Nokia Ovi Store Workshop @ KDU University College Damansara

Korang pernah dengar tak tentang Nokia Ovi Store? huh kalau korang pengguna handphone Nokia sudah semestinya korang tahukan?.. kesian kat aku sebab aku bukan pengguna handphone Nokia, ada pun yang old school nya. Hari Khamis hari tu aku dapat jemputan dari Nuffnang untuk event Nokia Ovi Store Workshop di KDU University College Damansara. Dengar je Damansara aku mula seram sejuk sebab apa jalan kesitu sah-sah la sesak lebih lagi diorang buat time orang balik kerja iaitu dari pukul 6petang sampai 9.30 malam. Aku gerak dari pukul 4 petang sampai dalam pukul 7.30 malam kat situ, tu pun aku sesat tah mana sampai nak kena langgar ngan kereta lain sebab salah masuk simpang hehe.. apa-apa pun aku sampai ke destinasi dengan selamat tu yang penting walaupun hidangan makanan telah dihabiskan oleh geng tali barut Bean Moreno, eyriqazz, beautifulnara dan lain-lain. Hehe gurau-gurau je.. diorang semua best-best walaupun aku yang paling lambat tapi diorang tunggu gak aku..

Malam tu kitaorang diajar bagaimana menggunakan Ovi Store App Wizard dan bagai mana membuat apps blog sendiri. Wahhh mesti ramai yang berminat nak tahu bagai mana nak buat Ovi apps untuk blog sendiri kan?.. sabar-sabar aku tengah siapkan tutorialnya. Dalam masa terdekat ni aku akan terangkan dan ajar bagaimana caranya okey.. sekarang layan dulu gambar-gambar masa workshop tu.. maaf gambar group ramai-ramai tu tak ada sebab file corrupt. Tension sehhh ntah macam mana boleh corrupt plak file gambar tu.. tapi tak apa lah.. nak buat macam mana kan dan benda nak jadi..

Blogger yang turut hadir..

Firdaus peace … senyum sikit bro.. 🙂

Rakan blogger yang turut hadir.. best dapat free gift lagi..

Bro Nara dan aku tengah bergosip pasal eyriqazz dan Hanis Zalikha hahaha..

Filivi Cullen rakan yang aku kenal semasa tengok show Glitz kat Genting hari tu.. jumpa pula kat event ni.. best tau orangnya sangat peramah dan periang..

Inilah aplikasi Ovi Store yang diajar. Tunggu ye nanti aku buat tutorialnya.

Bergambar bersama Hanis Zalikha sebelum dia berangkat balik

Antara Firdaus ngan aku mana yang lebih sesuai dengan Hanis Zalikha

dapat Goody beg yang berisi buku nota Nokia Ovi dan Limited edition Nokia Heart-shape 2gb tumbdrive. CuuNnnlah.. Thanks Nokia :[)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Nokia Ovi Store Workshop @ KDU University College Damansara

  1. Liyana Lunia says:

    bestnyaaaaaaaaaaaaaaa heart shaped tuuuuuuuu. itu sahaja yang menarik perhatian ku HAHAHAHA

  2. admin says:

    haha i tak tau nak bagi siapa heart shaped tu hehehe

  3. Pingback: Aku Zaid » 10 Keyword Tertinggi di Google Mengikut Kategori

  4. gambar ku mu xamik ek….

    arghhh majuk dgn ko zaid huhuhu even kite dok sebelah sebelah je kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *