SHARE

Ini adalah kali kedua aku menang iPhone, semuanya dengan hasil usaha sendiri sebab aku ni memang suka join segala macam contest. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi aku bersyukur kepadaNya. Yang kotak putih tu iPhone pertama aku masa aku join contest Milo Fuze Snap Your Jam-Packed dan yang iPhone color hitam tu pulak yang paling terbaharu masa aku join contest Nuffnang DiGi Pimp My Music kat Zouk.

Yang bestnya iPhone yang aku baru dapat ni warna hitam dan iPhone lama aku warna putih.. jadi baru la sepadan sebab aku nak hadiahkan iPhone terbaharu aku tu kat seseorang.. siapa orangnya?.. haha biarlah rahsia okey.. nanti korang akan tahu sendiri. Apa-apa pun inilah hadiah paling bermakna yang aku dapat dan aku nak hadiahkan kepada orang yang paling bermakna dalam hidup aku juga selain keluarga.