LG Optimus 7 – Celcom Windows Phone 7

Ini adalah pertama kali aku ke Menara Celcom dekat dengan Jalan Semarak tu, bukan datang sini sebab nak bayar hutang atau nak beli topup Celcom XPax aku tu tapi aku ke sini sebab dijemput untuk menyaksikan pelancaran LG Optimus 7 dan pemberian hadiah kepada 7 pemenang bertuah Celcom.

Tujuh pemenang bertuah dapat merasai pengalaman menggunakan Windows Phone 7 dari peranti LG Optimus yang berharga RM2099 secara percuma. Pelanggan bertuah iaitu Abdullah Nordin, Azalee Abu Hassan, Dzuraidah Nordin, Saw Leng Chee, Tan Hock Yee, Tan Teck Meng dan Wern Poh Fah masing-masih dapat sebiji HP LG Optimus ni.. Cayalah Celcom memang berbaloi-baloi.

Inilah model terbaru LG Optimus – Windows Phone 7. Celcom menawarkan harga promosi sekarang ni iaitu RM777 kepada 150 orang pelanggan pertama yang mendaftar secara online di website Celcom (http://www.celcom.com.my/) dari 24 November.

Wow hot chikas yang memegang LG Optimus ni memang cantik.. tapi cantik lagi LG Optimus 7 tu hehehe

Jestina dari Nuffnang tersenyum lebar apabila Hot Chikas menerangkan tentang kelebihan LG Optimus 7 ini. Nampaknya Jestina macam nak beli satu je.. 🙂

www.chearmster.com sedang mencuba LG Optimus 7 yang baru. Memang berbaloi lah kalau pakai Celcom dengan LG Optimus 7 ni sebab dalam Celcom Exec Plan RM250 sebulan, pelanggan boleh dapat penjimatan RM1031 dan mereka boleh membeli HP ni dengan harga RM1068 sahaja berbanding dengan harga asal iaitu RM2099. Untuk pelanggan corporate pula LG Optimus 7 dijual dari serendah RM1218 dengan bayaran bulanan sebanyak RM148

Luckystrike14.blogspot.com mencuba LG Optimus 7, dia cakap hp ni memang best sebab boleh edit dan view Microsoft Office, dan yang paling penting aplikasi Microsoft Office ini adalah percuma.

Chearmster, Tianchad melihat LG Optimus 7 yang baru. Teruja sebab hp ni boleh main XBOX Live game

redlinda.com amat teruja tentang aplikasi ScanSearch yang boleh scan kawasan dengan jarak sehingga 5km. Lepas ni kalau sesat hanya scan je kawasan tu dan maklumat seperti balai polis, hospital, hotel dan lain-lain semua ada dalam LG Optimus 7 ni. Dan yang paling best hp ni mempunyai 5MP camera dan berresolusi 720p HD Video.

Jom tengok apa kelebihan Windows Phone 7 – LG Optimus 7 ini..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *