SAYA MENYOKONG – Get On Board, Stop Child Abuse (UNICEF)

http://uniteagainstabuse.my/

Perasan tak iklan Nuffnang kat blog aku keluar gambar tangan ni sejak hari Ahad lepas?.. untuk makluman korang semua beberapa hari lepas aku tak nak letak iklan berbayar Nuffnang sebab aku nak support kempen Get On Board, Stop Child Abuse tapi aku dah off kan iklan Charity tu dan gantikannya dengan entey ini. Ini sajalah cara untuk aku dan semua masyarakat lain untuk sama-sama membantu menangani masalah penderaan terhadap kanak-kanak. Lihatlah dunia sekarang ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan terhadap manusia yang tidak ada perasaan dan berperangai macam binatang. Sedih bila tengok anak-anak yang tidak berdosa ni diperlakukan sedemikian rupa tanpa belas kasihan. Apa sokongan korang terhadap kempen ini?.. adakah korang tergolong dalam manusia yang turut melakukan aktiviti penderaan?.. ingatlah setiap perbuatan kita akan dibalas Tuhan.

United Nations Children’s Fund (UNICEF) dengan kerjasama Nuffnang Malaysia, sedang melakukan kempen Get On Board, Stop Child Abuse bagi membantu menaikkan lagi kesedaran masyarakat tentang penderaan kanak-kanak. Matlamat mereka adalah satu, menghentikan perbuatan penderaan terhadap kanak-kanak yang semakin meruncing dan berleluasa sekarang ni.

Maklumat Kempen Ini :-

The adage that ignorance is bliss could not be farther from the truth, particularly in the context of child abuse. Knowledge is the key to our success. It gives us the power to govern ourselves, our households, and ultimately our communities.

Get on Board is a “peoples’ campaign” by UNICEF to provide the Malaysian public with the knowledge, insights and resources to stop child abuse. The digitally-driven campaign, a first by UNICEF in the region, aims to unite 100,000 supporters to raise their hand in support of children. We hope the Malaysian public will embrace this campaign as their own, and support and promote it in their own unique ways to ensure a safe and protected childhood for every child in Malaysia.

Do the right thing. Get on board. Stop child abuse!

Mengesyaki atau tahu seseorang kanak-kanak didera atau diabaikan? Sila hubungi talian Nur di 15999 dengan maklumat ini:-

1. Alamat atau lokasi di mana kanak-kanak itu didera atau diabaikan

2. Jenis penderaan dan fakta-fakta kes

3. Dapatkan maklumat  identiti pendera atau apa-apa maklumat berkaitan dengan pendera.

Jangan takut untuk membuat laporan penderaan kanak-kanak kerana semua laporan penderaan kanak-kanak ialah CONFIDENTIAL (SULIT) dan nama-nama sesiapa yang memberitahu pada pihak berkuasa tidak akan diwar-warkan kepada awam

Hulurkan tangan anda bagi menyokong kempen  ini. Buat masa sekarang ni dah ada 672 tangan. Tangan saya salah satunya.. tangan anda? mari berdaftar disini http://uniteagainstabuse.my/act/register dan menyokong kempen ini. Mudah saja hanya daftar nama dan reka tapak tangan anda. Belajar cara untu menangani masalah penderaan dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.

Ini lakaran tangan saya dan tagline “Bersama Hulurkan Tangan. Ringankan Beban. 1 Tangan Membantu. 1 Nyawa Dapat Diselamatkan. 1 Malaysia” diharap dengan mengumpul lakaran ini dapat kita sama-sama membantu menyedarkan masyarakat terhadap mestinya memupuk kasih sayang terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa ini dan hentikan perbuatan penderaan. Sayangi anak-anak kita seperti mana ibu bapa kita menyayangi kita.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to SAYA MENYOKONG – Get On Board, Stop Child Abuse (UNICEF)

  1. alice says:

    kiter pun suke

  2. admin says:

    baguslah Alice.. sokongan kita amat bermakna bagi mereka yang memerlukan

  3. Thank you so much for supporting the Get on Board campaign to Stop Child Abuse in Malaysia!

  4. admin says:

    thanks UNICEF Malaysia .. 🙂

  5. Pingback: Aku Zaid » Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *