My Selangor Story – Hari Kedua (Genting Highland)

Hari ini penuh dengan aktiviti, selepas melawat Royal Selangor pada waktu pagi, kini kami dibawa menaiki ke Genting Highland untuk bercuti disana. Mesti ramai diantara anda keliru kenapa kami dibawa ke Genting?.. bukankah Genting terletak di negeri Pahang?.. baca entry saya selanjutnya dan anda akan temui jawapan kenapa kami ke Genting Highland. Pengamalan di Genting Highland tidak akan saya lupakan, siapa sangka layanan yang diberikan oleh pihak Resorts World Genting sangat bagus. Saya tidak pernah bercuti di Genting Highland dengan layanan super VVIP seperti ini, sangat teruja dan seronok sangat.

Sampai di Genting kami 30 blogger MY Selangor Story 2010 disambut bagaikan tetamu khas VVIP, pada hari itu kesemua blogger berpeluang makan tengah hari secara tertutup bersama YB Elizabeth Wong, Selangor’s EXCO for Tourism, Consumer Affairs & Environment serta bersama Dato Anthony Yeo, Senior Vice President of PR & Communications Genting Malaysia Berhad. Bukan senang-senang nak bertemu malah makan bersama mereka ni tau, inilah pengalaman yang paling indah sekali di Genting.

YB Elizabeth Wong dan Dato Anthony Yeo bergambar sambil ditemani oleh Tabby dan Ellie

Saya dan mak bersama maskot Genting Tabby dan Ellie, teringat pada adik saya, dia memang suka dengan maskot Tabby dan Ellie ni.

YB Elizabeth Wong dan  Dato Anthony Yeo menyampaikan cenderamata kepada kesemua blogger. Terima kasih Genting, kalau kawan-kawan nak tahu dalam beg kertas ni ada RM100 prepaid Holiday Card oleh Resorts World Genting dan 10000 World Points(WP) dalam World Card bernilai RM100, kesemuanya bernilai RM200. Jadi boleh shopping dan makan sepuas-puasnya di Genting.

Makanan tengah hari ini sangat sedap dan ditaja oleh Resorts World Genting, PR dari Genting juga sangat baik dan kami berbual-bual sambil bertuka pendapat dan pangangan antara satu sama lain. Manalah tahu kot-kot lepas ni pihak Genting nak Sponsor saya ke Genting lagi kan 🙂

Selepas makan tengah hari kami dibawa melawat ke The Visitor’s Galleria. Disini banyak info tentang sejarah dan pingat-pingat yang telah dimenangi oleh Genting dipamerkan disini. Disini kami diberi penerangan oleh Mr. Philip mengenai Genting Highland. Sebut saja Genting Highland mesti kita teringatkan mendiang Tan Sri Dato’ Dr. Lim Goh Tong, beliaulah yang mula membuka kawasan di tanah tinggi Genting ini. Dari susah hingga menjadi jutawan, itulah dia Tan Sri Dato’ Dr. Lim Goh Tong.

Trivia : Apa yang anda perlu tahu tentang Genting Highland :-

1 ) Asia’s leading integrated leisure & entertainment resort

2) 19.5  million visitors in 2009

3) Over 10,000 rooms at the resort

4) 2 million  Genting loyal  World Card members

5) 13,000 employees

Untuk pengetahuan anda semua, Genting Highland juga dibawah kawasan negeri Selangor dan Pahang. 25% tanah di Genting adalah terletak di kawasan Selangor dan selebihnya di Pahang. -Rujuk Rajah Diatas –

Selesai makan tengah hari kami Check-in di Hotel First World Genting, disini kami tidak perlu beratur untuk Check-in kerana semuanya sudah disediakan oleh pihak sponsor. Kalau anda ke sini tidak perlu risau banyak kaunter dibuka untuk check-in, tidak perlu risau dan tidak perlu beratur panjang. Itulah yang menariknya di Hotel First World, kalau anda nak tahu juga hotel ini telah dicatatkan dalam rekod dunia sebagai hotel terbesar. Memang besar pun disini je ada lebih kurang 6118 ribu bilik iaitu 3228 bilik di tower 1 dan 2890 bilik di tower 2. Tengok gambar kat atas tu, tulah bilik yang saya dapat.. yang bestnya disini diberi satu bilik setiap seorang, wahhh memang best sangat bilik yang sangat selesa dan saya akan tidur dengan nyenyak pada malam ni.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Pihak sponsor telah menaja tiket masuk ke taman tema Genting ini dengan percuma. Sudah lama tidak ke Genting bersama mak, inilah peluang keemasan yang saya dapat semasa bercuti bersama My Selangor Story. Kenangan yang tidak akan saya lupakan.

Amacam?.. macam kat London tak?.. haha  inilah antara tarikan di Genting Highland, rugi kalau tak ambil gambar disini.

Ini adalah hadiah patung kalau main game (Funfair) kat sini,…Saya tak menang main game ni… kalaulah saya dapat teddy bear ni saya nak hadiahkan kepada Alice.

Bergambar dengan kenderaan ini dan dibelakang tu adalah rumah hantu.

Antara tarikan dan permainan di taman tema Genting

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bagi yang suka extreme boleh mencuba Go-kart

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Bagi orang yang bukan beragama islam anda boleh berkasino disini, dan bagi yang beragama islam anda boleh berlibur dan bershopping didalam First World Plaza kerana disini terdapat banyak kedai-kedai yang boleh dikunjungi. Makanan islam juga banyak disini, jadi bagi yang beragama islam tu jangan risaulah banyak makanan halal.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Satu yang saya paling gembira sekali bila pihak sponsor iaitu Resorts World Genting dengan murah hati memberikan tiket masuk untuk menyaksikan persembahan Dazzle – A Mystifying Journey yang sangat hebat sekali. Dalam banyak-banyak persembahan saya paling suka persembahan Jerome Murat aksi patung berkepala dua.

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to My Selangor Story – Hari Kedua (Genting Highland)

  1. serol says:

    wahh.. best nye dapat pergi sana. full sponsor lagi.. 😀

  2. Aku says:

    Bestnya! Nak pergi jugak la 😉

  3. admin says:

    lor orang dah balik baru nak join hehe next time lah ye..

  4. Pingback: My Selangor Story – Hari Ketiga (Genting & Air Terjun Kanching) » Aku Zaid

  5. Pingback: Aku Zaid » Mini Gath #MSS @ Glitz Genting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *