Tips : Bagaimana Aku Buat Live Update Via iPhone Twitter Apps

Salam pembaca setia blog aku yang tak berapa hot ni haha, hari ni aku baik hati nak kasi sikit tips mudah macam mana nak buat live blogging via iPhone Twitter Apps terus ke blog korang. Hoho ini tips untuk pengguna iPhone dan WordPress Self-Host saja yek.. lain-lain model korang boleh test sendiri sebab aku tak pakai, kalau dah test jangan la lupa nak share ngan aku pulak. Aku pun sebenarnya tak la pandai sangat, aku pun belajar melalui google je bak kata orang try & error.. kalau salah cuba lagi sampai la aku paham sendiri akhirnya.

Ok bagi yang dah ada live blog macam blog terbaru aku iaitu http://live.mohdzaid.com/ korang boleh terus install plugin WordPress Tweet Images, plugin ni memang memudahkan kita untuk terus update gambar-gambar dari twitter terus ke blog kita. Korang ikut step kat bawah ni.. insyaalah berjaya la tuh.. 🙂

Langkah 1 :- Pastikan korang dah ada live blog contoh http://live.mohdzaid.com/

Langkah 2 :- Install plugin Tweet Images kat live blog korang, lepas install jangan lupa activated kan tau. Kalau nak install secara manual pun boleh, caranya  Upload `plugin-name.php` ke direktori `/wp-content/plugins/` .

Langkah 3 :- Pergi kat admin wordpress korang dan terus ke Settings – Writting kemudian tandakan bahagian XML-RPC dibahagian Remote Publishing. Tadaaaa.. dah siappp… tapi ada beberapa step aku untuk disetting kat iPhone…  ikut langkah kat bawah ni..

Langkah 4 :- Buka aplikasi “Twitter for iPhone” di iPhone korang.
Langkah 5 :- Tekan pada (“•••”) dibawah skrin
Langkah 6 :- Tekan “Accounts & Settings”
Langkah 7 :- Tekan  “Settings” dibawah skrin
Langkah 8 :- Pergi pada bahagian  “Services”
Langkah 9 :- Pergi pada bahagian  “Image Service”
Langkah 10 :- Cari dan pilih “Custom…”
Langkah 11 :- Okey sekarang ni korang perlu masukkan kod “Endpoint” blog wordpress korang kat dalam ruang “Image Service API Endpoint” ni. Apa yang perlu korang buat adalah.. masuk balik admin panel blog wordpress korang dan pergi kat bahagian User – Your Profile dan kemudian tandakan pada bahagian “Allow new Twitter images to be posted from my account” , Copy Endpoint yang diberikan kat page ni pada ruang “Image Service API Endpoint” iphone korang tu… jangan lupa save okey..

Tadaaaa… sekarang segala gambar yang korang tweet kat twitter akan terus jadi POST kat live blog korang.. senangkan.. so lepas ni kat mana-mana saja boleh live blog .. 🙂 cayalahhhh…

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Tips : Bagaimana Aku Buat Live Update Via iPhone Twitter Apps

  1. Amir Said says:

    setahun lebih dah guna iphone, br tau caranya. ingatkan x boleh live update gn iphone.. thanks for the tips..

  2. Tallboyz says:

    Wow! Great tip bro!

  3. PaanMFR says:

    Ada juga cara post blog gun iphone, bukan hanya utk self host, tapi guna WP.com free servis juga.
    Dan cara ni x perlu plugin tambahan

    http://mfr.jentayu.com/2010/12/05-tutorial-wordpress-for-ios-live-blogging-sebanar.html

    Kalau nk share ke twitter tu baru la boleh guna Feedburner dengan function twitter yang baru 🙂

  4. admin says:

    Thanks paan, aku pun pernah guna apps tu. Thks for sharing

  5. admin says:

    Thanks bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *