My Selangor Story – Hari Ketiga (Genting & Air Terjun Kanching)

Hari ni masuk hari ketiga saya dan kawan-kawan yang lain dalam program My Selangor Story, memang banyak kenangan yang tak dapat dilupakan dua hari yang lepas. Resort World Genting merupakan destinasi yang paling seronok yang saya lalui dalam program ini dah tema Genting pun (City of Entertainment). Mana taknya dengan layanan VVIP membuat semua peserta MSS gembira. Hari ini kami akan berangkat ke Haji Dorani Homestay di Kuala Selangor. Sebelum berangkat kami bersarapan di tingkat 28, Hotel First World World Club Lounge, hidangan makanan disini secara buffet dan makanannya sangat sedap. Hanya orang-orang tertentu dan vip je boleh makan kat tingkat ini, tapi kami amat bertuah sebab dapat merasinya. Pemandangan di World Club Lounge, pada waktu pagi amat cantik sekali, disini kita dapat menikmati pemandangan taman tema Genting dari atas dan keseluruhan taman tema boleh dilihat melalui cermin kaca di World Club Lounge.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Pemandangan Taman Tema Genting dan Hotel Genting dari tingkat 28, World Club Lounge

Maaf ye tak dapat nak pandang kamera sebab makanan kat sini teramat sedap. Bukan calang-calang orang boleh makan kat sini tau.. terima kasih sangat-sangat kepada Resort World Genting atas penajaan ini.

Ada sesiapa yang suka Salad? … macam pilihan makanan ada..

Aneka roti boleh dipilih.. makanan berat pun ada nasi goreng, mee goreng.. semua makanan di World Club Lounge ni sangat sedap.

Selepas bersarapan di World Club Lounge kami bersiap dengan bagasi kami untuk berangkat ke Kuala Selangor, turun je di lobby Hotel First World kami disambut oleh staff-staff Resorts World Genting yang sangat ceria. Peristiwa yang paling seronok sekali pagi tu Jerome Murat ataupun nama sebenarnya (Charles Gluck) kalau anda ingat lagi entry hari kedua saya, dialah yang membuat persembahan di Dazzle – A Mystifying Journey. Memang seronok bertemu dia ni sebab orangnya ramah dan suka berjenaka. Tapi bila tengok persembahannya dalam Dazzle – A Mystifying Journey amat memukau sekali.. macam mana lah dia boleh berdiri macam patung tu yek?..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Mr Philip dan PR Resort World Genting membantu dylan3008 menguruskan bagasinya.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bergambar kenangan bersama Jerome Murat (Charles Gluck), waahhh memang tinggi dia ni.. dan amat peramah. Dia sanggup turun waktu pagi ni semata-mata nak ucapkan selamat jalan kepada semua blogger My Selangor Story. Memang bestlah dia ni tak sombong dan baik hati.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bergambar kenangan saat akhir di Resorts World Genting , cuba tengok Abang Ben kat belakang tu tah apa tah aksi lucunya haha..

Perjalanan balik diteruskan dan kami singgah di Tokong Chin Swee untuk lawatan MSS.

Pintu gerbang ataupun pintu masuk kedua Tokong Chin Swee. Menurut pemandu pelancong kami “Kak Ning” pembinaan tokong ni ada ceritanya. Ceritanya macam ni, masa mula-mula Tan Sri Dato Seri (Dr.) Lim Goh Tong bina dan nak buka Genting ni, beliau dan pekerja-pekerjanya berehat disatu kawasan ni. Semasa berehat beliau tertidur dan bermimpi bertemu dengan dewi Chin Swee. Dalam pertemuan itu Dewi Chin Swee menasihati Tan Sri supaya membangunkan dan membina sesuatu ditanah ini dan beliau akan jadi kaya sekiranya berbuat demikian. Apabila terjaga dari tidur, Tan Sri terus berniat untuk membina tokong dimana tempat beliau tidur itu. Tokong ini mengambil masa yang lama untuk dibina kerana kedudukan tanah yang tidak rata dan berbatu. Kini Tokong Chin Swee telah siap sepenuhnya dan menjadi tempat beribadah bagi agama Buddha dan sebagai satu tarikan pelancongan dikawasan Genting ini.

Lihat apa itu abang-abangku ini… mungkin mencari ilham untuk update blog tentang My Selangor Story rasanya. Eyriqazz, Abang Ben dan azuan1880

Tan Sri Dato Seri (Dr.) Lim Goh Tong Memorial Hall

Selesai sudah cerita di Resort World Genting kini kami dalam perjalanan ke Homestay Haji Dorani, tapi dalam perjalanan nanti kami akan dibawa ke air terjun Kanching yang terletak di Rawang Selangor. Disini terdapat beberapa paras untuk pendakian, lagi tinggi anda daki lagi cantik pemandangan air terjunnya. Tapi saya dan peserta yang lain tak naik tinggi sangat, tengok je lah badan kami yang agak comel ni baru naik berapa meter dah termengah-mengah haha.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Lastik burung yang dijual di gerai sekitar Air Terjun Kancing.. huh kat sini banyak monyet mungkin senjata ini adalah senjata terbaik untuk menghalau mereka. Tapi jangan lastik monyet itu dengan batu sudahlah.. sekadar takut-takutkan monyet itu sudah memadai.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Hutan Lipur Kancing merupakan hutan simpan yang masih terjaga.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Pesanan dan amaran dari pihak Tourism Selangor, kalau ke sini berhati-hatilah ye dan jaga diri sendiri.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Air sungai yang mengalir sangat tenang dan jernih, sesekali ternampak anak-anak ikan bermain disini. Sayangilah alam sekitar kalau kesini harap tidak buang sampah merata-rata ye.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Kak Ning pemandu pelancong kami walaupun dah akak-akak tapi dia steady je naik tanga ni.. peserta lain dah tercungap-cungap.. hehe kak ning jangan marah ye.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Air Terjun Kancing yang sangat jernih dan terjaga airnya. Sesuai untuk aktiviti riadah bersama rakan dan keluarga.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Air terjun yang tak berapa tinggi, tapi cuba daki naik atas lagi.. lagi cantik.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Setelah penat mendaki untuk melihat keindahan flora dan fauna serta air terjun di Kanching ni, kami makan tengah hari iaitu menunya KFC yang ditaja oleh Tourism Selangor. Memang seronok dapat picnic ditepi anak sungai bersama rakan-rakan yang lain.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Ingat tak lastik tadi?… haaa tengok ni monyet-monyet disini agak nakal sikit.. lepas je kami makan KFC dia dah selongkar balik dalam tong sampah haha.. nak buat macam mana, kadang-kadang lucu juga tengok aksi binatang ni nak marah pun tak jadi. 🙂


Okey tunggu cerita selanjutnya di Homestay Hj Dorani dan Kelip-Kelip di Kampung Kuantan pada entey seterusnya.

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to My Selangor Story – Hari Ketiga (Genting & Air Terjun Kanching)

  1. CikLilyPutih says:

    all the best zaid, entry awak best2!

  2. admin says:

    terima kasih CikLilyPutih, sekarang ni tengah pecah otah update lagi 4 entry pasal my selangor story… 🙂 jangan lupa vote zaid tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *