My Selangor Story – Hari Ketiga (Homestay Hj.Dorani & Kelip-Kelip)

Ini adalah kali pertama aku ke homestay, sebelum ni selalu dengar dan tengok di TV je tentang homestay ni. Mula-mula tu agak berat juga nak ke sini maklumlah aku menyertai program My Selangor Story ni pun dengan mak aku, jadi perasaan nak beribu angkat berbapa angkat tu agak kurang sikit. Mungkin aku tak boleh terima kasih sayang keluarga angkat lain selain ibu bapa kandung aku sendiri. Tapi apa nak kesah, inikan pertandingan jadi aku perlu tolak tepi semua perasaan yang menyekat aku untuk terus berusaha dalam program My Selangor Story ni. Lagipun aku tak pernah merasai suasana dan hidup di kampung, selalu kalau masa beraya teringin sekali nak balik kampung tapi apakan daya kampung aku kat Kuala Lumpur dah jadi kampung moden, jadi inilah masanya untuk aku menikmati sepuas-puasnya hidup dan suasana di desa permai, nak dengar kicauan burung, nak tengok sawah bendang dan macam-macam lagilah.

Sampai di Homestay Hj.Dorani lebih kurang pukul 3.30 petang dan kami disambut dengan meriah oleh penduduk-penduduk kampung disini. Agak terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan, kerana inilah yang aku harapkan bila sampai disini. Suasana meriah dengan alunan pukulan kompang menyambut kedatangan kami semua. Siap ada bunga manggar lagi dah macam sambut vip pula haha..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Selamat datang ke Homestay Haji Dorani itulah laungan penduduk kamput ketika menyambut kedatangan kami kesini. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman tinggal di homestay boleh lawati laman web mereka di http://www.doranihomestay.blogspot.com/

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Kami disambut bagaikan pengantin dan tetamu vip oleh penduduk kampung. Warga kampung dan para wanita juga turut terlibat dalam acara kompang. Tak sangka aku mak angkat aku pun pandai main kompang.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bapak-bapak dan anak muda juga turut terlibat, haaa korang nak tahu tak yang mana satu bapak angkat kau.. tu yang nombor tiga dari kiri pakai kopiah.. nama dia En.Buani dan mak angkat kami namanya Siti Farimah.. mereka semua ni sangat baik dan melayan kami macam anak mereka sendiri.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Kuih muih yang sedap dihidangkan untuk kami semua. Ada kuih karipap dan kuig ketayap..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Persembahan tarian Kuda Kepang dipersembahkan kepada kami. Wahhh inilah aksi yang paling aku suka sekali dan inilah pertama kali aku menyaksikan persembahan Kuda Kepang.. ingat nak cuba tapi malulah.. 🙂

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

http://www.msxeroz.com/ tengah mengikut langkah abang sebelah. Bestkan belajar dan main Kuda Kepang ni.. apa pendapat anda msxeroz?

Ini adalah hantu, pengacau, penjahat dan lain-lain… haha ini adalah watak penjahat dalam persembahan Barongan.  Mengikut bapak angkat aku watak dalam persembahan ni ada banyak salah satunya adalah watak maknyah.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu di Malaysia – Wikipedia

Persembahan Barongan amat memukau pandangan aku waktu ini. Ada berjenaka, sedih dan sebagainya.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bapa angkat (En Buani), Kemalife, Zaraaluwi, Max dan aku.. masa ni aku seronok sangat sebab dah dapat bapa angkat.. lagi aku happy sebab mak aku pun berbapa angkat yang sama, jadi kami berempat tinggal serumah dengan en. Buani dan mak Fatimah. Nasib baik bapa angkat kami ada kereta sebab rumah bapa angkat dan center homestay ni agak jauh lebih kurang 5 kilometer perjalanan. Apa-apa pun kami senang bersama bapa dan mak angkat kami disini.

Ini bahagian luar rumah bapa angkat. Cantik bukan?.. siap ada katil lagi kat luar rumah… siapa balik lambat nanti bapa angkat kunci pintu dan tidur di luar haha. taklah bapa angkat kami baik, sebenarnya katil tu saja buat perhiasan dan tempat berehat bagi anak cucu bapa angkat kami ni. Sebab katanya kalau cucu dia balik kampung penuh satu rumah jadi kawasan luar inilah jadi tempat bermain cucu mereka.

Perigi atau kolam takungan?.. cepat teka?.. jawapannya adalah kolam takungan air hujan haha.. air ini bak kata mak angkat aku tu untuk tujuan menyiram pokok diluar rumah, kat belakang rumah ni banyak tanaman seperti pokok pisang, pokok kelapa, pokok limau dan banyak lagi. Jadi untuk menjimatkan kos air takungan hujanlah cara terbaik untuk menyiram pokok, selain tu boleh buat air basuh kaki kalau nak masuk rumah.

Aku suka gambar ni, bunga yang tumbuh dibelakang rumah pak buani dan mak fatimah ni.. cantik kan?..

Pokok kelapa dibelakang rumah bapa angkat kami.. tingginya.. mana nak dapat kat KL pokok kelapa macam ni ye?.. rasa macam nak panjat je ambik buah kelapa tu..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Kuih Lepat, Dodol dan kek lapis menjadi minuman petang kami disini.. semuanya home made tau.. sedap sangat..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80


Kuih raya pun ada.. semuanya homemade oleh mak fatimah..

Waktu malam semakin tiba, tepat pukul 7 malam kami diminta untuk dihantar oleh keluarga angkat kami ke center homestay sebab lepas ni kami akan berangkat ke Kampung Kuantan untuk melihat sendiri Kelip-Kelip malam disana. Bukan senang untuk melihat kelip-kelip diwaktu malam sebab ada orang cakap kelip-kelip hanya boleh dilihat di dua tempat satunya di Thailand dan satu lagi disini Malaysia.  Perjalanan mengambil masa 45minit dari Homestay Hj Dorani ke Kampung Kuantan ni. Dalam perjalanan aku tertidur sebab terlalu penat dengan aktiviti disiang hari tadi.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Sedikit info yang diperolehi mengenai Kelip-Kelip atau Fireflies.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Anda perlu memakai jeket keselamatan sebelum menaiki sampai untuk menyaksikan kelip-kelip disini, keselamatan adalah amat penting sebelum menaiki sampan sebab seingat aku sungai ni banyak buaya hehe.. Ingat jangan sesekali mengambil kelip-kelip untuk dibawa balik sebab anda boleh disaman dan didakwa.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Dalam satu sampan boleh dimuatkan 3 hingga 4 orang sahaja dalam satu perjalanan.. lebih tak boleh nanti takut tenggelam pula sampan tu.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Nampak tak cahaya bintik-bintik dalam gambar diatas tu… itulah sebenarnya kelip-kelip.. gambar ni mak aku rakam menggunakan kamera jenama Pentax.. cantik kan.. kalau datang sendiri tengok lagi cantik. Kelip-kelip amat sukakan pokok mangrove trees (pokok berembang) dan disinilah habitatnya berkembang. Info yang aku dapat jangka hayat kelip-kelip hanya dalam masa 2 minggu je, sebab tulah ia semakin pupus sekarang ni. Kerajaan Selangor juga telah mewartakan sepanjang 7km sungai dari tempat pembiakan kelip-kelip tak boleh ada sebarang pembangunan, ini bagi menjaga dan membanyakkan lagi habitat kelip-kelip ni.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Aku dan eyriqazz menikmati pemandangan sungai dan kelip-kelip dikampung kuantan ini.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

En.Zulkifli menerangkan dan memberi info tentang kelip-kelip

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Panggung Mini tempat dimana penerangan dan tayangan video tentang kelip-kelip ditayangkan disini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga angkat kami dibelanja oleh Tourism Selangor makan di Satay Hut Tanjung Karang, Sate disini terdapat dua saiz iaitu saiz besar dan saiz kecil, rasa satenya pun enak dimakan dengan kuah sate yang sedap.

Sebut elok-elok ye… Satay Hut bukan pronounce macam Pizza Hut tau.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Sate kat sini memang laris macam goreng pisang sekejap je letak dah licin.. mejoriti pelanggan kedai ini adalah penduduk tempatan dan selebihnya pelancong macam aku ni.

Akak senyum sikit kak.. sedap nampak sate tu… nasib baik akak ni tutup mulut tak nampak gigi.. kalau dia buka mulut mesti nampak melopong sana sini hehe..

Sedap kan.. terliur aku masa aku update blog ni.. teringin nak kesana lagi lepas ni..

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to My Selangor Story – Hari Ketiga (Homestay Hj.Dorani & Kelip-Kelip)

  1. aisumichan says:

    waaa~ seronok.. sumi pun xpernah pergi homestay lagi.. nk try jugak la nnt..

  2. homestay haji doraini mmg popular gitew.,..

    ada gak ramai blogger yang selalu kesana…

    cam teringin lagi nak buat program homestay… macam menarik.. last bro buat pun tahun 2008… dalam 56 orang yang terlibat

  3. admin says:

    bagus juga idea tu bro … nanti boleh la saya join..

  4. admin says:

    memang seronok aisumichan nanti pergilah sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *