Sinopsis – CRAYON THE MOVIE

Salam semua pembaca setia mohdzaid.com. Aku baru je balik dari preview cerita Crayon The Movie kat e@Curve Damansara. Memang best sangatlah cerita ni rugi siapa yang tak tengok nanti. Untuk makluman korang cerita ni belum ditayangkan di pawagam lagi, dan bakal menemui anda pada 11 November 2010 nanti terbitan ZiOSS Films Sdn Bhd.

Aku nak bagi 5 Bintang kat cerita Crayon ni sebab penuh dengan aksi menarik dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. Banyak pengajaran yang boleh diambil dalam script cerita ni antaranya, jangan terlalu tamak dengan harta benda, sayangi anak-anak yatim, budaya sukarelawan perlu diambil berat oleh semua masyarakat, budaya tolong menolong sesama kaum dan banyak lagi. Jadi bawa diri anda dan anak-anak anda untuk menyaksikan cerita ni nanti di pawagam berhampiran pada 11 November 2010 nanti ye.. saya jamin anda pasti terhibur dengan cerita ini.

Tahniah sekali lagi kepada pihak penerbit, pengarah, pelakon dan semua krew-krew Crayon The Movie kerana anda semua telah berjaya menghasilkan satu filem yang hebat. Rasa nak tengok lagi je.. gerenti saya pasti akan tengok lagi cerita ni.. ūüôā

Jom tengok Crayon Official Trailer [HQ] dan kalau korang nak tengok the making of dan info terkini cerita ni boleh usha kat FB mereka http://www.facebook.com/pages/CRAYON-THE-MOVIE/117793061569046

Starring               : Hon Kahoe, Faisal Abdullah, Adibah Noor, Joshry Adamme
Screenplay By  : Dean A. Burhanuddin
Directed By       : Dean A. Burhanuddin
Produced By    : Dean A. Burhanuddin, Linda Ziegler, Elise A. Hamid
Plot Outline      :
ENGLISH SINOPSIS
ADAM and RAFAAT are room-mates studying in a prestigious University in Singapore. Adam an Asean scholar is a Chinese Malaysian over achiever and Rafaat is a Malay Singaporean who’s an IT genius. On the surface you see them being on opposites sides of the spectrum but in reality, the more different we are, the more similar we tend to be. They represent the nexus of unity, tolerance and acceptance between races and are most evident in their friendship.
During their studies, they are both required to volunteer for a social program during their term holidays and they decide to be volunteer workers for an orphanage in Malaysia. Then off they go to the east coast of Malaysia where they meet MAK ENGKU, the caring and lovely matron of the Orphanage. They meet AFIQ, one of the most rambunctious and loveable orphan whose sense of adventure and zest for life gives them a new appreciation for living. While there, they also meet other orphans and see that despite hardships and difficulties, they realize the true meaning of unconditional love and find true purpose in helping them improve their lives.
Their sense of security is threatened by unscrupulous land developers who will stop at nothing to obtain the orphanage land for their own nefarious purposes. The guys decide to help out more by holding a charity concert in aid of the orphanage but the unthinkable happens. The orphanage gets burnt down.
This shocking turn of events leads them to question and doubt their new sense of purpose. With nothing but heartache and despair, the meaning of their friendship comes into question. Will all their hard work be forever mired by this tragedy? Can their friendship stand the test of adversity or will they lose all hope?
SINOPSIS DALAM BAHASA MALAYSIA:-
ADAM dan RAFAAT adalah rakan sebilik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Universiti ternama di Singapura. Adam adalah seorang pelajar Asean berbangsa Cina Malaysia yang amat rajin dan Rafaat pula seorang pelajar Singapura berbangsa Melayu dan amat bijak di bahagian IT. Pada dasarnya, anda lihat kedua-duanya saling bertentangan dari segala segi, namun pada hakikatnya, semakin kita berlainan, semakin perlakuan kita sama. Adam dan Rafaat melambangkan perpaduan, toleransi dan penerimaan di antara perbezaan bangsa dan ini dapat dilihat melalui persahabatan mereka.
Sepanjang pengajian mereka, kedua-duanya dikehendaki menawarkan diri ke dalam program sosial semasa musim cuti semester. Mereka membuat keputusan untuk membantu di sebuah Rumah Anak Yatim di Malaysia. Mereka pun bertolak ke pantai timur Malaysia di mana mereka bertemu dengan MAK ENGKU, ketua Rumah Anak Yatim tersebut yang amat penyayang. Mereka juga bertemu dengan AFIQ, salah seorang penghuni anak yatim yang amat aktif dan nakal tetapi mudah disayangi. Perilaku Afiq yang lasak dan menyanjungi kehidupan telah membuka mata rakan berdua tadi untuk menghargai kehidupan. Semasa di sana juga mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang ditempuhi para penghuni Rumah Anak yatim itu. Mereka juga memahami cinta tanpa batasan dan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.
Walau bagaimanapun, keselamatan mereka terancam oleh pemaju tanah yang ingin mengambil alih hak milik tanah, di mana Rumah Anak Yatim itu didirikan, untuk keuntungan masing-masing. Adam dan Rafaat cuba untuk membantu Rumah Anak Yatim tersebut dengan mengadakan konsert amal, namun telah berlaku kejadian yang di luar dugaan. Rumah Anak Yatim itu telah musnah di dalam suatu kebakaran.
Kejadian mengejutkan tersebut membuat kedua-dua sahabat ini sangsi akan usaha mereka dalam memperbaiki keadaan. Erti sebenar keakraban dan persahabatan telah diuji melalui kesedihan dan kepasrahan yang terpaksa dilalui. Adakah segala kerja keras mereka sia-sia disebabkan tragedi ini? Dapatkah persahabatan mereka mengatasi halangan ini atau ianya akan musnah dan kedua-duanya hilang harapan?

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Sinopsis – CRAYON THE MOVIE

  1. hamzah says:

    ingtkan shin chan

  2. alice says:

    apsal kat video tu gambar orang kena bakar hidup2

  3. alid abdul says:

    ahaha saya pikir crayon shinchan hahaa…

  4. JMR says:

    cam best je citer nih..bru tgk iklan dia kt carr4 td..heheh

  5. ingatkan movie crayon shin chan..sungguh mengecewakan..hahaha

  6. kak ina kl says:

    salam dan selamat hari raya zaid..so sorry sebab tak dapat pergi open house kamu..sebab ada hal lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *