TM Everyone Connects Birthday Bash

Apa khabar kawan-kawan semua, dah lama kan aku tak update blog ni, dah bersawang-sawang dah sebab lama sangat ditinggalkan. Hari ini aku nak update sesuatu yang baru untuk korang semua. Bestkan hari ahad lepas aku dan rakan-rakan blogger lain pergi kat The Curve Damansara untuk bersama-sama meraikan ulangtahun pertama TM Everyone Connects (EC) pada 21 November 2010 lalu dari jam 3 petang hinggalah 7 malam. Banyak aktiviti menarik yang ada kat sini dan banyak jugalah hadiah yang aku dan rakan-rakan yang lain menangi.

Mantra TM Everyone Connects adalah “Connections make anything possible” jadi dengan itu mari kita Connect, Communicate dan Collaborate.  Sebelum ini TM Everyone Connects telah berlangsung dengan aktiviti karaoke terbesar tahun lepas di Bukit Bintang dengan lagu single dari Bunkface iaitu “Through my window” dinyanyi beramai-ramai. Diikuti dengan konsert Tokio Hotel di Kuala Lumpur yang sangat meriah. Kini TM Everyone Connects sudah semakin dewasa dan diharap lebih banyak lagi aktiviti seperti ini pada tahun-tahun hadapan.

Aku ke sini bersama adik kesayangan aku si UzairOthman.Blogspot.com tu.. dia ni sebenarnya tengah cuti SEM jadi boleh la dia temankan aku pergi event dan buat cover. Sampai je kat tapak event ni aku disapa oleh seorang abang ni, dia terangkan aku pasal Unifi ni, Abang tu cakap Unifi ada 3 pakej untuk kediaman iaitu VIP 20, VIP 10 dan VIP 5. Untuk pengetahuan korang juga kelajuan internet untuk UniFi sehingga 20 mbps tau.. wow laju gila tuh.

Unifi – Fast Forward Your Business With UniFi, High Speed Broadband. masa ni tengah searching kat kawasan rumah aku dah ada UniFi ke belum… terima kasih kat kakak sebelah tu yang sentiasa senyum dan sudi membantu aku.

Malangnya kawasan rumah aku belum lagi ada UniFi.. jadi kakak tu cadangkan aku supaya daftar dulu sebab nanti bila kat kawasan rumah aku dah ada diorang akan call aku.. Uwwwwaaaa… harap-harap cepatlah ada ye sebab aku tak sabar nak pakai UniFi ni.. 🙂 (abaikan beg dan button kat beg tu ye… tak ada niat nak menunjuk)

Disebabkan aku tak boleh register UniFi jadi aku pun registerlah “Like” facebook TM Everyone Connects dapat aku gelang getah yang kakak tu pegang tu.. cantik tau gelang ni.. i like…

Ini adalah MC sebelum acara bermula.. sempat gaklah dia karok 2 lagu cina kat kami.. nasib baik suara dia best dan banyak juga hadiah yang diberi kepada orang ramai. Tengok tu semua orang berebut nak kan hadiah dari TM.

FELLA DAN FELLI pun ada kat sini tau.. comelkan mereka berdua ni.. inilah maskot TM Everyone Connects

Antara Booth2 yang ada.. tengok budak ni main Wii ..

Hypp.TV sebuah rancangan TV yang menarik untuk pelanggan TM UniFi

EC Gamerz – Booth permainan untuk orang ramai yang ingin mencubanya,

Pengacara majlis ini tak lain tak bukan iaitu Honey Madu dan Ben dari Fly FM, mereka berdua ni memang sepadan tapi Ben dah kawin kan.. so tak leh lah hahaha… apa-apa pun mereka berdua tetap menghiburkan.

Kakinakl.com menang durian runtuh.. baru zaid nak minta satu CD dari kak ina.. tak apa lah tak ada rezeki.. apa-apa pun kak ina memang rocckkkssszZZZz lah

Aku mencuba permainan Guitar Hero di Booth Jamming Ga Rage, huhu acah je main sebab aku memang tak pandai main pun game ni.. kalau main pun asik salah key je..

Bersama Sam Bunkface Ambassador TM Unifi .

Peminat-peminat ManU tak terlepas peluang dapat menyaksikan pameran dan koleksi sepanjang zaman ManU disini. Ini antara Jersi Manchester United yang dipamerkan. Mengikut dari maklumat yang diterima jersi ini telah dipakai pada tahun 1957 dan tak pernah basuh sehingga sekarang. Wow sunggu berharga tau jersi ni..

Honey Madu dan Ben melihat koleksi-koleksi barangan ManU yang dipamerkan.

Ben, Paan, Youk, Sam dan Honey Madu yang sedang membuat aksi robot… memperkenalkan Bunkface Ambassador TM Unifi

Summer Ash Pro Gammer duta/Ambassador baru TM Unifi, tak sangka perempuan secantik dia tapi ganazzz.. hahaha bukan ganas diluar maksud aku tapi ganas bila main game.

Ambassador TM Unifi yang baru.

Pengacara majlis Ben dan Honey Madu bersama kesemua Ambassador TM Unifi meraikan dan menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada TM Everyone Connects.

Summer Ash menunjukkan aksi pro ketika bermain game disini bersama 3 orang yang lain. Huh kalau dah main dengan pro sah-sah la dia menang haha..

http://blog.saimatkong.com/ pun ada.. Hi bro.. selamat berkenalan.. 🙂

Video nyanyian BunkFace bertajuk “Through My Window”  live at Everyone Connects (The Curve)
– Kredit kepada http://uzairothman.blogspot.com/

Majlis diakhiri dengan persembahan dari kumpulan Bunkface. Aku juga salah seorang peminat Bunkface jadi aku turut bangga dengan kejayaan yang telah dilalui oleh mereka bertiga ni.  Tahniah Bunkface… Tahniah TM Everyone Connects

Jom kengkawan semua kita main dan jalan-jalan di portal TM Everyone Connects http://www.everyoneconnects.net/ macam-macam ada kat sini.. antaranya

– Open House

– Sini Maa

– Jamming Garage

– EC Hall of Fame

– The Stadium

http://www.everyoneconnects.net/

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to TM Everyone Connects Birthday Bash

  1. kak ina kl says:

    oooo apasal tak bagi tau nak cd…ciklily putih dapat satu.
    isyallah kalau ada rezeki lebih akak bagi yer kat kamu.
    memang best kan event hari tu

  2. MuJE says:

    bestnye kalo dapat pegi….huhu bleh sembang ngan sam kott….=)

  3. CikLilyPutih says:

    zaid nak CD ape? boleh je bagi.. Tom Jones ek

  4. alice says:

    best nye… hehehe

  5. admin says:

    huhu len kali kita gi ye sayang.. 🙂

  6. admin says:

    hehe tak la kak, zaid gurau je.. hari tu pun zaid dapat 1 CD .. 🙂

  7. admin says:

    hehe kak ina, zaid gurau je lah.. yup kak event tu memang best dan best sebab ada something yang masuk dalam poket hehehe

  8. holy says:

    eyh is summer ash is pro gammer????
    i dun think so la……
    shes noob……..main dgn bdk2 boleh la…………..sennag2 je paggil PRO GAMER……………….hell fuck!!!!!!!!

  9. Mohd Zaid says:

    Holy.. ko memang pandai main game ke?.. agak2 ko boleh ke lawan Summer Ash?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *