My Selangor Story – Hari Pertama

VIDEO INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio WS80

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program My Selangor Story – Blogger Competition yang berlangsung dari 23-28 September 2010, terutamanya para penaja yang sudi menaja semua kelengkapan, keperluan dan penginapan untuk semua para blogger iaitu terdiri dari FireFly, Reasort World Genting, Sunway City Berhad, Pentax, P1 Broadband, Pusat Perubatan Tropicana Medical Center, Haven, Klue, Royal Selangor, KomunitiKini, Aceh Blogger, Ping, I-City dan Mybloggercon.com juga kepada pihak penganjur Tourism Selangor dan penganjur bersama Horizon Communications. Tanpa sumbangan dan usaha anda semua program ini tidak akan berjaya, juga kepada YB Elizabeth Wong yang sangat berdedikasi dalam menjayakan program jelajah My Selangor Story bersama blogger dari tanah air Malaysia, Singapura dan blogger dari nusantara Indonesia.

Hari ini ini 23-September-2010 bermulalah langkah pertama untuk berhibur sambil menimba ilmu bersama blogger lain selain merebut hadiah lumayan yang ditawarkan dari pihak penaja. Jam menunjukkan pukul 09.00 pagi,  saya dan mak (Zaraaluwi.com) yang juga terpilih untuk program ini sudah bersedia untuk berjuang. Dari rumah saya dan mak memulakan perjalanan ke Subang Skypark Terminal dengan menaiki penggangkutan awam iaitu KTM Komuter dari Bandar Tasik Selatan dan terus ke stesen Setia Jaya, tambang hanya RM2.50 untuk satu perjalanan, waahhh dah macam destinasi budget pula ka, maklumlah saya jarang menaiki komuter jadi agak kekok dan takut sekiranya tersalah train.  Sampai di stesen Setia Jaya saya mengambil keputusan untuk menaiki teksi (bayaran RM25) sahaja sebab melihat emak yang dah tak larat nak berjalan dengan beg yang berat dan hari mula hujan. Walaupun emak saya sudah bergelar “Makcik Zara” tetapi semangatnya untuk memenangi pertandingan ini tetap kuat.  Saya tidak kesah sekiranya emak atau sesiapa saja peserta yang lain menang pertandingan ini, tujuan pertama saya menyertai program ini adalah untuk memartabatkan lagi nama Selangor khasnya dan Malaysia dimata dunia.

Ni gambar kat rumah masa nak keluar pergi program My Selangor Story , walaupun sedih meninggalkan rumah tapi saya tetap seronok kerana dapat melawat bandar-bandar didalam daerah Selangor.

Di KTM Stesen Setia Jaya, masa ni saya dan mak dah penat sebab beg berat sangat, jadi kami naik teksi terus ke Subang Skypark. Harga teksi antara RM20-RM25, saya terkena RM25 dan teksi tidak bermeter. Nak buat macam mana, dah malas ank naik bus hehe.

Tiba di Subang Skypark Terminal pada jam 01.20 petang, saya dan emak mengambil keputusan untuk jalan-jalan didalam terminal dan melihat keindahan terminal yang dulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan telah beroperasi sejak dari 30 Ogos 1965. Subang Skypark Terminal kini menjadi destinasi penerbangan tambang murah bertaraf antarabangsa iaitu FireFly ke Alor Setar, Batam, Johor Bahru, Kerteh, Koh Samui, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Langkawi, Medan, Pekanbaru, Penang dan Singapura.

Tepat jam 03.00 petang di Kapitan Kopitiam semua para 30 blogger yang terlibat sudah bersedia berkumpul dan tak sabar untuk  menjelajah dan mengeksplorasi  bumi Selangor. Rakan-rakan dari  Penang, Singapura dan Indonesia (Aceh) juga sudah sampai ke Malaysia. Wahhh dengar cerita dari rakan-rakan seberang membuat saya begitu teruja kerana mereka mendapat layanan first class dari pihak penaja FireFly. Mendengar saja cerita mereka membuat saya begitu bangga kerana FireFly adalah sebuah syarikat tambang murah tetapi layanan kepada para penumpang bagaikan “Red Carpet”  dan harganya begitu murah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Semasa di Kapitan Kopitiam kami diberi taklimat dan peneranga dari pihak penganjur dan pihak penaja perjalanan kami iaitu FireFly telah memberikan hadiah t-shirt yang sangat cantik. Sungguhpun saya tak muat baju yang diberi tapi saya amat berterima kasih kepada FireFly kerana tanpa anda perjalanan misi ini tidak akan berjaya.

Cantik tak baju jersi FireFly ni?.. memang cantik.. kami semua 30 blogger dapat seorang satu.

Inilah kepten dan anak kapal FireFly yang membawa rakan-rakan dari Indonesia. Mereka ni memang ramah dan ceria. Sebab itulah FireFly menjadi pilihan orang ramai sekarang ni.

Inilah rakan-rakan baru yang saya baru kenal, ada dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Semuanya baik-baik belaka. Tapi ingat kita dalam pertandingan hehe.

Encik Raja Sa’adi dari FireFly selaku Official Airlines memberikan sepatah dua kata dan sekaligus merasmikan program MY SELANGOR STORY Bloggers Competition

Selesai sesi berkenalan dan bergambar di lobi Subang Skypark Terminal kami semua menaiki bas dan dibawa melawat sekitar Shah Alam.  Puan Nirma Ningseh atau nama glamour nya “Kak Ning” selaku pemandu pelancong untuk perjalanan kami sepanjang pertandingan ini sangat ramah dan sangat bijak, sebut saja pasal Selangor semuanya dia tahu.  Banyak maklumat tentang Shah Alam yang saya diperolehi dari beliau yang tidak kedekut ilmu.  Bila saja beliau menyebut nama Sultan Selangor sekarang barulah saya teringat Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz.  DAULAT TUANKU. Wahh tak sangka rupanya di Shah Alam tiada panggung wayang, ya memang betul ini adalah fakta yang saya perolehi dari beliau kerana di Shah Alam terletaknya kediaman Sultan jadi ketertiban dan kesusilaan rakyat menjadi faktor penting di Shah Alam.

Kami para blogger kemudiannya dibawa ke tepat penginapan di Carlton Holiday Hotel & Suites di Shah Alam.  Ini adalah kali pertama saya menginap hotel di Shah Alam, dan berkongsi bilik di No318 bersama Encik Iman dari Kuala Lumpur. Carlton Holiday Hotel & Suites merupakan hotel yang sederhana selesa sebab penghawa dingin pada waktu malam tidak berapa sejuk. Bukan niat saya untuk mengutuk Carlton Holiday Hotel & Suites tapi ini komen dari saya sebagai pengunjung yang menginap disini. Harap pihak Carlton Holiday Hotel & Suites dapat menitik berat komen saya ini.

Dapat buah tangan dari pihak Tourism Selangor..

Tepat jam 5.50 petang,  kami diberi taklimat oleh Mdm Rissa Chan, Executive Director DSC World Sdn Bhd dan syarikat berkenaan merupakan penaja rasmi kamera jenama PENTAX  untuk kesemua para blogger yang menyertai pertandingan My Selangor Story ini. Saya diberi kamera jenis PENTAX WS80(W)7301489 kalis air.  Wahhh terima kasih yang tak terhingga kepada PENTEX yang begitu baik hati untuk menaja kamera, sebab saya betul-betul inginkan kamera yang boleh masuk dalam air sebab bagi saya PENTEX satu-satunya kamera yang tahan lasak dan kualiti gambarnya yang sangat cantik apabila didalam air. Untuk maklumat anda semua, PENTEX tergolong dalam jemana kamera yang paling popular didunia.  Jangan ingat kamera ni calang-calang kamera tau.. jangan salahkan kamera kalau gambar yang diambil tidak menarik tetapi fikir semua betulkah cara anda menggunakan kamera itu, bagi jenama Pentax anda tidak perlu risau lagi kerana ianya sangat kompak dan comel serta mudah dibawa kemana jua. Banyak fungsi yang ada didalam kamera Pentax ni, selain fungsi gambar auto, anda juga boleh mengambil video dengan kamera PENTAX WS80(W)7301489 ini. Kualiti video kamera ini sungguh “WOW” sukar untuk percaya, memang berbaloi-baloi kalau dapat sebiji dan harganya sangat berpatutan.

Sesi taklimat oleh Mdm Rissa Chan, Executive Director DSC World Sdn Bhd berkenaan kamera PENTAX di lobby hotel. Kesemua peserta diberikan taklimat dan panduan bagaimana menggunakan kamera PENTAX jenis DSLR dan digital.

Inilah antara dua model kamera Pentax yang sangat berkualiti tinggi dan tahan lasak serta kualiti gambar dan videonya yang berformat HD. Jenis model didalam gambar ini adalah Optio WS80 (Kalis air) dan Optio P80.

Kami kemudiannya dibawa ke I-City, Shah Alam pada jam 7.00 malam, walaupun saya tinggal di Kajang Selangor dan kira-kira 30km perjalanan ke Shah Alam, inilah kali pertama saya ke i-City. Pada pandangan pertama mata saya ke i-City sudah terpancar kecahayaan jutaan lampu LED yang bewarna-warni. Inilah hiasan lampu yang paling cantik saya tengok, dan bangga juga sebab tak perlu pergi jauh ke luar negara untuk saksikan keunikan lampu seperti ini, di Malaysia I-City pun ada.  Kalau pada musim-musim perayaan disini sangat meriah dengan dan lampu-lampu LED akan dihias mengikut jenis perayaan itu, pertunjukan laser dan bunga api yang sangat cantik pun ada. Saya cadangkan ajaklah keluarga dan rakan-rakan anda ke i-City Bandar komersial integrasi selain menikmati cahaya lampu i-City juga memiliki status Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dianugerahkan status Taman Antarabangsa oleh kerajaan Selangor.

Bilik penghawa dingin yang boleh dilawati di i-City Shah Alam dan gambar-gambar di bawah adalah keunikan lampu-lampu LED yang bercahaya mengelilingi i-City Shah Alam.

tak sangka pihak i-City sudi belanja kami makan malam sambil menikmati limpahan cahaya lampu LED disini. Inilah pengalaman yang tidak akan saya lupakan, makanan laut yang dihidangkan sangat segar dan enak. Terima Kasih I-City..

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Mr Yew dari I-City telah memberi taklimat tentang I-City kepada semua blogger My Selangor Story.

Hari semakin malam sekarang menunjukkan jam 11.30malam, selepas menikmati hidangan makanan laut di I-City, kami dibawa ke suatu tempat di Seksyen 24 Shah Alam yang dipanggil UPTOWN Shah Alam. Di Selangor terdapat banyak bazar-bazar malam seperti ini yang sangat “happening” dibuka setiap larut malam. Banyak keperluan seperti baju, seluar, kasut, minyak wangi, makanan dijual disini dengan harga yang murah dan berpatutan. Kepada anda ke sini jangan lupa singgah ke gerai dadih dipintu masuk UPTOWN Shah Alam ni tau.. memang sedap dadih dia.. harga RM1 je satu.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Antara barangan aksesori pilihan lelaki dan wanita yang boleh didapati disini. Harganya sangat berpatutan dan murah.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

Terdapat juga gerai makanan, steamboat, gerai gula-gula, gerai kain, tudung dan macam-macam lagi.

Inilah perjalanan My Selangor Story saya pada hari pertama. Indah sungguh panorama di Shah Alam dan di I-City. Memang untung lah saya dapat menyertai program ini kerana semuanya percuma dan dilayan seperti vvip. Terima kasih juga kepada P1 Broadband kerana sudi menaja talian internet kami sepanjang perjalanan My Selangor Story 2010. Ok nantikan cerita saya untuk hari kedua nanti ye.. banyak lagi tempat-tempat menarik di Selangor yang akan saya jejaki dan akan diceritakan kepada anda.

GAMBAR INI DIAMBIL MENGGUNAKAN PENTAX Optio P80

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in MSS and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to My Selangor Story – Hari Pertama

  1. Fadli Idris says:

    Wah….. you punta photo bagus-bagus. Senang bisa jadi fellow MSS

  2. Thristhan says:

    Wow, your first post day ready 🙂 I might be writing about our great trip this weekend je. Anyways good job bro.

  3. wah.. bestnyer… dah macam santa la ko balik umah nanti.. banyak goodies bag.. best.. best.. good luck zaid! =D

  4. lAl says:

    Meletop la blog hg lepas nih!!!!! 😛 Bangga dapat jadi member ngan hg nih…ahahaha

  5. Wah, cantiknya gambar-gambar ni! Saya baru siap menulis post utk hari pertama tadi taklah seefisien u =p

  6. che armster says:

    ok bro.. anda telah berjaya membuat saya berasa jealous yang teramat sangat.. demmm!

  7. Aku says:

    Tertarik dengan jersi filefly tu 😉

    Photo yang diambil guna camera Pentax P80 tu… cantik-cantik bro..

  8. CikLilyPutih says:

    all the best zaid. cepat sket upload entry seterusnya tau

  9. zara aluwi says:

    Good luck son.

  10. eyra says:

    cantik semua photoo

  11. Abang Ben says:

    Isssyyyhhh jeles aku, dapat pergi dengan mak sendiri!

  12. yanmie says:

    Salam Zaid, amboii bestnyeee….yang best tu dpt pegi dgn mak..sportinglah mak zaid, kimsalam kat mak ye 😛

    btw gambar2 mmg cantik2…suka tgk..

  13. Alice says:

    bestnya …..sy pun nak pegi ICT….

  14. admin says:

    nanti kita pergi ye alice… 🙂

  15. daniaryezel says:

    Tengok beg tu, baru keluar rumah dah besar. Balik dari MSS ntah macam mana lak 😛

  16. admin says:

    hehe tu la pasal.. salah kira baju lah.. 🙂 balik ari tu saya ngan mak naik teksi je dari Sunway..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *