7-Eleven Music Launching @ Berjaya Times Square Hotel

Petang semalam aku dapat invitation dari syarikat kedai serbaneka terkemuka 7-Eleven Malaysia untuk event pelancaran 7-Eleven Music di Samplings on the Fourteen Fine Dining Restaurant, tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel. 7-Eleven Music adalah program kerjasama antara syarikat rakaman Laguna Music dan 7-Eleven Malaysia bersama-sama memajukan industri muzik tanah air untuk menaikkan lagi nama artis-artis tempatan ke persana muzik tanahair dan antarabangsa. Antara artis yang terlibat dalam program 7-Eleven Music ni adalah Yuna, SevenCollar T-Shirt dan PureVibracion dan 7-Eleven akan memasarkan album mereka melalui rangkaian lebih dari 1190 buah kedai serbaneka mereka di Malaysia.

“Over the past few months, we at Laguna Music have been working very closely with 7-Eleven Malaysia, to develop new channels that will enable Malaysian music to be made more accessible throughout Malaysia, including Sabah & Sarawak. Together, we created a campaign that will not only permit physical music CD’s to be distributed to more then 1190 stores throughout the country, but also program that will give widespread branding and promotion to each artist selling in stores.” – Mr. Jeremy Little (General Manager of Laguna Music).

“Although we are a renowned brand internationally, our real identity that we want to be associated with in Malaysia is nothing less then a true Malaysian company that contributes back to the growth of our nation. We at 7-Eleven want to connect our customer with the local music they love, and to also support the creative and economic expansion of the local music industry. And we believe that this can be made possible through our extensive network. This will undoubtedly be a great vehicle for out local music talents to reach out to more widespread audiences.” – Mr. U Ming Tan (Director of 7-Eleven Malaysia)

Bagi aku lah kan, program macam ni memang bagus, lebih-lebih lagi mereka memartabatkan penglibatan artis-artis tempatan. Tak salah kalau nak libatkan artis luar negara tapi biarlah berpada-pada tul tak?.. Kalau dah ada promosi macam ni barulah artis kita akan maju lepas ni, dan lagi senanglah kita nak dapatkan CD artis kegemaran kita hanya di 7-Eleven je lepas ni. Album-album artis 7-Eleven Music (Yuna, SevenCollar T-Shirt dan PureVibracion) sudah boleh didapati di kedai 7-Eleven berhampiran anda dengan harga promosi. Untuk permulaan 3 album akan dijual dan album baru akan diletakkan pada setiap dua bulan bagi memberi peluang kepada penggiat muzik yang lain menjual album mereka didalam kedai serbaneka 7-Eleven.

Dengan program 7-Eleven Music ini diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia dan peminat-peminat muzik tanahair membeli album yang “Original” dan bagi aku inilah kali pertama adanya kedai yang korang boleh beli album setiap masa 24jam sehari dengan harga yang murah lagi tu.. Tiga album pertama yang dijual adalah berharga RM27 (Satu) dan pelanggan dapat penjimatan sebanyak RM2.90 dari harga biasa.

Website mereka http://www.7elevenmusic.com.my/ juga akan dilancarkan tidak lama lagi dan pelanggan boleh melihat promo album, video klip, interview exclusive bersama artis pilihan 7-Eleven Music dan sudah tentu juga boleh menang banyak hadiah dari peraduan yang mereka sediakan.

Jom kita tengok gambar-gambar masa event 7-Eleven Music Launching @ Berjaya Times Square Hotel ni.

Rack CD di Samplings on the Fourteen Fine Dining Restaurant, memang unik kan..

Mr. Jeremy Little (General Manager of Laguna Music)

Mr. U Ming Tan (Director of 7-Eleven Malaysia)

Sesi pelancaran 7-Eleven Music

Sesi pelancaran 7-Eleven Music

Yuna yang sangat sporting dan sentiasa senyum.. bagus Yuna macam ni la artis Malaysia yang kita nak.. sentiasa layan peminat.

Aku sempat membusykan diri bergambar kenangan dengan band SevenCollar T-Shirt. Yang bestnya masa sesi pelancaran ni kita orang dapat tengok premiering video klip kumpulan SevenCollar T-Shirt yang bertajuk  Fragile tanpa potongan tau.. wow bestnya dapat bertemu diorang lebih-lebih kalau diorang ni jenis peramah dan happy go lucky senang nak bergaul, cuma aku je yang malu-malu kucing haha..

Aku dan Yuna.. Mungkinkah ada persamaan antara aku dan dia?.. lihat ni..

Hall of Fame

Terima kasih 7-Eleven sebab sudi jemput aku pergi event ni. Aku ada rakam video live nyanyian Yuna dan SevenCollar T-Shirt tapi belum sempat lagi upload.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam, Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to 7-Eleven Music Launching @ Berjaya Times Square Hotel

  1. hehe.. takde plak maysaa yer.. biasenye dimana ader yuna, disitu ada maysaa.. hohoho

  2. JMR says:

    yuna agak tinggi kan dan dia mmg sporting..cun la yuna!!!

  3. admin says:

    siapa tuh.. tak kenal lah..

  4. admin says:

    yup JMR memang best Yuna ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *