Geng Lancap & Geng Ragut

Ni nak bagi tahu kawan-kawan blogger semua yang selalu jalan kat kawasan Imbi dan Sg.Wang Kuala Lumpur. Kejadian ni baru je berlaku dan semua office mate aku dah dalam ketakutan sekarang ni. Aku kerja kat bangunan Plaza Berjaya depan Monorail Plaza Impi tu sambil melepak waktu rehat dengan kawan, tetiba ternampak seorang mamat cina ni yang agak mencurigakan, mula-mula aku ingat dia nak naik tangga monorail tapi aku agak was-was kerana tangan kiri dia kat dalam seluar. Kira ok la kan aku ingat dia nak garu anu dia sebab gatal ke, pastu mamat cina ni turun balik tangga monorail imbi tu… then dia naik semula dan masukkan tangan dalam seluar dan buat aksi-aksi yang 18sx. Modus operandi mamat cina ni adalah perempuan tak kira bangsa janji perempuan yang berjalan kaki seorang diri menaiki tangga monorail tu. Dia akan melancap belakang anda tanpa anda sedari dia berada dibelakang. Jadi berhati-hatilah kalau korang berjalan seorang diri kat sini ye..

Geng Melancap @ Jalan Imbi Kuala Lumpur

Maaf video dirakam menggunakan Blackberry Curve dari tingkat 4 bangunan Plaza Berjaya. So tak berapa clear sangat.

Ini dia gambar si pelancap yang sering kacau perempuan kat Monorail Jalan Imbi. Lelaki bangsa cina, pakai topi berseluar pendek. Kalau terjumpa lelaki ni harap berhati-hati. (Maaf gambar tak clear sebab rakam dari tingkat 4)

Semalam pulak ada kes ragut, haiyaaahhh banyak betul kes kat tempat kerja aku ni.. sekarang nak pergi kerja pun dah takut kang tak pasal-pasal kene pow dengan budak-budak punk, tapi ni nak cerita pasal ragut. Semalam masa aku nak pergi makan ngan kawan ofis kitaorang singgah jap kat 7-Eleven Plaza Berjaya. Tiba-tiba kat luar 7-Eleven tu ada huru hara orang ramai kejar peragut yang baru ragut beg sorang perempuan. Nasib baik beg tu si peragut lepaskan balik tapi malangnya peragut tu dapat lepaskan diri.. kalau lah orang ramai tu dapat tangkap gerenti lunyai kena belasah si peragut tu. Kalau korang ke kawasan jalan Imbi ni dan ternampak geng melayu yang agak mencurigakan harap korang berhati-hatilah takut kang tak pasal-pasal kena ragut pulak. Harapan aku supaya pihak berkuasa dapat membuat pemantauan kat kawasan panas ni selalu. Sebab diorang ni buat pasal tak kira masa siang malam janji dapat hasil..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

22 Responses to Geng Lancap & Geng Ragut

  1. Malek Ku 7 says:

    Macam &%^$….buduh betul..aku rasa orang gila ni..tak siuman

  2. admin says:

    memang gile la tuh… so berhati2 ye.. aku pun risau je awek aku hari2 menggunakan perkhidmatan monorail ni..

  3. Ahmad Zaki says:

    Salam sejahtera…

    Jika dah jahat tu, tidak kita mereka bangsa atau agama apa.. Inilah akibatnya jika seseorang itu mengikuti jalan2 sisi gelap kehidupan manusia yang sepatutnya harmoni dan sejahtera. Ini tak, makin maju negara, rakyatnya makin rosak dan tak bertamadun pula.

    Tapi jika ikut pengalaman saya semasa masih berada di KL dan PJ.., bangsa yang lagi satu tu paling dasyat kerakusan mereka…

  4. admin says:

    terima kasih atas pandangan saudara Ahmad Zaki, tu lah sama-samalah kita berdoa supaya mereka ni menuju ke jalan yang benar..

  5. Fadh says:

    geng merujuk kpd kumpulan..bkn individu. Jadi mamat cina tu xleh di label sebagai geng lancap :P.

    Lagi 1 ape yg aku peratikan polis yg ronda jalan kaki kat area bukit bintang tu meronda beramai-ramai. sampai aku perati ade 6-7 polis jalan 1 kumpulan. Bagi aku meronda macam ni memang bodo sebab kalau da 6-7 orang meronda sekumpulan jadi byk lokasi lain yang takde rondaan.

    Aku penah tengok polis meronda kat Hong Kong. Diorang meronda dalam pair. 2 org sekumpulan. Lagi banyak tempat boleh cover. 6-7 orang tu je dah boleh ade kat 4 lokasi yang berlainan.

    Patut la jarang betul nampak polis meronda jalan kaki kat KL ni.

  6. admin says:

    betul gak ye Fadh.. geng tu kan ramai hehehe.. silap… bab polis Malaysia tu zaid tak tau la pulak, tapi zaid pun pernah ke Hong Kong dan memang betul polis mereka ronda berdua dan banyak kawasan ada polis.. actually zaid tak rasa takut bila jalan seorang diri kat Hong Kong dari jalan seorang diri di KL .. 🙂

  7. atan ahmad says:

    Demn…. polis mana polis…. ??

  8. Wan Gerrard says:

    Giler la, makin bahaya lak bandar kl tu..

  9. alice says:

    minta dijauhkanlah bende2 macam ni kan…akutt..

  10. admin says:

    pihak berkuasa perlu buat pemantauan setiap jam kat kawasan ni..

  11. admin says:

    bahaya sebab adanya manusia jahat macam tu je bro.. kalau dah tak ada manusia jahat tu gerenti aman dunia

  12. admin says:

    amin.. ko kalau berjalan kat sini berhati2 ye alice..

  13. akublog says:

    Bukan kat area situ ada pondok polis ke?

    tangkap laa mamat nih.. mental dah nih..

  14. admin says:

    pondok polis mana ada … tu pondok orang jual tiket bus ada lah… pondok polis dekat depan times square je..

  15. lAl says:

    Serius menakutkan!!!huhu

  16. admin says:

    hati-hati la lal kalau ke sini ye..

  17. lAl says:

    hohoh.. beklah zaid.. thanks for the info…ahaha… menakutkan seh!

  18. che armster says:

    kat bawah monorail bukit nenas pun ada.. ex-officemate aku pernah kena kat sana. boleh pulak perverto tersebut bukak seluar buat onar bawah tangga sambil usha orang lalu lalang naik turun tangga

  19. Hai zaid.. haa post juga tentang hal ni.. ya, memang patut supaya orang2 sedar dan lebih berhati2.. bagi kaum perempuan terutamanya.. adalah sangat merbahaya aktiviti2 yang zaid ceritakan ni.. so kena sentiasa berwaspada..

  20. admin says:

    aku rasa orang yang sama gak la chearm… ermmmm

  21. admin says:

    hehe terpaksa tulis sebab kejadian ni dah berleluasa…

  22. donny says:

    menarik post ni hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *