Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

Sabtu lepas aku dan Alice dijemput oleh pihak Nuffnang untuk menghadiri Open Meeting bagi bakal ahli-ahli baru Nuffnang Glitterati Plus di Taylor’s University. Kalau sebelum ni mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku selalu tweet kat @GPlusmy tentang hashtag #GPlusMY ni kan.. haha hari ni dah terjawab semuanya siapa yang join meeting sabtu lepas tu. Seramai hampir 80 orang yang hadir pada meeting terbuka #GPlusMY ni. Aku dan ahli-ahli sedia ada sebelum ni amat bangga sekali sebab ramai gak yang hadir dan ingin tahu apa bendanya #GPlusMY .

Untuk pengetahuan korang Glitterati Plus ini adalah sebuah kelab yang secara exclusive untuk Glitterati Nuffnangers sedia ada yang rajin datang event dan contest yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang. Kelab ini terbuka kepada sesiapa saja asalkan mereka sememangnya berstatus Glitterati, kalau bukan status selain Glitterati tak boleh join kelab ni okey. Apa yang bestnya #GPlusMY ni korang dapat pergi lebih banyak lagi event-event yang menarik macam press screenings, media launches, dapat tegok wayang lebih awal dari orang lain dan macam-macam lagilah. Senang je kalau nak jadi ahli Glitterati Plus ni korang hanya perlu memiliki kriteria ini sebelum mendaftar. Ahli perlulah sekurang-kurangnya memiliki 2 kriteria seperti yang dimaklumkan didalam meeting hari tu antaranya adalah perlu sekurang-kurangnya memiliki 5 entry blog dalam sebulan. Pernah pergi sekurang-kurangnya 30% event dan telah menyertai sekurang-kurangnya 50% contest anjuran NuffnangNuffnang. Kalau korang ada kriteria-kriteria tu korang amatlah dialu-alukan untuk mendaftar :)

Mr. Timothy Tiah membuat penerangan tentang Nuffnang dan #GPlusMY

Fresh , Timothy Tiah dan Tehtarik Memories menjawab pertanyaan blogger tentang #GPlusMY

Perbezaan antara Glitterati dan Glitterati Plus ..

Council members Sha, TianChad, Atreyu, Suresh dan Serge


Lepas sesi penerangan, apa lagi ada light refreshment disediakan oleh pihak Nuffnang.. sedaplah muffin tuh.. nak lagi boleh..

Sesiapa yang nak jadi ahli kelab Gplusmy ni mestilah baca, mengisi dan tandatangan borang ini terlebih dulu.

Tu dia Alice perkenalkan kat kawan-kawan semua.. dialah peneman hidup aku.. comelkan macam aku.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com