Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23)

Sudah diketahui ramai bahawa filem “Magika” telah dinobatkan sebagai filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 23 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Prima (Saluran 105). Aku sempat tengok sekejap malam tadi dan ternyata persembahan dan pengacaraan pada malam tu sedikit hambar dari biasa. Pengacara  Sharifah Shahira, Hezri Hashim dan Zizan digandingkan bersama pada malam itu tidak begitu serasi digandingkan bersama. Mungkin mereka masih baru untuk mengacarakan acara yang besar macam ni kot. Apa-apa pun tahniah kepada pengacara dan para pemenang anugerah ini dari Zaid.

Filem Magika memenangi trofi dan wang tunai RM50 ribu sebagai Filem Terbaik yang diarahkan oleh Edry Abdul Halim, yang juga pemenang anugerah Pengarah Harapan. Aku belum sempat lagi untuk menonton filem Magika ni tapi bila cerita ni dah menang aku excited sangat nak tengok kat pawagam. Tengoklah esok kalau free aku nak pergi wayang nak tengok sendiri.

Oh ye apa cerita dengan filem 2 Alam ye? yang digembar gemburkan penerbit bahawa filem 2 Alam antara 5 terbaik bagi kategori Filem Terbaik FFM23?

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Perdana yang telah disampaikan malam tadi.

1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy Dari Kru Studios

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik – Jumaatun Azmi – Filem Haq

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

15. Anugerah Sinematografi Terbaik -Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

16. Anugerah Penyunting Terbaik – Hisham Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik  – Edry Abdul Halim – Magika

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik  – Buas

19. Anugerah Dokumentari Terbaik :  – Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

20. Anugerah Filem Pendek Terbaik – Projek Genex – Ainote

20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik  – Bront Palarae – Filem Belukar

21. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

22. Anugerah Pengarah Filem Terbaik – Syamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah wang tunai RM20ribu

23. Anugerah Filem Terbaik FFM23 – Filem Magica membawa pulang sebuah trofi & hadiah wang tunai RM50ribu

Anugerah Khas Juri FFM23:
1. Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
2. Filem Woohoo – Astro Shaw
3. Filem Estet – Naga VSX
4. Filem Muallaf – NZX Film

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23:
Pemenang : Seniman Tamam Idris

Filem Box-Office FFM23 :
Pemenang: Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FFM23 :
Pemenang: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 :
Pemenang: Johari Ibrahim.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23)

  1. wahida says:

    Bagus sangat..
    Lengkap..
    <3

  2. admin says:

    TQ kak wahida..

  3. Neo says:

    Good, comprehensive and uptodate blog.
    Keep it up, man !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *