My Selangor Story – Hari Keempat (Bhg 2)

Sunway City Berhad Official Integrated Resort bagi penajaan hotel dan penginapan kami selama dua hari disini. Malam ini kami akan ke Sunway Resort & Spa Hotel untuk makan malam disana. Wahhh dah siap-siap pakai baju cantik dan glamour nak makan kat hotel 5 bintang ni. Orang tua-tua dulu cakap kalau nak makan kat hotel kenalah sopan-sopan sikit, jangan bawa sangat perangai kampung tu sangat haha.. Aku awal-awal lagi dah siap sebab tak sabar sangat kalau dengar pasal makan ni, lagi-lagi kat hotel 5 bintang siapa yang tak nak betul tak?..

Sebelum menunggu malam, aku dan mak aku apa lagi kami nak jalan-jalan dalam Sunway Pyramid sebab dengar kat situ best dan macam-macam ada. Apa lagi masa inilah masa untuk kami shopping dan kebetulan masa tu kasut mak aku terputus talinya. Jalan punya jalan kami dihiburkan oleh pemuzik yang buat persembahan disini. Memang menarik persembahan mereka jom kita tengok video yang sempat aku rakan menggunakan kamera PENTAX Optio P80 yang bestnya video ni berkualiti HD

VIDEO INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

VIDEO INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Pintu masuk Sunway Resort & Spa Hotel penuh dengan lampu-lampu dan cahaya yang terang menderang. Cantik gila kat sini..

Lukisan dan perhiasan yang digantung kat dinding hotel juga sangat exclusive dan mahal. Berapalah agaknya kos nak buat hotel mewah ni yek.

Lampu-lampu menghiasi Sunway Resort & Spa Hotel

Lampu-lampu menghiasi Sunway Resort & Spa Hotel

Malam ni kami makan malam di Sun & Suff Cafe di dalam Sunway Resort & Spa Hotel. Makanlah apa saja yang nak makan sampai kenyang itulah motif aku malam ni. haha macam boleh habis je nak makan semua.

Ada bermacam-macam juadah disajikan di Lampu-lampu menghiasi Sunway Resort & Spa Hotel ada makanan melayu, makanan laut, kebab, nasi berlauk, kek, kambing panggang dan macam-macam lagi lah. Rugi kalau tak makan dinner kat sini. Harganya juga amat berpatutan sekali. Bila dah cuba macam nak datang lagi ye lepas ni.

Ada salad dan bermacam-macam juadah tersedia..

Aku paling suka bahagian ni.. sebab ada kek kegemukan eehhhh kek kegemaran aku.. apa lagi kek coklat lah.. abis semua aku kaut makan sorang haha.. kesian orang belakang nak makan dah habis.. tapi hotel ni bagus.. kalau makanan habis je diorang cepat-cepat tambah yang baru. Berbaloi lah dengan harga makan kat hotel ni kan.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Kalau rasa nak makan ABC atau Es Kacang ada disini. Boleh buat sendiri ye.. kalau tak tahu guna machine tu boleh tanya staff kat sini mereka semuanya baik-baik belaka.

Tunjuk gambar kek lagi.. arrrhghhhh buat perut aku terasa lapar balik nih..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

kat sini ada Strawberry coklat.. tengok anak orang putih ni makan selamba je.. sedap kot..

Nasi Kambing yang menyengat.. memang syok habislah.. nasi dia pun sedap sangat.

Kebab ayam.. kalau nak order je kat Chef professional tu.. mereka akan sentiasa melayan kita sampai pengsan.

Menu makanan aku.. haha ni baru first round.. malam tu je aku makan sampai 5 round.. perut sampai dah meletop terburai dah..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Jangan jeles kawan-kawan.. 🙂

Mak pandang kamera.. say PENTEX …….

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to My Selangor Story – Hari Keempat (Bhg 2)

  1. melmonica says:

    ohmygosh, love all your pics! cheerios~

  2. admin says:

    thanks melmonica, tapi gambar saya biasa-biasa je.. tak pandai pun hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *