Berakhirlah Sudah Kisah My Selangor Story 2010

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. My Selangor Story 2010 sudah berakhir dan melabuhkan tirainya. Petang tadi bertempat di Marc Residence @ Delicious Cafe berlangsungnya majlis penyerahan hadiah kepada semua pemenang My Selangor Story 2010 (#MSS). Majlis yang santai dan ceria dihadiri oleh para penaja dan semua blogger-blogger My Selangor Story yang mengambil bahagian. Ternyata My Selangor Story sudah mencapai matlamatnya dan program sebegini sememangnya baik dan disambut meriah.

Program yang telah berlangsung selama 6 hari 5 malam ini membawa para blogger mengenal dan melawat persekitaran negeri Selangor antaranya I-City Shah Alam, Uptown Shah Alam, Hutan Lipur Kanching, Genting Highland (Selangor), Kelip Kelip Kampung Kuantan, Hj. Dorani Sabak Bernam Homestay, Sunway City, Tropicana Medical Centre, Royal Selangor, Haven Restaurant dan banyak lagi tempat menarik.

Waahhh, sememangnya kenangan bersama #MSS tidak dapat dilupakan kerana setiap tempat yang dilawati dilayang seperti VVIP oleh pihak penaja dan penganjur. Kepada blogger yang berminat nantikan My Selangor Story siri kedua pada 2011 nanti. Tahniah kepada semua para blogger yang telah berjaya memenangi pertandingan ini diharap dengan kemenangan ini kita bersama-sama menaikkan nama Selangor dan mengajak lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Selangor kerana di Selangor banyak lagi tempat menarik yang masih belum kita terokai.

Senarai Pemenang My Selangor Story 2010 adalah :-

Dania Ryezel (Grand Prize)
Tian Chad Chen(1st R/Up)
Nicole Msxeroz Chua(Most Creative Blog)
Zheng Dhong Dylan(Best write-up)
Firdaus Feeq (Best Photos)
Norman Ng (Best Video)
Iman (Most Interactive Blog)
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN HADIAH KEPADA PEMENANG MY SELANGOR STORY 2010 YANG BERLANGSUNG DI MARC RESEDINCE @ DELICIOUS CAFE KUALA LUMPUR  - GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

AMELIA TAN MENGUMUMKAN PEMENANG MY SELANGOR STORY – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

MAKANAN YANG DISAJIKAN DI DELICIOUS CAFE KUALA LUMPUR - GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

MAKANAN YANG DISAJIKAN DI DELICIOUS CAFE KUALA LUMPUR - GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

ANTARA HADIAH YANG DIMENANGI PEMENANG – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

YB @elizabethwong TURUT HADIR UNTUK MEMBERIKAN SEMANGAT.  - GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

 

 BLOGGER MY SELANGGOR STORY – GAMBAR KREDIT http://www.feeqsays.com/

PEMENANG BLOGGER MY SELANGGOR STORY 2010 - GAMBAR KREDIT http://www.feeqsays.com/

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.