My Selangor Story – Hari Keempat (Bhg 1)

Hari ketiga di My Selangor Story kami melawat Kelip-kelip dan beramah mesra bersama penduduk Homestay Hj. Dorani.  Hari keempat adalah hari terakhir aku bersama keluarga angkat di Homestay Hj. Dorani, pengalaman bersama ibu dan bapa angkat En. Buani dan Pn. Fatimah sangat seronok sekali, mak Fatimah memang baik orangnya, peramah dan pandai masak. Makan malam dan sarapan pagi kami macamkan ada kenduri je memang banyak mak Fatimah ni masak tau. Tapi disebabkan sedap aku dan rakan yang lain bedal lauk pauk sampai licin haha. Bawah ni adalah gambar kenangan terakhir bersama keluarga angkat sebab lepas ni kami akan ke center homestay dan berangkat balik. Sebak rasanya sebab tak dapat lama bersama keluarga angkat ialah inikan pertandingan jadi masa sangat mencemburui kami disini. Insyaalah kalau ada kelapangan aku dan rakan-rakan yang lain akan singgah lagi di Homestay Hj. Dorani ni. Sewaktu pulang saya sempat merakam beberapa gambar kenangan lain di Kampung Hj Dorani. Jom kita tengok..

Kemalife, Aku, Zaraaluwi , Max dan keluarga angkat kami.

Batu penerangan tentang Homestay Sungai Hj. Dorani terletak di markas homestay. Pelancong boleh dapatkan info disini. Nampak tak kereta Iswara hijau tu?.. itulah kereta bapa angkat kami..

Anak jalan disini selamat dan tak banyak kereta. Berbanding tinggal dan hidup di bandar, tak pernah tak ada kereta. Kalau disini anda boleh guling-guling lagi kat atas jalan raya haha tapi jangan la nak guling pulak, keselamatan tanggungjawab sendiri haha.

DYMM Sultan Selangor juga pernah melawat Homestay Hj Dorani Sabak Bernam ni. Ampun Tuantu, Menjunjung kasih Tuanku.

Kak Ning pemandu pelancong kami dengan aksi bermain layang-layang, haha sekali pandang kak ning ni dah macam anak dara nak pikat kerbau tepi sawah daaa.. apa-apa pun kak ning rockksss… memang best dapat berkenalan dengan kak ning..

En.Buani dan Makcik Zara (a.k.a mak aku) bergambar kenangan sebelum pulang.

Penduduk kampung Hj. Dorani mejoritinya berasal dari Jawa, bila dah berkumpul apa lagi mereka ni.. ngomong-ngomong jawa lah.. apaan sihh.. nga paham dong.. haha aku tak faham kalau mereka berbahasa jawa. Tapi yang seronoknya melihat salah seorang peserta My Selangor Story dari Indonesia iaitu alidabdul berbual-bual dengan mereka. Wahhh terlopong kejap tengok mereka berborak, kan best kalau aku pun boleh speaking jawa.. yang aku tahu SIJI LORO TELU PAPAT LIMA ENEM PITU WOLU SANGA SEPULUH

Sebelum berangkat ke Sunway, kami diberi taklimat oleh Alison. Dalam masa yang sama hari ini juga adalah hari jadi Alison, jadi kami kesemua rakan-rakan My Selangor Story mengambil peluang menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Alison. Happy Birthday Alice we love u so much..

Group photo sebelum meninggalkan kampung homestay ini. Lihat Tianchad dan alidabdul ntah apa aksi yang diorang buat hahaha lawak la diorang ni.. arrrhhhhh saya rindukan situasi ini sangat seronok. 🙂

Selesai aktiviti di Homestay Hj. Dorani kami pulang ke Sunway yang juga merupakan salah satu penaja program My Selangor StorySunway City Berhad adalah Official Integrated Resort bagi penajaan hotel dan penginapan kami selama dua hari disini. Dalam itinerary kami akan menginap dan check-in di Sunway Resort & Spa bertaraf 5 bintang, tapi atas masalah-masalah tertentu kami diberikan penginapan di Hotel Pyramid Tower yang bertaraf 4 bintang, walaupun kami tidak dapat layanan seperti di Genting, tapi pihak penganjur tetap berikan kami kemudahan dan percutian yang sangat selesa.

Hotel Pyramid Tower , disini kami share satu bilik dua orang.. dan saya satu bilik dengan www.eyriqazz.com haha nak dengar tak bro Eryqazz berdengkur??.. aku ada rakam video dia tidur berdengkur.. nanti aku uploadkan kat Youtube ye. hahaha abis lah saham bro.. 🙂

Lobby reception di Hotel Pyramid Tower, sangat teratur dan kemas. Jangan risau kalau anda kesini anda tak perlu beratur panjang sebab banyak kaunter dibuka untuk checkin dan checkout. Apa yang buat aku tertarik disini, kesemua pekerja-pekerjanya sangat bersopan santun dan sentiasa senyum kat pelanggan. Haaa macam tu lah yang kita nak, mereka seronok bekerja kita yang bercuti pun jadi lagi seronok kan..

Kemalife dan Kak Zara (Mak) kepenatan baru lepas turunkan bagasi kat lobby hotel. Tengok Citra Rahman dah menguap-nguap dah hahaha.. Citra anda adalah rakan yang  baik yang pernah saya temui.. kapan lagi kita ketemu lagi ya..?.. mau datang Malaysia bilang sama saya dong..

Sebelum makan tengah hari, kami simpan dulu bagasi dalam bilik hotel. Sambil-sambil tu boleh la reviwe dulu tentang bilik hotel Hotel Pyramid Tower ni canti ke tidak ye?..

Cantik tak bilik Hotel Pyramid Tower ni.. cantik kan.. biliknya kemas dan ruangnya juga selesa untuk tinggal dua orang. Aku paling suka kalau katil hotel ada dua bantal.. sebab aku suka tidur banyak bantal.. kadang-kadang tu ada hotel bagi satu bantal je sorang.

Meja solek hotel ni walaupun padat dengan tv LCD Plasma ianya tetap selesa.

Bilik mandi Hotel Pyramid Tower selesa dan bersih.

Kalau ke sini tak perlu nak bawa barangan toilet, semuanya tersedia rapi. Jadi kalau ke sini rancang percutian anda dan boleh jimat bawa beg berat.

Tab mandi yang sangat romantik dan selesa. Boleh muat dua orang kot tab mandi dia ni… tapi kalau dengan saiz badan aku ni.. aku sorang dah cukup. 🙂

Jam dah pukul 1 petang perut pun dah lapar nak makan tengah hari ni, kami kumpulan MSS berkumpul di lobby Hotel Pyramid Tower dan dibawa oleh PR Sunway untuk MAKANNN!!… lokasi tempat makan kami hari ni di Mantra di dalam Sunway Pyramid

Mantra Restaurant & Bar

Lot G1.42, Ground Floor, Sunway Pyramid
No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7492 0488
Fax: 03-7492 0477
email: info@mantrasunway.com

Kalau ke Mantra anda boleh lihat orang main ice skating dari tingkat atas Sunway Pyramid.

kalau di bahagian cermin restoran Mantra ni anda boleh menikmati pemandangan taman tema Sunway Lagoon disini.

Ambil cepat abang-abang ku sekalian… bila masa makan je berebut masing-masing nak makan hahaha.. makanan kat sini ala-ala masakan Indian dan asia, dan rasanya sangat enak sekali. Aku paling suka air manggo tu.. memang sedap gila lah..

Max makan apa tuh? nampak menyelerakan je.. jangan ambil banyak-banyak ye nanti aku pun nak makan.

Dua gelas air manggo memang memukau tekak aku dengan makanan yang lazat sambil menikmati pemandangan Sunway Lagoon memang cayalah.. Good 🙂

Amelia memberikan taklimat tentang aktiviti lain pada hari keempat ni.. hari keempat selepas makan tengah hari ni kami diberi kebebasan untuk berehat dan mengemaskini blog jika mahu. Sebab disebelah makan nanti ada dinner yang sangat umphhh! di Sunway Resort Hotel & Spa.

Tunggu cerita saya seterusnya… sebelum tu klik link bawah ni untuk mengundi saya ye. 🙂 Terima kasih banyak-banyak.

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

Hari ketiga di My Selangor Story kami melawat Kelip-kelip dan beramah mesra bersama penduduk Homestay Hj. Dorani.  Hari keempat adalah hari terakhir aku bersama keluarga angkat di Homestay Hj. Dorani, pengalaman bersama ibu dan bapa angkat En. Buani dan Pn. Fatimah sangat seronok sekali, mak Fatimah memang baik orangnya, peramah dan pandai masak. Makan malam dan sarapan pagi kami macamkan ada kenduri je memang banyak mak Fatimah ni masak tau. Tapi disebabkan sedap aku dan rakan yang lain bedal lauk pauk sampai licin haha. Bawah ni adalah gambar kenangan terakhir bersama keluarga angkat sebab lepas ni kami akan ke center homestay dan berangkat balik. Sebak rasanya sebab tak dapat lama bersama keluarga angkat ialah inikan pertandingan jadi masa sangat mencemburui kami disini. Insyaalah kalau ada kelapangan aku dan rakan-rakan yang lain akan singgah lagi di Homestay Hj. Dorani ni. Sewaktu pulang saya sempat merakam beberapa gambar kenangan lain di Kampung Hj Dorani. Jom kita tengok..

Kemalife, Aku, Zaraaluwi , Max dan keluarga angkat kami.

Batu penerangan tentang Homestay Sungai Hj. Dorani terletak di markas homestay. Pelancong boleh dapatkan info disini. Nampak tak kereta Iswara hijau tu?.. itulah kereta bapa angkat kami..

Anak jalan disini selamat dan tak banyak kereta. Berbanding tinggal dan hidup di bandar, tak pernah tak ada kereta. Kalau disini anda boleh guling-guling lagi kat atas jalan raya haha tapi jangan la nak guling pulak, keselamatan tanggungjawab sendiri haha.

DYMM Sultan Selangor juga pernah melawat Homestay Hj Dorani Sabak Bernam ni. Ampun Tuantu, Menjunjung kasih Tuanku.

Kak Ning pemandu pelancong kami dengan aksi bermain layang-layang, haha sekali pandang kak ning ni dah macam anak dara nak pikat kerbau tepi sawah daaa.. apa-apa pun kak ning rockksss… memang best dapat berkenalan dengan kak ning..

En.Buani dan Makcik Zara (a.k.a mak aku) bergambar kenangan sebelum pulang.

Penduduk kampung Hj. Dorani mejoritinya berasal dari Jawa, bila dah berkumpul apa lagi mereka ni.. ngomong-ngomong jawa lah.. apaan sihh.. nga paham dong.. haha aku tak faham kalau mereka berbahasa jawa. Tapi yang seronoknya melihat salah seorang peserta My Selangor Story dari Indonesia iaitu alidabdul berbual-bual dengan mereka. Wahhh terlopong kejap tengok mereka berborak, kan best kalau aku pun boleh speaking jawa.. yang aku tahu SIJI LORO TELU PAPAT LIMA ENEM PITU WOLU SANGA SEPULUH

Sebelum berangkat ke Sunway, kami diberi taklimat oleh Alison

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *