Rumah Terbuka Yang Meriah

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke rumah terbuka keluarga aku pada 18-Sept-2010 hari tu.. buat jamuan kecil-kecil je nak buat besar-besar takut membazir. Mula-mula aku nak buat jemput kawan-kawan blogger dan kawan kat tempat kerja je, tapi mak aku nak ajak sedara sekali.. ok juga tu alang-alang dah buat jamuan ajak la sedara sekali kan tak payahlah nak buat dua tiga kali. Ramai gak sedara dan kawan-kawan yang datang, tapi tahun ni adalah tahun pertama aku jemput kawan-kawan blogger antara yang hadir Chearmster.com, Hilalazmi.com dan Suterablogger.com (sorry bro terlupa nak ambil gambar bro hari tu 😛 ).

Sedap tak mak aku masak? ramai kata Laksa Nyonya dia sedap tul ke?.. aku tak sempat merasa pun haha asik bedal nasi lauk ayam sampai lupa nak makan laksa.. kalau sedap pergi lah komen kat blog dia Zaraaluwi.com ye kalau-kalau ada sesiapa yang nak buat catering pun boleh contact mak aku hehehe.., Oh ye aku nak minta maaf kalau ada salah silap atau kekurangan masa jamuan hari tu harap dimaafkan ye. Al-maklumlah dalam kemeriahan dan bersuka-ria macam tu mesti ada yang termengumpat, ter’riak, tersakitkan hati sesiapa dan sebagainya harap dimaafkan ye. 🙂

Beberapa gambar yang sempat disnap masa kenduri rumah terbuka hari tu, sebenarnya aku tak sempat nak update banyak-banyak sebab terlalu bz dengan kerja dan event MySelangorStory sekarang ni, jadi sesiapa yang nak gambar masa kenduri tu harap bersabar ye tunggu aku balik jenjalan seminggu ni hehe. Sebelum tu layan je gambar bawah ni 🙂

Hilalazmi.com

Chearmster.com

Bersama kawan-kawan 7-Eleven Malaysia HQ

Kengkawan 7-Eleven HQ gak.. nasib baik tak roboh jambatan rumah aku tu.. baru je repair selepas jambatan tu rosak 3-4hari lepas.

Kengkawan 7-Eleven HQ gak.. jantan-jantan terhangat kat 7-Eleven ni hahaha

Mak, aku, awek dan kawan-kawan opis… thanks korang semua.. muaahh

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Rumah Terbuka Yang Meriah

  1. ina camar says:

    meriahnya… laksa nyonya??? tak pernah makan lahhh..

  2. lAl says:

    bergabung!!! meletop!!hahaha

  3. matjoe says:

    wow meriahnye. slmt hari raya zaid

  4. Sumijelly says:

    sorry la zaid..tak sampai gak umah zaid..
    peta dan alamat dah siap print… tp banyak sgt umah open house..hehehe

    terima kasih yek atas jemputan tu…..

  5. JAI says:

    Wahh..anak ikan punya ado..uihh..rugi arr tak gi…gua pun ada hal gak hari tuhh..

  6. kalau kawan-kawan yang datang menghangitkan keadaan memanglah meriah. seronok tu

  7. Abang Ben says:

    kad kawin dah siap nanti jangan lupa Abang Ben ye…

  8. mrs jamal says:

    meriahnyer..selamat hari raya

  9. apa makanan yang ada tu, tak nampak pun

  10. It’s very straightforward to find out any matter on web
    as compared to books, as I found this piece of writing at this web site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *