMI…KAMI NAK BELANJA TIKET MASUK ROCK THE WORLD 10….
    CADANGKAN KAMI 4 LAGU UNTUK DIBAWA DI ROCK THE WORLD 10 26dec 2010..!!
    HANYA 4ORANG SKUDAPAN BERTUAH SHJ (2lelaki,2perempuan)
    PADA 24HB DEC TENGOK2 KAT INBOX FACEBOOK ANDA..KALAU2 ADA KAMI MENGHUBUNGI ANDA..!!
    HANTARKAN CADANGAN ANDA KE DISCUSSIONS BOARD FACEBOOK SKUDAP SKUDIP..!!

  10. admin says:

    thanks bro.. jumpa di RTW nanti ye.. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *