DiGi Pimp My Music @ Zouk KL [DiGiMusic PLAY]

Korang minat muzik? korang tahu apa itu muzik? nak download lagu tanpa had? inilah masanya untuk kita ceria bersama DiGiMusic PLAY!. Khamis minggu lepas aku dapat jemputan dari Nuffnang dan DiGi untuk menghadiri event DiGi Pimp My Music dan perasmian aplikasi iPhone muatturun tanpa had pertama di Malaysia. Ini adalah pertama kali aku pergi kelab Zouk KL, nasib baik lah aku gerak awal, kalau tak jalan mesti jam giler kalau lambat.

Memang  syok dan happening kat Zouk Kuala Lumpur bersama-sama blogger yang lain. Ramai gak blogger yang datang masa event ni dan seperti biasa ramai juga muka-muka lama dan muka blogger baru aku jumpa. Semuanya datang untuk berparty dan dalam masa yang sama merebut peluang memenangi 2 buah iPhone 3GS yang ditawarkan oleh pihak DiGi.

DiGi Pimp My Music memperkenalkan aplikasi DiGiMusic untuk pengguna iPhone bagi membolehkan kita memuat turun hampir 400 ribu lagu popular dari Universal Music dan Sony Music. Memang gempak lah dengan hanya RM5.00 sebulan kita boleh memuat turun lagu kegemaran tanpa had, tanpa gangguan dan tanpa sekatan. Apikasi DiGiMusic juga diberikan PERCUMA dan boleh dimuatnaik ke iphone anda melalui link ini.

Sebelum aku terangkan lebih lanjut tentang Apikasi DiGiMusic ni, jom kita tengok gambar-gambar dan cerita pada malam DiGi Pimp My Music.

Screen projector yang terdapat di Zouk KL. Suka sangat logo DiGi tu sebab ianya sangat comel.

Ini tangan Alice awek aku.. dia pun pengguna DiGi macam aku gak, cumanya dia pakai DiGi Buddyz sebab katanya senang nak call dan sms aku sebab FOC untuk 3 nombor pertama.

Alice pakai topi aku, huhu sebelum masuk ke Zouk ni korang kena identify dulu korang nak jadi celebrity mana. Macam aku pilih Jason Mraz sebab aku pakai topi ala-ala dia. Alice pulak tak ada identiti dan tak tahu nak jadi celebrity apa.. huhu aku suh je dia letak jadi Siti Nurhaliza walaupunnn..

Adam Lambert nama gelaran bagi Nuffies Robb Chew ni.. memang hensem la Robb malam ni.. siap nyanyi lagu Adam Lambert lagi “what do you want from me” hehe aku suka sangat lagu tu..

Jessicat dengan ala-ala artis Lady Gaga. Memang cun la u ni Jess sebiji macam Lady Gaga.. Actually aku memang peminat setia Lady Gaga.. :)

Comel kan aku.. tapi comel lagi blogger sebelah aku ni, pakaiannya sangat wow dan sangat kreatif. Tapi macam tak kena pulak dengan event ni.. apa-apa pun saya banggan dengan anda kerana berani membuat sesuatu kelainan pada malam itu.

Identify The Celebrity – Masa ni P.Ramlee Dan Elvis Presley kena teka nama betul masing-masing

Identify The Celebrity – Adam Lambert terpaksa tarik diri sebab Jason Mraz dan Lady Gaga dah masuk.

Mr. Darren Poon (Head of Advanced Data Services) memperkenalkan aplikasi DiGiMusic kepada semua blogger yang hadir pada malam itu. Memang best Mr Darren ni sebab dia baik hati kasi banyak hadiah kat kami. :) thanks..

Dancing Blogger – Slot ini merupakan slot paling best sebab blogger diminta menari mengikut alunan lagu yang diputarkan oleh DJ. Bila lagu berhenti, blogger diminta berkeadaan keras dalam kedudukan terakhir. Posisi dan gaya yang paling menarik akan dapat hadiah dari DiGi dan bagi yang kalah dapat cawan Glee yang sangat comel.

Dancing Blogger – Blogger lelaki menari bersama Lady Gaga. Wow ada aksi yang menghairahkan berlaku pada masa ni hehehe

Nuffies dari Nuffnang juga tidak ketinggalan menunjukkan aksi dan bakat menari mereka. Suka sangat tengok Michell bawak gitar mainan tu.. sangat cute.

Blogger-Blogger senior yang aku hormati sedang berborak sakan. Bestkan makanan kat sini… tapi aku makan sikit je sebab tengah berdiet.

Twitter Q&A – Blogger juga boleh menjawab soalan yang diberikan dan menggunakan hash tah #DiGiphone untuk menjawab soalan. Siapa yang jawab paling cepat dapat hadiah dari DiGi.

Inilah pemenan soalan Twitter Q&A. Cepat sungguh mereka jawab kan..

Best Dressed – Lady Gaga

Best Dressed – Elvis Presley

Best Dressed – Marilyn Manson

Best Dressed – Lady Gaga

Aku bersama-sama finalist Best Dressed pada malam tu.. rasa macam bergambar dengan artis antarabangsa je.. :)

Nampaknya Lady Gaga adalah pemenang Best Dressed pada malam tu.. hadiah disampaikan oleh Mr Michael dari DiGi iPhone team. Lady Gaga kemain lagi dengan pose sexynya.

Antara celebrity yang hadir pada malam itu.

Aku bersama P.Ramlee (Abang Jai). Misai kontot tu menjadi pujaan hatiku..

Sempat juga aku bergambar dengan rakan blogger yang lain.. alamak ramainya nak tag link.. tak pe korang tag kat komen ye link korang :)

Antara geng blogger yang turut hadir pada malam tu Xiao Tong, CalvinCho, Alex, Dixxon, Michael, shannonchow dan ramai lagi..

Aku dan..  tak tau pulak nama dia siapa.. yang penting cantik kan iPhone kat tangan kiri aku tu..

Bersama Michelle (Nuffies) dari Nuffnang..

Bersama Yuen Yee dan Jstina (Nuffies) dari Nuffnang..

Xinxian (Fresh) nuffies dari Nuffnang sentiasa kelihatan comel dan manja..

Robb Nuffies Nuffnang dan juga emcee pada malam tu.. thanks robb dan Nuffnang sebab jemput sama kat event ni.

Jom tengok video ini :-

Macam mana nak guna aplikasi DiGi Music ?

Okey hari ni aku baru je langgan DiGiMusic murah je beb RM5.00 untuk sebulan dan boleh download unlimited lagu setiap hari. Nak tahu macam mana nak gunakan DiGi Music dan bagaimana untuk download apps iphone?..

Langkah pertama : Klik App Store pada iPhone ada.. setelah masuk ke aplikasi store anda pilih butang search dan cari DiGiMusic. Bagi yang menggunakan itunes untuk mendownload boleh klik link ini. Ingat aplikasi ini adalah PERCUMA tidak perlu bayar pun.

Langkah 2 :  Setelah memasuki apps DiGiMusic, klik FREE (Butang Hijau)  untuk mendownload aplikasi ini. Sekiranya anda suda memuat turun butang (Installed) akan muncul pada screen. Selepas muatturun berjaya satu ikon seperti didalam rajah akan muncul.

Langkah 3 – Tahniah anda telah berjaya menginstall apps DiGiMusic pada iPhone anda, kini mari kita langgan pekej DiGiMusic yang hanya RM5.00 sebulan. Anda Juga boleh mendaftar melalui SMS iaitu dengan cara On Music dan hantarkan ke 2000. Rm5/bulan. Macam aku, terus klik butang [Sign Me Up!] dan proses pendaftaran akan dilakukan secara automatik.

Langkah 4 – Klik butang Subscribe. Baca dulu terma dan syarat sebelum tekan.. setelah anda menekan butang Subscribe, RM5.00 akan dicaj untuk setiap bulan.  Anda diminta untuk menutup apps DiGiMusic dan bukanya semula pada waktu ini. Sekiranya masih gagal untuk memasuki dan mengakses apps DiGiMusic, sila tunggu dalam tempoh 1jam untuk proses pengaktifan perkhidmatan.

Langkah 5 – Satu mesej dari DiGi sebagai notification bahawa caj RM5 telah dimasukkan kedalam bil terbaru anda. Tarikh untuk membuat penyambungan talian juga tertera pada SMS. Satu lagi mesej iaitu UPDATE DEVICE akan keluar. Hanya klik ACTIVATE dan system akan terus mengemaskini data yang terbaru.

Home : Disini anda boleh memilih lagu terbaru dan terpolular. Buat carian lagu dengan menekan butang Browse, lebih 400,000 lagu didalam apps ini untuk didownload. Jadi downloadlah sampai lebam.

Lagu-lagu yang telah didownload akan disimpan di [MY MUSIC]. Disini anda boleh melihat dan mendengar lagu-lagu yang telah dimuatturun. Sila pastikan anda mengemaskini semua maklumat yang ada dibahagian My Profile.

Category yang ada iaitu [English/Malay/Chinese/Indian/Indies/Other Language]  pilihlah bahasa yang mudah bagi anda.

Koleksi lagu-lagu melayu yang telah dimuat turun aku..

Koleksi lagu-lagu Ingeris yang telah dimuat turun aku..

Mudah bukan.. hanya RM5.00 kita dah boleh download lagu tanpa had lagi..

I LOVE DiGiMusic

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Nuffnang and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.