Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak!

Hentikan keganasan terhadap kanak-kanak! itulah yang aku nak tekankan kat sini kepada semua masyarakat dunia khasnya ibu bapa yang merasakan diri mereka terlalu cerdik pandai. Ambik kau! Ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pembesaran anak-anak mereka dari kecil hinggalah meningkat dewasa. Setiap hari kita lihat di dada-dada akhbar ada saja berita tentang kekejaman terhadap kanak-kanak ini. Ingat tak dulu aku pernah tulis kat blog SAYA MENYOKONG – Get On Board, Stop Child Abuse (UNICEF) , hari ini aku terpanggil lagi untuk mengigatkan semua bahawa kanak-kanak juga manusia dan bukan bahan mainan untuk dibuang. Jadi bersatu padulah kita 1Malaysia bersama-sama United Nations Children’s Fund (UNICEF) membasmi masalah Child Abuse di Malaysia ini.

Lihat saja video diatas apa pandangan anda?.. bagi saya keceriaan yang kanak-kanak itu impikan hanyalah mimpi belaka, sebaliknya diri kanak-kanak itu sendiri tidak seindah bahasa. Apa sumbangan kita terhadap kanak-kanak yang mengalami penderaan seperti ini?.. adakah kita hanya mampu lihat dan saksikan kisah duka kanak-kanak tersebut?.. kita sebagai masyarakat prihatin ada tanggungjawab kita sendiri terhadap mereka. Bukan sekadar pandang, lihat dan dengar sahaja tau.. Kajian dan laporan yang dikeluarkan oleh UNICEF iaitu purata 7 kanak-kanak di Malaysia telah dilaporkan menjadi mangsa penderaan kanak-kanak setiap hari dalam tahun 2008. Kesan jangka pendek dan jangka panjang dari penderaan ini mengakibatkan kanak-kanak itu mengalami kerosakan otak, bermasalah dan mengalami kemelesetan dalam pembelajaran, berubah menjadi garang dan mengalami masalah dalam hubungan sesama masyarakat sekeliling. Kesannya dari penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak itu menjadi semakin liar dan berisiko dalam hidup seperti pencapaian akademik rendah, penggunaan dadah, kehamilan remaja dan prilaku jenayah. Ini  bukan sahaja menjejaskan kanak-kanak itu dan keluarga, tetapi masyarakat pada keseluruhannya.

Di Malaysia hukuman bagi sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak adalah dibawah akta Child Act (2001) and the Penal Code (revised 1997). Hukuman denda maksimum RM 50,000 atau sehingga 20 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali bergantung pada kesalahan. Pesalah-pesalah juga boleh dihukum sebatan, denda dan / atau penjara.

Fakta :- Best baca nih..

CHILD ABUSE: MYTHS AND FACTS

MYTH 1: It’s only abuse if there is physical violence.
FACT  : Physical abuse is just one form of abuse. Children can also be harmed by emotional abuse, sexual abuse and neglect. These types of abuse are usually hidden from sight and, as a result, people are less likely to take action and help the children.

MYTH 2: Only bad people abuse. Good people don’t.
FACT  : Not all abusers are bad and want to harm their children intentionally. Some abusers may have been victims of abuse themselves, and grew up not knowing any other way of parenting or treating children. Others may be struggling with mental health problems, alcohol and drug addiction and other personal problems.

MYTH 3: Many children do not know their abusers.
FACT  : Although some children are abused by complete strangers, many actually know their abusers and trust them. Abusers are most commonly family members, or someone who is close to the family and the child.

MYTH 4: Child abuse doesn’t happen in “good” families and wealthy households.
FACT  : Child abuse can happen in any household, regardless of ethnic background, culture, religion or economic status. Sometimes, a family that seems to have it all can hide a different story behind closed doors.

MYTH 5: Many adults who suffered abuse in childhood are not affected by this abuse in adult life.
FACT  : Although some adults manage to cope with abuse they suffered as children, many remain deeply affected in adult life. It is not easy to just get over child abuse. Survivors of child abuse need care and support to overcome the trauma of abuse and live full healthy lives.

MYTH 6: Abused children will definitely grow up to be abusers.
FACT  : Some survivors of child abuse may unconsciously repeat the violent or abusive treatment that they experienced as a child. However, many have a strong motivation to protect their own children from experiencing what they had suffered and, instead, become wonderful parents.

MYTH 7: A child is responsible for the abuse that he/she suffers.
FACT  : A child is never responsible for the abuse he/she suffers. The responsibility for abuse lies solely with the offender. In the case of sexual abuse, offenders often try to shift the blame for their actions by accusing the child of being promiscuous or seductive, especially if it involves a teenager.

MYTH 8: Children lie about being sexually abused.
FACT  : It is extremely rare for children to lie about being sexually abused. In reality, children may not want to disclose sexual abuse because they are embarrassed, afraid or uncomfortable.

Ok ini ada satu siatuasi aku nak bagi tau korang, aku ada sorang kawan jiran dia ada anak perempuan. Si bapa jiran aku ni selalu mendera anak dia. Si bapak ni selalu pukul dan sepak terajang budak ni macam hamba dan jadikan orang suruhan. Satu hari si bapak tu pergi kerja dan si anak datang ke rumah anda untuk menceritakan kisah duka dia kepada anda. Apa yang anda akan lakukan?.. haaa cepat fikir.. apa yang korang nak buat ngan budak tu?.. ok ini ada beberapa tips untuk anda menangani situasi macam tu.

1. Jika seorang kanak-kanak mendekati anda untuk mengadu masalah mereka, anda perlulah tenang dan mendengar segala masalah yang akan diceritakannya.

2. Percaya kepada kanak-kanak, sebab kanak-kanak tak pandai menipu

3. Bercakap dengan budak tu dengan baik dan tidak meninggi diri.

4. Yakinkan semula budak itu bahawa ini bukan salah mereka

5. Lihat kesan-kesan penderaan pada kanak-kanak itu.

6. Beritahu kanak-kanak itu bahawa apa yang diceritakan kepada anda adalah perkara yang betul

7. Yakinkan kanak-kanak itu bawaha anda akan mendapatkan bantuan sewajarnya.

Minta bantuan dengan mendail talian Nur 15999. Secara alternatif anda boleh membuat laporan di balai polis terdekat atau hubungi Social Welfare Department secara langsung. Jika anda rasakan ianya perlu bantuan perubatan, hantar kanak-kanak itu segera ke unit ‘Kemalangan dan Kecemasan’ (A&E) di hospital besar atau hospital terdekat ditempat anda.

Di Unicef, mereka sentiasa bersama-sama membantu masyarakan terhadap kes penderaan kanak-kanak ini. Anda juga memainkan peranan penting dalam menjayakan program Get On Board, Stop Child Abuse (UNICEF) ini. Unicef sedang menjalankan kempen mengumpul 100 ribu tangan bagi membantu menghentikan penderaan kanak-kanak ini. Klik sini Get On Board kalau nak tahu cara reka tangan anda atau klik sini http://www.uniteagainstabuse.my/register untuk menunjukkan sokongan anda terhadap kempen ini.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak!

  1. hamzah says:

    saya juga menyokong.. thanks buat entry ni.. sangat membantu untuk student mcm aku ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *