My Selangor Story – Hari Kedua (Royal Selangor)

Hari ini hari kedua perjalanan saya bersama rakan-rakan dalam program My Selangor Story. Setelah hari pertama berjalan dengan baik kini saya akan meneruskan perjalanan ke destinasi Selangor yang lebih menarik pada hari kedua. Seawal pagi lagi kami telah siap berkemas dari Hotel Carlton Shah Alam, sarapan di Hotel Carlton untuk kesemua para blogger yang terlibat, Dalam masa yang sama waktu inilah yang sesuai bagi saya untuk lebih lagi beramah mesra dan sesi berkenalan dengan blogger hebat yang lain. Makanan di Hotel Carlton Shah Alam tidaklah sehebat mana kenara pilihan makanannya tidak banyak, pihak hotel juga tidak menambah lauk yang sudah habis. Rakan-rakan saya yang lain ramai yang tidak dapat menikmati hidangan yang disediakan kerana kesemuanya telah habis walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. Diharap pihal pengurusan hotel dapat menitik berat tentang aspek hidangan makanan dan kebersihan selepas ini.

Tepat jam 9.00 pagi kami menaiki bus menuju ke Royal Selangor yang terletak di Setapak Kuala Lumpur. Royal Selangor adalah sebuah produk barangan piuter yang terkenal di Malaysia dan di seluruh dunia ditubuhkan pada 1885 oleh Yong Koon yang berasal dari negara China. Sebelum itu ia dikenali sebagai Selangor Pewter dan pada tahun 1992 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Namanya diubah menjadi Royal Selangor. Ini adalah kali pertama saya melawat Royal Selangor memang banyak pengalaman yang saya perolehi disini. Disini anda boleh melawat pameran bahan-bahan dan barangan pewter dari Royal Selangor. Waktu operasinya dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan yang paling bestnya orang-orang kat  Royal Selangor ni semuanya baik-baik belaka.

Selamat Datang, Antara Gambar-Gambar yang menarik di Royal Selangor

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Antara bahan pameran di Royal Selangor

Buaya tembaga antara salah satu tarikan dipameran Royal Selangor

Tapak tangan pewter oleh pekerja-pekerja di Royal Selangor, disini bagi pekerja yang telah berkhidmat selama 5 tahun akan diberikan penghormatan membuat tapak tangan pewter sendiri dan diletakkan didinding pameran Royal Selangor.

Apa itu Pewter?.. Sn + Sb + Cu = Pewter tak paham?.. haa sila datang sendiri ke Royal Selangor.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Ini adalah antara pekerja-pekerja Royal Selangor yang sedang bertungkus lumus mencipta dan mereka pewter untuk dijual. Hehe gambar saya tu abaikan ye.. saya saja menyebok tolong makcik-makcik yang sedang membuat pewter tu. Untuk pengetahuan anda semua disini ramai pekerja perempuan sebabnya perempuan lebih tekun dan lebih halus pembuatannya berbanding lelaki.

Jangan tak tahu ye.. Royal Selangor juga adalah pereka pingat-pingat sukan antarabangsa dan salah satunya pingat untuk F1.

Di Royal Selangor anda bukan sekadar dapat melawat dan melihat pewter-pewter yang direka oleh staff Royal Selangor tetapi anda juga boleh membuat pewter cenderamata anda sendiri. Dalam perjalanan My Selangor Story saya diberi peluang untuk mencuba sendiri bagaimana membuat pewter didalam School of Hard Knocks, disini anda akan diberikan sekeping pewter berbentuk bulat leper dan anda akan diajar bagaimana untuk membentukkan pewter ini menjadi sebiji mangkuk aiskream. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan disini apatah lagi ianya diberikan secara percuma kepada semua blogger My Selangor Story.

Ini adalah huruf A-Z untuk digunakan dalam kelas School of Hard Knocks

Kepingan pewter leper itu diletakkan didalam acuan bulat, kemudian ketuk sampai kepingan pewter tu menjadi mangkuk

Ini adalah cikgu yang mengajar saya mengetuk pewter… terima kasih cikgu..

Ini adalah pewter Yoon Koon yang direka dan diletakkan didalam bilik pameran

Datin Paduka Chen Mun Kuen merupakan pengarah di Royal Selangor dan dia juga cucu perempuan pengasas Royal Selangor. Datin Paduka menceritakan tentang kisah Melon Teapot Saga kepada kami. Terima kasih Datin Paduka.

Terima kasih..anda akan diberikan sijil ini jika anda berjaya membuat pewter anda sendiri dalam kelas School of Hard Knocks, Datin Paduka Chen Mun Kuen menyerahkan sijil ini kepada saya jadi lepas ni saya bolehlah apply kerja kat sini ye hehe..

Tank ini pernah dicatatkan didalam The Guinness Book Of Records – The World’s Largest Tanked

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com


MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to My Selangor Story – Hari Kedua (Royal Selangor)

  1. Luth Textile says:

    tengok dah dalam tv.. pasal ni

  2. admin says:

    TV mana luth?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *